BAB 11

342 7 0
                                    

"KITA lunch bersama nanti." Juli berbisik perlahan, menetapkan apa yang perlu dilakukan selepas perbincangan selesai.

Tidak mahu Tok Ayah Ali yang duduk di sebelah kirinya mendengar. Duduknya diapit Tok Ayah Ali dan Shou.

"I ada rancangan lain." Shou menolak.

Selepas menemui Ratna tadi, dia merancang hendak pergi ke pejabat untuk mengatur kerja kepada pekerjanya. Selepas itu, keluar makan tengah hari dengan Shireen di The Gardens. Alih-alih, dia bertemu dengan Juli. Juli pula mengheretnya ke Syarikat Bina Jaya.

Mulanya dia mahu berada sekejap sahaja di pejabat syarikat pembinaan itu. Selepas mendapatkan maklumat syarikat, dia mahu beredar. Tetapi, Tok Ayah Ali mengarahkannya masuk ke dalam bilik meysuarat. Mahu dia turut serta dalam pertemuan dengan rakan kongsi syarikat itu yang sedang mengendalikan operasi syarikat.

Telefonnya yang diletakkan di atas meja berdenting. Dia menyambar telefonnya apabila perasan tangan Juli terhulur untuk mencapai peranti itu.

"Jangan langgar privasi I." Dia menegur Juli yang mahu meluaskan jajahan ke ruang peribadinya.

"Jangan ada rahsia antara kita, sebab I kekasih you." Juli pantas mengingatkan.

Perkataan kekasih sengaja ditekan untuk mengingatkan Shou.

"Belum lagi. Teruskan menggoda sehingga you Berjaya memiliki I. Seorang penggoda sifatnya menakluki, bukannya cuba mengawal. Maknanya dia tidak peduli apa yang lelaki itu buat. Dia tumpukan pada apa yang perlu dia buat iaitu menjerat sehingga dapat." Shou bersuara selamba.

Mata memandang sepintas lalu pada skrin sebelum telefon dimasukkan ke dalam poket. Mesej daripada Shireen. Tanpa membacanya pun, dia tahu isi kandungan kiriman itu. Pasti Shireen mengingatkannya pada janji untuk makan tengah hari bersama yang dipersetujuinya malam tadi.

"You takkan dapat lari daripada I selama-lamanya." Juli bersuara sinis.

Matanya beralih memandang pintu bilik mesyuarat yang terkuak. Dia tidak bangun walaupun Tok Ayah Ali bangun daripada duduknya.

Shou sekadar mengangkat bahu, kemudian bangun untuk mengalu-alukan orang yang datang.

Bilik mesyuarat itu boleh menempatkan 20 orang di dalamnya. Tetapi, yang muncul hanya seorang lelaki dan seorang wanita yang sebaya Tok Ayah Ali. Ada senyuman di bibir masing-masing. Salam dan sapaan mesra bertukar-tukar antara mereka dengan Tok Ayah Ali.

Shou mengenali mereka, Datuk Hisham dan Datin Haniz. Gambar mereka menghiasi dinding bilik mesyuarat itu sebagai antara pemegang saham terbesar Bina Jaya. Tetapi, figura Datin Haniz juga dikenalinya sebagai seorang pengasas sebuah social enterprise yang memfokuskan kepada pemasaran produk makanan yang dihasilkan oleh wanita luar bandar.

Tok Ayah Ali berdeham halus, menegur Juli yang sedang membuang pandang ke luar tingkap bilik. Lorelei itu tidak mempedulikan huluran tangan Datin Haniz yang mahu bersalam dengannya.

"Juli." Shou menegur pula dengan menyeru nama Juli.

Hilang ingatan tidak bermakna perlu hilang adab. Juli mengangkat kening kepadanya, tetapi tetap bersikap tidak peduli. Tangannya tetap tersimpan di pangkuan.

"Tak mengapa." Datin Haniz tidak mengambil hati dengan kedinginan Juli.

Mata wanita itu kemudian merenung tunak ke dalam mata Shou.

"Sheikh Othman Uzair. Panggil saja Shou. Saya kawan Juli." Shou memperkenalkan diri seringkas mungkin.

"My sweet lover." Juli bersuara selamba.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TIDAK KULEPASKANWhere stories live. Discover now