Part 8

21.2K 320 3
                                    

Pada malam itu selepas selesai di butik itu Daniel terus lepak bersama Zaim teman baiknya itu.

"Wei lambatnya kau" kata Zaim

"Aku ada hal sikit" balas Daniel

Zaim mendapat mesej dari Fatin bakal isterinya itu. Zaim tidak membaca sehingga lah Fatin menelefon nya.

"Jap wei. Fatin call aku" Zaim bangun dari tempat duduk nya dan menjauhkan sikit "ye sayang kenapa?" Tanya Zaim

"Abang nak tahu tak? Daniel buat keputusan nak kawin dengan Afiya" kata Fatin

"Ha? Sayang biar betul? Patutlah nampak Daniel macam stress" kata Zaim "tak apalah sayang nanti abang call balik" kata Zaim dan menamatkan panggilan

Zaim ke arah Daniel yang sedang duduk sambil minum airnya

"Kenapa Fatin call?" Tanya Daniel "tak pernah dia call malam-malam macam ni"

"Dia cakap ada orang tu jumpa ibu kepada Afiya dan Afiya sekali cakap nak kawin" kata Zaim

Daniel menjeling Zaim

"Sebenarnya aku tak faham dengan fikiran kau sekarang... 2 tahun tak ada sesiapa pun berani dekat dengan kau lepas tahu kisah silam kau dan yang bertahan pun tu lah si Intan tapi macam tak baik je... Aku tak naklah kau terima Afiya sebab kau nak  orang tak mengata kau dah" pesan Zaim

"Aku buat keputusan atas diri aku dan aku tahu apa yang aku akan hadapi... Aku buat untuk tengok mama happy" kata Daniel

"Aku tak rasa kau cinta kan Afiya" kata Zaim membuat Daniel terdiam

Esokkan paginya.

Mama menyiapkan semua makanan kegemaran Daniel. Danish yang mahu ke kolej pun terkejut melihat.

"Mama kenapa? Pagi-pagi buat perangai ni ..." Kata Danish

"Tak apa lah abang kamu kan boleh makan" kata mama

Daniel turun ke arah meja makan dan melihat banyak sangat lauk yang disiapkan.

"Mama" panggil Daniel walaupun mamanya ada disebelah

"Iya sayang' jawab mama

"Ini sebab apa?" Tanya Daniel

"Anak mama dah setuju nak kawin pada tahun ni i'm so happy right now..." Kata mama dan memeluk Daniel

"Jangan peluk Daniel nanti baju rosak" kata Daniel "okay fine nanti Daniel selesai kan balik. sekarang Daniel nak pergi kerja jadi mama jangan kacau" pesan Daniel sebelum pergi "simpan lauk tu nanti panaskan balik

Daniel masuk ke kereta dan bergerak ke officenya.

"Mama bila abang nak kawin?" Tanya Danish

"Semoga cepat" balas Mama

Pada tengahari itu Afiya menemani Fatin makan di kantin tempat kerjanya. Tempat kerja Fatin itu adalah syarikat milik Tuan Daniel itu.

"Aku tak sangka kawan aku pun akan kawin" kata Fatin sambil ketawa

"Mulut kau jaga sikit.. aku ni belum buat keputusan lagi tau memang taklah aku nak terima macam tu je ini hal sangat serius wei susah dari SPM STPM tau" balas Afiya

"Hahaha yang paling sakit adalah bersama dengan orang yang tidak mencintai kita" kata Fatin

Mereka berborak sangat rancak sehinggalah perbualan mereka terhenti bila Haikal mendekati Afiya

"Eh Afiya... Kita berjumpa lagi lah" kata Haikal

"Ni bukan mamat gila yang kau cerita dekat aku ke?" Tanya Fatin tapi Afiya hanya mendiamkan diri kerna takut

"Aku pergi tandas dulu" kata Afiya dan ke arah tandas

Haikal yang mahu pergi itu  ditahan oleh Fatin

"Hoi kau ingat kau boleh lari? Kau ikut dia aku panggil polis depan pintu tu" kata Fatin

Haikal tidak berani untuk mengejar.

Di dalam tandas Afiya merasa sangat takut dan mengelap mukanya banyak kali sehingga lah merasa lega

5 minit kemudian Fatin melihat Daniel berjalan di kawasan itu seperti ingin ke tandas.

"Daniel? Afiya? Aduhai ni kalau jumpa tak balik jawabnya" kata Fatin

Afiya keluar dari tandas itu dan merasa sangat pening. Afiya berjalan dan terserempak dengan Daniel.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Daniel

"Saya teman Fatin" balas Afiya

Daniel pergi selepas Afiya  menjawab tapi Daniel terhenti berjalan kerana terdengar sesuatu yang jatuh. Dia menoleh ke belakang rupanya Afiya sudah terjatuh pengsan .

"Afiya? Awak kenapa? Bangun!!!" Kata Daniel sambil mengangkat Afiya

Daniel membawa Afiya ke arah kereta dan menyuruh Irfan memandu ke hospital. sebelum mereka pergi Fatin ke arah Daniel yang mahu masuk ke dalam kereta

"Afiya kenapa?" Tanya Fatin

"Dia pengsan aku bawa dia pergi hospital dulu" kata Daniel sambil melihat Haikal yang berada di dalam kawasan office nya.

Dalam setengah jam Afiya pengsan dan terjaga dengan mimpi yang menyeramkan.

"Tolong!!!" Jerit Afiya dan terkejut bila Daniel berada di sebelah nya "saya dekat mana?" Tanya Afiya

"Awak dekat hospital... tadi awak pengsan" balas Daniel

"Saya nak balik" kata Afiya

"Eh awak baru je sedar" kata Daniel sebelum Afiya pergi

"Saya tak sakit.." balas Afiya

Zaim yang baru sahaja sampai mendekati mereka berdua.

"Kau okay? Sorry aku lambat" kata Zaim dan melihat Daniel "kau boleh balik bro aku hantar Afiya balik sebab dia tak boleh duduk hospital lama²" kata Zaim

"Kau nak hantar dia?" Tanya Daniel

"Yelah lagipun aku kena pergi butik dia sebab ada baju Fatin" kata Zaim dan menarik tangan Afiya pergi "jumpa esok"

Daniel mendapat panggilan dari Irfan.

"Tuan, malam ni Datin ada dinner untuk keluarga" kata Irfan

"Saya akan balik" Daniel membalas nya dan menamatkan panggilan

Di dalam kereta Zaim bersama Afiya. Afiya membaringkan dirinya di sofa kereta .

"Tu lah kau aku dah cakap jangan banyak buat kerja" kata Zaim

"Aku sakit bukan sebab tu" balas Afiya

"Habis tu kalau bukan sebab tu sebab apa pulak?" Tanya Zaim

"Haikal" jawapan Afiya mendapat Zaim faham segalanya

"Kenapa dia datang sini?" Tanya Zaim lagi

"Dia kerja bawahan Daniel" balas Afiya

"It's okay aku  selesai dengan Daniel nanti" kata Zaim dengan merasa marah

"Aku taknak Daniel tahu dan aku dengan Daniel bukan sesiapa" balas Afiya

Afiya turun dari kereta milik Zaim dan masuk ke rumah .

"Kurang ajar kau berani kau muncul kan balik diri kau Haikal!" Marah Zaim

Bersambung

GODAAN SEORANG ISTERIWhere stories live. Discover now