Bab 2 - Tak sangka

4.8K 336 10
                                    

MATA Nur bagai nak tercabut keluar dari soket mata. Ini ke Fox Mulder versi Nur, itu?

Nur rasa kecewa.

Bukan sebab Fox Mulder versi Nur ini buruk rupa, tetapi ... terlebih elok kejadiannya. Habislah Nur ...

Nur tidak berniat untuk suka pada Fox Mulder versi Nur ini. Nur hanya berharap untuk berkawan sahaja dengan dia.

Kawan.

Tidak lebih daripada itu. Nur suka kalau ada seorang kawan lelaki yang baik dengan Nur, yang boleh berbincang banyak perkara dengan Nur tanpa ada ikatan hati. Nur berharap agar, Fox Mulder Nur ini orangnya biasa-biasa sahaja.

Tetapi sekarang, di depan Nur ...

Fox Mulder dia terlebih biasa. Pasti tidak boleh hendak dibuat kawan baik. Pasti Fox Mulder Nur ini tidak berminat hendak berkawan dengan Nur yang biasa-biasa sahaja. Orang yang rupa elok macam Fox Mulder ini mesti takut hendak berkawan rapat dengan Nur.

Nur tahu itu.

Yalah, kalau rapat dengan Nur, pasti jadi bahan cerita. Tentulah Fox Mulder ini akan malu walaupun Nur sekadar hendak berkawan baik sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Nur buang semua angan-angan. Nur hanya akan berkawan dengan dia macam biasa sahaja. Hanya kawan satu jurusan. Tidak perlu jadi kawan baik.

Hans & Nur (Completed)Where stories live. Discover now