032

1.4K 136 19
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JLE : 032💜CHAPTER : News + The couples 💜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


JLE : 032💜
CHAPTER : News + The couples 💜

+++++

       Keesokannya para pelajar university Seoul digemparkan dengan satu berita mengenai
Cha Eunbyul adalah pewaris kedua bagi Miracle Holdings, syarikat terbesar di Korea Selatan. Berita mengenai hal itu mula tersebar ke seluruh Korea. Para wartawan juga heboh dengan berita ini. Selama ini mereka tidak dapat meneka siapa adik Cha Eunwoo yang disorokkan identiti itu. Begitu ketat keluarga Cha menutup identiti si gadis itu.

Sejak Eunbyul di sekolah menengah lagi Eunbyul melarang keluarganya mendedahkan identiti nya kerana dia tidak gemar dengan perhatian dunia. Jika perhatian itu mengenai bakatnya tidak mengapa.

Kadang-kadang Eunwoo lupa yang dia ada adik. Eunbyul juga jarang keluar rumah. Semasa sekolah rendah mahupun menengah tidak pernahlah dia bawa kawan selain Jungrien,Mia dan Daniel ke rumahnya.

Keadaan di kantin mula riuh semasa mereka melihat gadjet mahal mereka. Rata-rata yang berada di kantin university mula memandang kearah Eunbyul yang enak menikmati makanan.

Cha Eunbyul makan tengahari bersama
Min Junghwa, Lee Nara, Kim Mia dan Jeon Jungrien. Mereka berlima kelihatan ceria, sambil makan bercerita tentang banyak perkara.

Telefon Mia yang diletakkan di tepi tray makanan nya mula bergetar. Tanpa menunggu terus dia mengambil telefonnya dan membuka apa yang patut.

Tidak lama kemudian Mia membulatkan matanya. Eunbyul yang disebelah ditepuk. Hampir tersedak Eunbyul kerana tempat Mia tepuk itu belakang badannya.

“Kau kenapa?” Soal Eunbyul yang mula menggapai segelas air masak. Gadis-gadis yang berada di meja yang sama turut memeberi tumpuan kepada Kim Mia.

“Eunbyul, berita kau mengenai kau adik Eunwoo dah tersebar.” Ujar Mia sambil menunjukkan skrin telefon nya. Jelas memaparkan berita tentang dirinya.

Cha Eunbyul hanya pandang sipi dan mengangguk kepala. Dia meneruskan
menyuap makanan seperti tidak ambil kisah. Sekarang makanan dihadapannya ini sangat enak.

[C] ᴊᴇᴊᴀᴋᴀ ʟɪᴍɪᴛᴇᴅ ᴇᴅɪᴛɪᴏɴ [𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 𝐉𝐞𝐨𝐧] JJK Where stories live. Discover now