022

1.5K 131 36
                                    

JLE ; 022❤️CHAPTER ; Dijaga bak puteri + Ibu saudara?❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JLE ; 022❤️
CHAPTER ; Dijaga bak puteri + Ibu saudara?❤️

+++++

Suasana hening menambat perasaan

gusar tiga gadis yang berteleku di atas sofa. Seorang wanita berumur yang lengkap dengan pakaian elegen nya menatap tajam tiga tubuh genit yang menunduk. Tidak berani ingin membalas tatapan si helang seperti kelaparan.

Buku rekod disiplin yang berada di tangan dihempas kuat ke meja berunsurkan kayu itu.

Bunyi yang kuat menghinjutkan bahu mereka bertiga. Tidak mengeluarkan suara pun tiga pelajar ini sudah terketar-ketar tangan.

Sudah buat masalah, hadaplah singa betina ini.

“ Kamu ingat keluarga kamu dari orang berada kamu boleh sesuka hati melanggar peraturan university? ” Nada suara ditahan. Paling tak gemar dia dengan segelintir sikap pelajar sekarang.

Nahee, Emylia dan Seulha hanya diam tak berkutik. Dalam hati sudah sumpah seranah kerana berita mengenai mereka berdesup ke telinga perempuan tua garang ini.

Kecut perut tidak terkata.

Sepanjang tahun ini baru dua orang yang naik ke bilik ini. Kalini ditambah lagi tiga orang. Selalunya akan ada paling rare pun 3 orang setahun ini sudah 5 orang.

Memang benganglah Puan Ko Hwasun itu.

Anak mata menikam tidak lepas tiga pelajar ini.

“ Ji Nahee , Yoo Seulha dan Emylia Joo jawab soalan saya! ”  Tapak tangan menghempap meja kayu pula.

Tiga sekawan itu hanya meneleku diam. Angguk tak, geleng tak.

“ Kalau apa-apa terjadi kepada Cha Eunbyul nahas kamu bertiga. Dia cedera dengan tikaman pisau sedalam 4 centimeter! ” Keras nadanya. Membukit rasa risaunya apabila kecederaan Eunbyul sampai ke telinganya.

Risau bukan kepalang dengan anak kecil itu.

Ko Hwasun, ibu saudara Cha Eunbyul tetapi
hal ini tidak diketahui Eunbyul kerana dia jarang berjumpa dengan ibu saudaranya ini. Orang kata, Jauh namun dekat dihati.

Jujur, dia terkesan dengan pemergian ibu bapa dua beradik itu. Eunwoo dan Eunbyul. Mereka tiada sesiapa melainkan keluarga Uncle Kim.

Takut bila munculkan diri, Eunbyul kekok berada di university itu jadi biarlah dia membantu dalam diam. Masih segar ingatannya sewaktu adik beradik Eun itu kecil.

“ Kenapa professor dekat sini bela sangat
Cha Eunbyul tu? Ish! Apalah sangat dengan pelajar biasiswa macam dia. ” Dengus Nahee.

Takut-takut tapi melawan.

[C] ᴊᴇᴊᴀᴋᴀ ʟɪᴍɪᴛᴇᴅ ᴇᴅɪᴛɪᴏɴ [𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 𝐉𝐞𝐨𝐧] JJK Where stories live. Discover now