Bab 9 - Semester 6

3.1K 265 9
                                    

NAIK semester enam, ramai kawan-kawan yang kata penampilan Nur dah semakin meningkat. Wajah Nur dah berseri. Tak kusam macam di semester-semester sebelumnya. Ramai yang kata Nur dah ada boyfriend sebab perubahan Nur. Nur hanya ketawa. Tak ada maknanya.

Nur berubah sebab kawan sebilik Nur ajar Nur untuk pakai pelembab muka dan krim penahan cahaya matahari. Sebelum ni kulit Nur langsung tiada perlindungan. Sebab tu kulit muka Nur kusam.

Semester ini Nur dilantik sebagai editor penyuntingan. Nur perlu menyunting lebih banyak artikel dan berhubung terus dengan ketua jabatan. Pagi itu, Nur buka lab komputer jam sembilan pagi. Memang Nur tahu, hanya Nur seorang yang akan berada di sana.

Kawan-kawan hanya akan naik ke bilik komputer bila hampir waktu kuliah tiba. Nur tak kisah. Dia okay je duduk seorang diri pun.

Sedang Nur membaca, pintu lab ditolak seseorang dari luar. Nur menoleh. Memang pintu tu tak rapat pun.

Hans!

Wajah Hans macam serabut sikit. Dia memaksa senyum. Nur pun senyum juga.

"Nur sorang je?"

Eh, Hans ni. Dah sah-sah Nur sorang. Lagi mahu tanya.

"Ya. Tak ada kelas ke?" Nur rasa pelik bila Hans ambil bangku lalu duduk.

"Ada," balasnya bersahaja.

Eh, kalau ada kenapa lepak kat sini? Setahu Nur, Raisya pagi-pagi lagi dah keluar dari bilik. Ada kelas sampai jam sepuluh. Dah kenapa dengan Hans ni? Ada niat nak ponteng kuliah ke?

"Habis tu? Tak nak masuk kelas ke?" Nur capai kerusi lalu duduk di hadapan Hans.

"Tak."

Ish, tanya sepatah, jawab sepatah.

"Kenapa?" Nur tanya lagi.

"Saja."

Emm ... 'saja'. Jawapan yang sinonim dengan Hans.

"Nak duduk sini ke?" Nur bertanya, bila dilihat Hans sudah bersandar santai.

"Ya. Boleh ke?"

"Boleh ... tapi kena buka pintu lah. Tak elok pula duduk berdua dengan pintu tertutup."

Hans senyum, sinis.

Nur bangun lalu disendal daun pintu.

"Kau duduklah, aku nak siapkan kerja-kerja editing ni."

Hans hanya mengangguk. Nur menuju ke meja komputer. Membaca dan membandingkan artikel yang sudah dicetak keluar dan telah ditanda merah dengan yang berada di skrin. Tapi, hati Nur rasa tak sedap. Rasa macam Hans sedang memerhatikan dia dari belakang. Sangat tak selesa.

Nur berpaling.

Ya. Memang Hans sedang memandang belakang tubuh dia.

"Err ... tak salah ke kau ponteng kelas?" Nur bertanya. Rasa kekok berdua dengan Hans dalam kebisuan.

"Salah."

"Habis tu?"

"Kenapa? Nur tak bagi Hans duduk sini ke?"

"Eh, bukan macam tu. Kalau aku tak bagi, awal-awal aku dah cakap. Cuma peliklah. Kan kita dah final year, jangan cari pasal." Nur ketawa. Hans tersenyum.

"Woi! Korang dating ke?" Tiba-tiba Nora muncul. Hati Nur lega. Bertiga lebih baik dari berdua.

"A'ah. Dating." Selamba Hans menjawab.

Nur menghela nafas. Cari pasal betullah Hans ni. Tapi, nanti bila gossip dah tersebar, dia juga yang sentap!

"Nanti kena tangkap basah baru korang tahu." Nora menyakat.

"Okaylah tu kena tangkap dengan Nur."

'Kurang asam betullah Hans ni.'

"Ish, tak mahulah. Simpang malaikat 44. Buat malu mak ayah je." Nur mencantas kata-kata Hans. Hans gila!

Nora ketawa. "Okaylah korang. Korang sambung dating. Nora ada kelas."

"Eh, Nora ..." Nur cuba menahan, tapi tak ada gunanya. Kawan tu ada kelas. Takkan nak ponteng macam si Hans ni.

Nur kembali ke depan komputer. Hans masih di tempat dia. Nur rasa bersalah pula bila membiarkan Hans sendiri.

"Kau nak tolong aku edit artikel tak?" Nur mempelawa. Nur tarik satu bangku. Letak di sebelah dia. Nur harap Hans duduk di situ.

"Nak." Hans bangun menghampiri Nur. Tapi Hans tak duduk di bangku yang Nur sediakan. Sebaliknya Hans berdiri di belakang Nur sambil dua tangannya menekan meja di hadapan Nur.

Nur terperangkap.

Dagu Hans betul-betul di atas kepala Nur. Dua tangan Hans seolah mengapit tubuh Nur. Nur kaku. Nak menaip pun, Nur tak mampu. Hans masih begitu.

"Err ... Hans. Aku ..." Nur bergerak sedikit. Kepalanya mendongak memandang Hans. Tapi Hans tak bergerak langsung. Matanya masuk ke dalam mata Nur.

"Hmm ..."

"Kau tepi sikit boleh tak? Aku nak gerak pun susah." Nur terpaksa berterus-terang. Nak sentap ke, nak perasan ke ... suka hatilah.

Hans mengubah kedudukan. Nur terus bangun.

"Aku nak pergi jumpa ketua jabatan. Nak bincang pasal artikel ni. Kalau kau nak lepak sini, kau lepaklah. Kalau kau bosan, dan nak blah ... kau rapatkan je pintu."

Tanpa tunggu jawapan Hans, Nur terus capai beberapa helai artikel yang berconteng merah, lalu berlalu. Tidak menoleh lagi pada Hans.

Hans & Nur (Completed)Where stories live. Discover now