BAB 6

216 4 0
                                    

KELUAR sahaja dari lif, Shou terus melangkah laju ke unit apartmennya. Dari jauh dia nampak Shireen yang sedang mundar-mandir di hadapan kediamannya. Shireen hanya berhenti bergerak apabila ternampaknya.

"Oh, my!"

Bulat mata Shireen memandang mukanya yang ada kesan darah kering dan bajunya yang dikotori tanah.

Shou mengangkat bahu. Dia sudah lali dengan pandangan itu semenjak dari hospital serta di dalam teksi tadi. Jari Shireen kemudian terangkat, menyentuh dahinya. Shou mengelak. Tidak mahu lukanya yang sudah kering diusik lalu berdarah kembali.

"Accident?" duga Shireen sewaktu dia membuka mangga gril.

Shou hanya mengangguk. Kalau menjawab tidak, bimbang Shireen akan banyak bertanya. Sedangkan dia mahu segera menanggalkan baju yang kotor dan basah itu. Kemudian mandi sebelum kembali ke hospital untuk berada di sisi Juli semula. Dia berani meninggalkan Juli sendirian untuk pulang menukar pakaian. Tidak mungkin ada orang berani berbuat khianat di tempat awam. Tok Ayah Ali dan Tok Inah pula kini dalam penerbangan ke Kuala Lumpur.

Mujur Juli membawa telefon bersamanya ketika keluar rumah. Dia membuka lock screen telefon Juli yang menggunakan pengimbas cap jari, lantas menghubungi Tok Ayah Ali untuk memberitahu apa yang telah berlaku. Nombor telefon Tok Ayah Ali kemudian disimpan di dalam telefonnya untuk apa-apa urusan kelak.

"Duduklah. I nak mandi," beritahunya kepada Shireen sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik.

Ketika membiarkan air lalu di badan, otaknya ligat berfikir. Juli nampaknya seperti ada musuh. Sedangkan berdasarkan maklumat yang diketahui dan dicarinya, gadis itu biasa-biasa sahaja. Hidupnya mudah. Jadi, patutnya Juli tiada musuh, tetapi kenapa ada orang mahu mencederakannya? Pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Shou mengeluh lemah sewaktu menutup paip air. Nampaknya dia kena berwaspada sentiasa. Tidak boleh alpa memandangkan tugasan ini bukan lagi tugasan yang biasa-biasa. Sudah melibatkan bahaya. Sudah ada ancaman terhadap nyawa.

Selesai menukar pakaian, dia mencapai kunci kereta keduanya. Keretanya yang merempuh pintu pagar rumah Juli sudah ditarik ke bengkel.

Shireen yang sedang duduk di sofa bingkas bangun daripada duduk apabila dia muncul di ruang tamu. Dua buah muk besar yang menyebarkan harum Milo terletak di atas meja di tengah ruang tamu.

"Kenapa you datang? You tak kerja ke hari ni?" tanya Shou.

Baru dia terfikir hendak bertanya mengenai kedatangan Shireen. Shireen selalunya memberitahu terlebih dahulu jika hendak datang.

"I dah hantar mesej, beritahu you yang I ambil cuti separuh hari dan I nak datang ke sini," beritahu Shireen, kemudian memuncungkan bibirnya. Kecewa apabila mesejnya tidak diberi perhatian.

Shou diam. Telefon di dalam poket seluar dikeluarkan. Betullah, ada mesej WhatsApp daripada Shireen. Pasti diterima ketika dia tengah kelam-kabut menguruskan keadaan Juli selepas dia sedarkan diri semula.

"Sorry. I ada kerja tadi. Sekarang ni pun, I kena pergi," ujarnya sambil memasukkan semula telefon ke dalam poket seluar. Mesej Shireen tidak dibacanya.

"Kalau you nak lepak kat rumah I, I tak kisah. Tapi, jangan tunggu I balik. Kunci duplicate di tempat biasa. Nanti keluar, you tinggalkan di tempat biasa juga." Shou berpesan sebelum melangkah ke pintu.

"Kata accident, jadi berehatlah. Buat apa nak fikirkan kerja lagi. I boleh batalkan appointment dengan Seven's Jewellery," ujar Shireen dengan dahi berkerut. Mengarah juga.

Shou tidak jadi membuka pintu rumah. Badannya kembali diputar menghadap Shireen.

"Seven's Jewellery?" Gilirannya pula berkerut dahi.

TIDAK KULEPASKANWhere stories live. Discover now