Bab 1- Hanya kerana tulisan

8.3K 396 9
                                    

TULISAN dan nama empunya tulisan tangan itu begitu menarik minat Nur. Tulisan yang kemas, cantik ... tetapi pemiliknya seorang lelaki. Selama ini Nur fikir tulisan dia yang paling cantik. Tetapi kini, dia sudah punya saingan.

Saingannya itu pula seorang lelaki!

Hati Nur sudah penasaran. Egonya tercabar. Jarang ada lelaki yang mampu menulis sekemas dan secantik ini. Lagi pula, nama si pemilik tulisan juga begitu indah. Ah, biarlah Nur gelar dia sebagai Fox Mulder! Nur tak nak sebut nama dia. Nur takut jika terlalu ingatkan nama itu, Nur akan terbawa pula dalam tidur.

Silap haribulan, tersebut pula sewaktu mengigau. Tak fasal nanti, Nur kena bahan dengan rakan sebiliknya yang juga sama jurusan dengan Nur. Juga, sama jurusan dengan Fox Mulder versi Nur.

Fox Mulder, salah satu watak daripada siri X-File, yang memang menjadi minat dan kegilaan Nur.  Bukan sahaja kerana wajah dan gaya bijak, budiman seorang lelaki, tetapi juga kerana aura misteri yang dimiliki.

Nur gelar budak baru ini Fox Mulder, bukan sebab wajah mereka sama. Nur belum pernah lagi berjumpa dengan pelajar baru ini. Tetapi digelar Fox Mulder sebab pelajar lelaki ini satu misteri pada Nur. Misteri yang Nur akan rungkai.

Nur minat semua siri penyiasatan. Dan, Nur suka menyiasat. Fox Mulder versi Nur akan jadi bahan siasatan Nur mulai saat ini.

Hans & Nur (Completed)Where stories live. Discover now