Bab 6 - Telefon

3.4K 307 11
                                    

SEPANJANG semester tiga, memang Nur sibuk. Masa Nur banyak dihabiskan dalam lab komputer. Banyak artikel yang perlu Nur semak dan sunting. Tapi Nur gembira sebab Nur memang suka menulis dan menyunting artikel.

Cuti pendek baru-baru ini, ada kejutan buat Nur. Nur terima satu panggilan telefon daripada kawan lelaki. Bukan perkara pelik sebenarnya. Sebab ramai kawan lelaki Nur yang selalu telefon Nur sejak zaman sekolah lagi. Hanya kawan. Sembang pun gila-gila punya sembang.

Tetapi jadi pelik bila panggilan telefon kali ini datangnya daripada Hans!

Tak perlu Nur tanya mana Hans dapat nombor telefon rumah dia, sebab semua budak-budak batch akan menerima buku direktori batch yang memang ada nama, nama gelaran, alamat rumah dan nombor telefon.

Cuma ... yang buat Nur rasa pelik, kenapa pula Hans nak telefon dia?  Mereka bukan rapat pun.

Kebetulan masa Hans telefon, Nur sedang solat. Adik Nur yang jawab. Nur nak telefon Hans balik, Nur rasa was-was. Takut bukan Hans yang satu batch dengan Nur. Tapi mana Nur ada kenalan lain yang bernama Hans.

Nur kuatkan semangat untuk telefon Hans semula dan bertanya. Lantaklah kalau salah pun. Biarlah, kalau dia nak perasan pun. Nur dial nombor rumah Hans. Lama juga nak tunggu panggilan berjawab.

Nur bagi salam. Suara perempuan yang jawab. Nur kenalkan diri, beritahu yang dia cuma return call Hans. Budak perempuan yang jawab tu kata, Hans sedang solat. Eh, eh. Tadi masa Hans call dia, dia solat. Sekarang dia return call, Hans pula tengah solat.

Nur tinggalkan pesan pada adik Hans minta adik Hans beritahu Hans yang Nur ada return call. Nur tak minta dia telefon balik. Pandai-pandailah!

Waktu Nur nak letak telefon, adik Hans ajak sembang. Dia nak tanya sesuatu. Nur okay je. Tapi soalan adik Hans tak boleh blah! Adik Hans tanya adakah Nur ini kawan perempuan istimewa Hans?

Terus Nur nafikan. Nur kata dia hanya kawan satu batch. Nur pelik pula kenapa adik perempuan Hans cakap macam tu. Nur tanya dan jawapan adik Hans buat jantung Nur tak duduk diam.

"Tak pernah ada perempuan call abang. Akak yang pertama."

Sungguh? Nur terdiam sekejap. Menyesal pun ada return call Hans. Malunya. Tak pasal adik Hans dah salah sangka. Manalah Nur nak tahu yang Hans tak pernah terima panggilan telefon daripada perempuan.

Nur ingat, Hans ni sama macam Nur. Nur selalu je terima call daripada rakan-rakan lelaki. Jadi, keluarga Nur pun tak syak apa-apa. Nur memang berkawan dengan semua orang. Kawan tanpa ada apa-apa hubungan istimewa.

Adik Hans peramah. Dia gelak-gelak je masa sembang dengan Nur. Nur pun rasa okay je dengan adik Hans. Lepas berbual dengan adik Hans, Nur terus masuk bilik. Nur baca majalah. Tapi hati berdebar juga tunggu kalau-kalau ada bunyi telefon.

Memang Hans telefon Nur balik tak lama lepas tu.

Bila Nur tanya kenapa tiba-tiba telefon Nur. Jawab Hans, "Saja."

Okay. Nur pun malas nak tanya lebih-lebih. Hans ni bukan boleh percaya. Tiba-tiba mood swing dia datang, tak pasal perang dingin balik. Jadi, Nur layankan sahaja. 'Saja' pun 'sajalah'.

Nur dan Hans sembang biasa-biasa saja. Tentang subjek, tentang pensyarah, tentang kawan-kawan. Dan entah macam mana boleh tergelincir tentang 'special'. Hans kata dia pernah ada special masa sekolah dulu. Tapi dah over.

Nur? Memang taklah. Tak pernah ada. Kalau ada pun tak sempat declare, Nur dah blah sambung belajar. Budak tu pun tak bersungguh. Nur malas nak ada hubungan jarak jauh. Nur putuskan terus supaya tak terikat. Kalau ada jodoh adalah. Tapi budak tu terus hilang macam tu je. Ah, biarlah. Nur tak rasa apa pun.

Lama juga Nur gayut dengan Hans. Kalau bukan sebab hati Nur dah berdetup-detap, tentu Nur akan teruskan. Tapi, Nur perlu berpijak pada realiti. Nur dan Hans tak mungkin akan ada apa-apa hubungan selain daripada kawan. Jadi, sebelum Nur terus berkhayal yang bukan-bukan, baik Nur tamatkan perbualan.

Hans pulak macam tak reti nak tamatkan panggilan walaupun dah kehabisan topik. Nur diam, dia pun diam.  Nur juga yang kena cipta alasan untuk tamatkan perbualan.  Entah apa-apa la si Hans ni.

Hans & Nur (Completed)Where stories live. Discover now