Bab 4 - Kerana resit sekeping.

3.7K 341 5
                                    

SAKIT hati Nur! Hanya kerana resit sekeping, Nur dibahan. Dan, yang paling Nur geram bila Hans jauhkan diri daripada dia.

'Cakap tak serupa bikin!'

Kejadian bermula masa Nur hendak mengumpulkan semua resit hari sukan. Nur bendahari batch. Semua hal ehwal kewangan batch, Nur yang akan uruskan. Nur perlu pastikan lejar batch dikemaskini dengan resit-resit pembelian dikepilkan.

Selepas hari sukan batch, Nur lihat ada pembelian RM50.00 yang tiada resit. Duit itu, budak-budak lelaki batch Nur ambil daripada Nur untuk membeli barang-barang first aid dan minuman budak bola. Nur sudah pun bertanya pada ketua batch. Juga, sudah bertanya pada budak bola tentang resit nan sekeping itu. Tetapi, mereka kata, resit itu ada pada Hans.

Baiklah. Nur cari Hans. Nur pergi ke kelas Hans. Hans tidak masuk kelas pula pada hari itu. Nur bertanya pada rakan sekelas Hans, kenapa Hans tidak masuk ke kelas pada hari itu. Rakan sekelas Hans kata, Hans cedera semasa bermain bola.

Masa itu Nur sudah fikir. Kalau cedera, maksudnya akan cuti sakit lama. Nur perlu selesaikan tugas Nur untuk bahagian kewangan. Nur cuma hendak tahu ada baki atau tidak daripada duit RM50 itu. Nur hendak kemaskinikan lejar. Kalau lambat nanti, takut resit sekeping itu hilang dan takut ada yang lepas tangan. Nur juga yang perlu bertanggungjwab.

Jadi, Nur tanyalah bila Hans akan masuk semula ke kelas dan teruk ke sakitnya. Tetapi soalan Nur telah disalahtafsir oleh rakan-rakan Hans. Mereka bagi tahu pada Hans, yang Nur ambil berat tentang kesihatan Hans. Mereka kata, Nur risau bila Hans tidak datang ke kelas.

Raisya yang cerita pada Nur sebab Raisya rakan sekelas Hans. Nur tanya Raisya sama ada Hans marah ke, bila kawan-kawan dia buat cerita macam itu. Raisya kata, Hans biasa-biasa saja. Malah, Hans gelak-gelak sambil cakap, "Okaylah tu, ada juga yang ambil berat."

Hati Nur lega bila mendengarkan cerita Raisya. Tetapi selepas dua tiga hari, selepas Nur pun sudah dapat resit itu, Nur perhati yang Hans akan menjauhi Nur setiap kali mereka bertembung. Sedangkan sebelum ini elok sahaja bertegur sapa.

Ini yang Nur tak suka!

Bukan Nur hendak dekat Hans pun. Nur tidak inginlah lelaki yang ada rupa ni. Buat sakit hati sahaja sebab orang lain pun ikut memuja.

Nur hanya inginkan lelaki yang biasa-biasa sahaja. Bukan macam Hans! Tak payah nak perasan. Tak semua perempuan suka lelaki hensemlah!

Hans & Nur (Completed)Where stories live. Discover now