BAB 3

322 7 0
                                    

AIR panas dicurah ke dalam muk besar yang telah dimasukkan Milo dan gula. Shou mengacaunya. Dia kemudian duduk di meja makan. Tangan mencapai telefon. Galeri foto dibuka. Foto wajah Juli kembali ditatap.

"Pikat dia."

Shou ketawa kecil sambil menyandarkan badan ke kerusi yang diduduki. Muk diangkat ke bibir. Wajah cantik Juli terus ditatap.

Ratna memang sungguh di luar dugaan. Sangkanya Ratna mahukan maklumat lanjut mengenai Juli. Rupanya perempuan itu mahu dia memikat Juli. Tugasan yang di luar jangkaan. Kelainan seperti yang dimahukan.

Kalau Black tahu, sudah pasti kawannya ketawa terbahak-bahak. Dia juga yang berharap hendak mendapat tugasan yang luar biasa. Sekarang, mendapat. Dia kena jadi buaya darat.

"Mencabar juga ni," gumamnya.

Gambar Juli tiba-tiba hilang dari skrin apabila ada panggilan masuk. Nama Ratna terpapar pada skrin.

"Macam mana?" Tegas suara Ratna yang sampai ke pendengaran.

"Hati perempuan bukannya mainan." Shou bersuara sinis.

Ratna bagaikan tidak bertimbang rasa langsung apabila menjadikan hati Juli sebagai pertaruhan bahagianya. Itu yang membuatkan dia sengaja menunda jawapannya. Dia mahu Ratna mempertimbangkan kemahuannya.

Nampaknya, tekad Ratna tidak berubah.

"Hati perempuan tu termasuk hati I juga. Dia yang cari pasal dengan I dulu. Lagipun, kenapa I nak kena bertimbang rasa pada perempuan yang tak bertimbang rasa terhadap perasaan I? Dia bermain api, maknanya dia rela dibakar."

Ratna di balik talian sana turut bersuara sinis. Shou pasti wajah gadis itu tegang. Ratna nampaknya terlalu mengikutkan sakit hati sehingga tidak peduli rancangannya boleh membuatkan ada hati tercalar.

"Kalau you tak sanggup, I boleh cari orang lain. Upah I lumayan tau. You jangan menyesal nanti. So, you terima atau tak job ni?" Ratna bertanyakan keputusannya.

"I terima," angguk Shou.

Pasti Ratna tersenyum senang.

"Tapi, I takkan pikat dia sehingga dia jatuh cinta dengan I," sambung Shou.

Ya. Dia menerima tugasan itu bukan kerana upah yang lumayan atau mahukan kelainan. Dia hanya tidak mahu Ratna melakukan sesuatu sehingga berlaku penganiayaan terhadap Juli. Sedikit sebanyak, dosa atau rasa bersalah akan membebankan hatinya nanti.

Lagi pula, ini adalah peluang untuk dia membalas kebaikan Juli.

"I akan rapat dengan dia, pastikan dia jauh daripada Rozman sehingga you dan Rozman berkahwin. So, selepas ni, tolong percepatkan tarikh perkahwinan you. Kita jadikan your wedding sebagai deadline tugasan ni." Shou bersuara sedikit tegas.

Lagipun bimbang juga dia kalau-kalau Juli bertindak gila sekiranya hatinya dilukai kelak. Bukankah Ratna mengatakan Juli seperti tidak betul sedikit tadi dek kehilangan kekasihnya?

"Setuju."


SHOU yang menanti di laluan masuk utama ke rumah Juli segera menghidupkan enjin kereta apabila ternampak kereta Juli menerusi cermin pandang belakang. Apabila kereta kecil Juli sudah agak jauh melewati keretanya, dia segera mengikut dari belakang. Tidak terlalu rapat sangat supaya Juli tidak curiga.

Ratna memberitahunya hari ini Juli akan pergi ke sebuah pusat membeli-belah. Pandai juga Ratna mengorek maklumat daripada Juli menerusi Syed Rozman.

"Apa yang kau dapat?" Dia bertanya kepada Indera, pekerjanya yang paling senior.

Malam tadi, dia sudah mula menjejaki Juli di laman sosial. Tidak banyak maklumat yang diperolehi kerana semua laman sosial Juli berstatus private. Kehidupan Juli agak tertutup membuatkan ruang peribadinya sangat terjaga. Dia kemudian meminta Indera sambung membuat pencarian sementara dia menghabiskan masa dengan mengekori Juli.

TIDAK KULEPASKANWhere stories live. Discover now