27#Puji

1.9K 107 10
                                    

Docter lelaki itu berlalu dari situ sambil mengusutkan rambutnya. Serabut, itu lah apa yang dirasakan oleh Docter itu apabila melayan karenah kedua beradik itu.

" Hahahah sian pulak aku tengok Docter tu! " Thorn yang memang jenis suka bermain dan tidak suka mengambil sesuatu perkara itu dengan serius mula kerawa terbahak-bahak.

" Gelak-Gelak! Aku hantar kau pergi sekolah balik baru kau tau! " Hali terus menolak kepala Thorn yang sudah tergeleng-geleng tidak mahu.

Tanpa menghiraukan Thorn, Hali terus berjalan ke wad Ali untuk membawanya balik. " Ali? Kau dah okey ke? " soal Thorn cepat.

" Kau ni jangan nak menyebuk tanya soalan yang sepatutnya Hero tanya boleh tak?! Kau tu tambahan je! Buat cara tambahan! " Thorn yang sememangnya mempunyai hati dan perasaan mula terdiam.

" Dahlah, Hali. Jangan marah-marah. Biarkan jelah Thorn buat bising. Sekurang-kurangnya hilang rasa janggal, kan? " Soal Ali dengan nada lemah. Hali mengangguk sambil matanya memandang Thorn yang sudah kembang.

" Kembang, kembang jugak. Otak kau? Bila nak berkembang? Aku tengok dah macam makin mengecut je otak kau tu " bidas Hali selamba.

" What?! "

" Hahahaha, Thorn ni comel lah " puji Ali sambil ketawa menutup mulut. Thorn yang tadinya kembang mula tersipu-sipu malu apabila dipuji sebegitu rupa. Hali membuat muka.

" Tapi, Ali 1000x lebih comel dari kau budak otak tak berkembang." kata Hali dengan nada selambanya. Thorn yang terasa disitu terus menendang abangnya yang lebih tinggi darinya.

" Kau jangan nak buat hal! Aku pernah bunuh nyamuk sebelum ni! " ugut Thorn dengan nada marahnya. Hali membuat muka acah takut.

" Takutnya~~ " nada memerli mula dikeluarkan bersama muka meluatnya." Aku pernah bunuh anak--" Hali sengaja memberhentikan ayatnya. Thorn mengangkat muka.

" Anak apa? "

" Anak nyamuk."

" Sama je! "

Ali tergelak kecil melihat gelegat mereka yang sedikit sebanyak telah mencuit hatinya yang tadinya trauma akibat perbuatan Solar terhadapnya. Hali yang melihat senyuman Ali juga terikut senyum.

" Aww Ali, You look so damn cute when you smile! " puji Thorn secara direct. Hali mengangguk setuju walaupon hatinya sedang membara kerana Thorn memuji Ali secara  'straight to the point'

" Walaupin hati aku tengah berapi sebab kau puji Ali tapi aku tetap setuju dengan apa yang kau baru cakap, ADIKKU SAYANG " Hali sengaja menekankan perkataan besar itu dengan nada ' Mampos kau japgi '

" Jangan lah jadi cemburu buta, saya anti sikit." Ali memperlahankan suaranya apabila berkata anti. Hali tertunduk bersalah sambil kakinya memijak kaki Thorn lalu digilisnya.

" Ha, kaki tu." Teguran Ali menyebabkan Hali memberhentikan perbuatannya terhadap Thorn yang sudah memerah mukanya akibat menahan jeritan kesakitan.

" Ali!! " Thorn segera berlari ke arah Ali lalu dipeluknya. Ali membalas pelukan Thorn seperti seorang ibu sedang memeluk anaknya. Hali menggenggam penumbuknya apabila melihat bertapa bahagianya Thorn didalam pelukan Ali.

' Damn it! '

My Annoying BOSS(Hali x Ali)Where stories live. Discover now