BAB 10

623 18 0
                                    

Wajah Qhayrul masam mencuka. Sakit hati semakin bertimpa-timpa apabila Todak, Belut dan Kucai telah dijamin keluar. Senyum sinis mengejek dihadiahkan oleh Todak kepadanya sebelum meninggalkan jeriji besi yang mengurung mereka.

"Siapalah nak jamin aku ni? Silap hari bulan, seminggu aku tidur kat sini," keluh Qhayrul sendiri. Matanya memandang siling.

Malam semalam dia dan yang lain telah ditangkap oleh pihak polis di atas kesalahan mengadakan pelumbaan haram dan memandu secara melulu di jalan raya serta mengganggu lalu-lintas. Masuk kali ini sudah dua kali dia ditahan kerana kesalahan yang sama.

"Qhayrul Wira Azreen." Tiba-tiba sahaja suara garau itu memecah lamunan Qhayrul.

Qhayrul bingkas bangun dan meluru ke pintu lokap. Tangan lelaki itu menggenggam besi menegak yang berada di hadapannya.

"Ya, tuan," sahut Qhayrul.

Misai di atas bibir pegawai polis tersebut membuatkan Qhayrul terkedu. Air muka lelaki beruniform biru gelap itu tegas dan garang. Dia sempat membaca tanda nama yang tertera pada dada kanan pegawai polis tersebut.

"Tuan Khairol, nama tuan lebih kurang sama dengan saya."

"Nama aje sama, tapi perangai hantu awak secubit pun tak sama dengan saya," balas pegawai yang berpangkat koperal itu.

Kemudian, dia memasukkan kunci ke dalam ruang kecil yang ada pada pintu besi.

"Tuan, saya dah boleh keluar ke?" soal Qhayrul dalam keadaan terpinga-pinga.

"Awak nak tidur kat lokap ni sampai bila-bila ke? Tak nak keluar? Ke awak nak beranak pinak kat dalam ni?"

"Isy, tuan, mimpi ngeri untuk seumur hidup kalau saya kena tidur kat sini sampai bila-bila. Tak adanya saya dapat beranak pinak dalam lokap sedangkan nak mimpi basah pun belum tentu saya dapat kalau tidur kat atas lantai macam ni," seloroh Qhayrul.

"Kalau awak tak nak keluar, saya boleh aje kunci balik pintu ni. Sebelum awak dapat mimpi basah, badan awak yang mati kering dulu."

"Tuan, janganlah macam tu. Saya gurau aje. Tapi, kenapa saya boleh keluar tiba-tiba?"

"Awak boleh keluar sebab ada orang datang jamin awak."

"Ada orang jamin saya?'

"Ya, cepat keluar."

Qhayrul hanya mengangguk dan tunduk dengan arahan pegawai polis itu. Mereka berdua berjalan dan beredar dari kawasan lokap. Apabila tiba di bahagian kaunter hadapan balai polis itu, ada seseorang yang tidak dikenali sedang berurusan dengan pegawai yang bertugas. Sekali-sekala pandangan lelaki itu melihat Qhayrul yang masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.


"DALAM dunia ni, tak ramai orang yang baik hati. Tiba-tiba aje aku dapat bebas. Encik ni memang suka beramal jariah ke?" petik Qhayrul setelah tiba di tempat letak kereta.

Sejak keluar dari balai polis tadi, gerangan asing itu langsung tidak bersuara.

"Saya jamin sebab nama encik. Qhayrul Wira Azreen."

Penglihatan Qhayrul menjamah penampilan lelaki tersebut dari atas ke bawah. Memang jauh berbeza dengan dirinya.

"Sebab nama aku aje?"

"Encik Qhayrul, saya Hamka Mahadzir. Saya merupakan salah seorang peguam daripada syarikat guaman Fakhrul Razi & Associate," ucap Hamka sambil menghulurkan tangan kepada Qhayrul untuk bersalaman.

Qhayrul membalas dengan teragak-agak. "Peguam?"

Hamka mengangguk.

"Baru keluar lokap, dah nak kena masuk dalam lagi ke? Saya ada buat salah dengan siapa? Siapa pula yang nak saman saya?" tanya Qhayrul, lantas menukar kata ganti diri tatkala mengetahui profesion lelaki itu.

AKU ADA BILA PERLUWhere stories live. Discover now