Bab 7 - Semester 4

3.3K 280 13
                                    

NAIK semester empat, kelas agama jurusan Nur akan bergabung dengan kelas agama jurusan lain. Nur tak kisah pun. Tapi yang Nur kisah bila satu hari tu Hans cari pasal.

Nur dah memang datang lambat sebab Nur ada kelas lain sebelum tu. Jadi, Nur ambil tempat paling belakang. Malas nak menyelit di barisan tengah atau depan. Nanti mengganggu pembelajaran.

Nur keluarkan buku tulis dan mula menyalin apa yang ustaz bincangkan di hadapan dalam tulisan jawi. Tiba-tiba Hans datang. Dia ambil tempat sebelah Nur. Nur biarkan. Itu perkara biasa.

Nur tengok Hans pun keluarkan buku tulis. Tapi tak menulis apa. Kepala Hans pun tak pandang depan. Hans pandang buku Nur. Pandang apa yang Nur tulis. Nur biarkan juga. Tapi, Nur mula rasa tak selesa bila Hans buka bicara.

"Cantik tulisan jawi, Nur." Hans memuji.

"Terima kasih, kau punya tulisan jawi lagi cantik."

Memang tulisan jawi Hans cantik! Nur sambung menyalin. Ustaz kat depan dah mula jeling-jeling.

"Nur ..."

Ah, sudah. Hans ni! Nak ajak bersembang pun tengok waktu lah.

"Hmmm ..." Nur malas nak melayan. Tak pasal nanti kena sembur dengan ustaz. Dahlah Hans duduk rapat-rapat dengan Nur.

"Hans minta maaf."

Okay. Kali ni Nur tak dapat tahan hati untuk menyoal. "Kenapa minta maaf? Kau ada salah apa?"

"Kau tahu, kan Nur?"

Nur rasa dia tahu. Ni mesti kes masa semester satu dulu. Masa Hans abaikan dia hanya sebab salah faham tentang resit sekeping tu. Tapi Nur nak dengar sendiri dari mulut Hans kenapa dia buat begitu dan kenapa baru sekarang ni nak minta maaf.

"Tak. Aku tak tahu."

"Nur ... jujur dengan aku yang kau sebenarnya tahu."

"Ak ..."

"Hah, yang dua orang kat belakang tu kalau nak bercinta boleh keluar dari kelas saya."

Ambik kau! Kena sound kaw-kaw punya daripada ustaz. Malunya Tuhan sahaja yang tahu. Dahlah dalam kelas agama.

Cepat-cepat Nur kembali fokus. Tangan buat-buat menyalin. Tapi Hans ...

"Nur ... kau tahu kan kenapa aku minta maaf. Kau maafkan aku tak?"

"Aku maafkan kau." Dan, cepat Nur bangun. Capai beg, capai buku dan beralih tempat, duduk di barisan hadapan.

Nur perasan ustaz pandang Nur dan Hans. Kawan-kawan sekelas yang rasa terganggu dengan bunyi kerusi juga mula memandang. Tapi masing-masing tak mahu bertanya, sebab ustaz dah berubah muka.

Hans?

Dia juga bangun. Dengan selamba dan tanpa peduli adab dengan ustaz, Hans capai beg lalu keluar dari kelas, ikut pintu belakang. Nur nampak ustaz menggeleng.

Hans & Nur (Completed)Where stories live. Discover now