Part 32

9.5K 144 1
                                    

Zaim membawa Afiya ke cafe.

"Kau tak takut?" Tanya Zaim

"Takut lah jugak tapi dia tu memang gila" balas Afiya

"Kalau kau nak tahu Intan dah tak kacau Daniel" kata Zaim

"Ohh" Balas Afiya

Afiya terdiam sekejap mungkin kerana kata-katanya itu buat Intan sedar.

"Kau nak makan apa?" Tanya Zaim

"It's okaylah aku datang nak lepak minum je" balas Afiya

"Oh aku dah biasa beli air dekat cafe ni sebab tu selalu datang sini" kata Zaim

"Macam mana dengan Fatin?" tanya Afiya

"Dia okay tapi esok dia cakap nak datang rumah kau sebab aku kerja luar" kata Zaim

"Yes betul jauh ke?" Tanya Afiya

"Tak pun dekat Selangor je" balas Zaim

"Okaylah aku nak balik butik dah" kata Afiya

"Aku hantarkan aku risau lah mamat gila tu datang" kata Zaim

Afiya hanya mengangguk sahaja . Afiya dan Zaim berjalan ke butik Afiya dan Afiya terkejut bila Daniel menunggu nya didepan butik.

"Abang? Buat apa dekat sini?" Tanya Afiya

"Saja datang sebab kerja abang siap awal" melihat Zaim "Zaim pun ada"

"Kebetulan jumpa dia dekat cafe tadi" balas Afiya

"Ohh okay kau nak balik office ke?" Tanya Daniel

"Haah nahlah air untuk kau" memberi kepada Daniel dan terus pergi

"Kenapa dengan Zaim tu?" Tanya Afiya

"Tak ada apa biarkan je sekarang ni jom masuk dalam" membawa Afiya masuk ke butik

Daniel duduk di sofa butik itu dan Afiya berdepan dengan nya.

"Sayang balik pukul berapa?" Tanya Daniel

"Pukul 6 petang" jawab Afiya "kenapa abang?" Tanya Afiya

"Tak ada apa lah abang nak bawa sayang pergi jalan-jalan" balas Daniel

"Oh yeke? Wah pergi mana?" Tanya Afiya

"Rahsia" Balas Daniel

Pada malam itu Daniel membawa Afiya ke tepi pantai makan malam di situ merasa sungguh romantik.

"Cantiknya" kata Afiya

"Untuk sayang semua cantik" kata Daniel dan memeluk isterinya itu

"Bila abang suruh diorang buat ni?" Tanya Afiya

"Yang tu tak penting lah sayang sekarang yang penting abang sayangkan sayang" kata Daniel

Afiya tersenyum

"Saya pun sayang abang" balas Afiya

"Kalau sayang makan sekarang" kata Daniel

"Saya nak tanya ni" kata Afiya

"Apa?" Sambil makan

"Intan dah tak ganggu abang dah ke?" Tanya Afiya

"Haah tak ganggu dah biasa nya dia akan call" kata Daniel

"Oh Tak apa lah kalau macam tu" kata Afiya

"Kenapa sayang?" Tanya Daniel

"Saya risaukan dia" kata Afiya

"Tak payah risau lah orang macam dia tu dah teruk sangat dia buat kita" kata Daniel

"Tapi dia manusia jugak dan manusia kan tak lari dari kesilapan" kata Afiya

"Iya sayang abang faham tapi insyallah dia okay" Balas Daniel

Esokkan harinya Daniel bersiap untuk ke kerja dan Afiya masih tertidur di situ.

"Sayang" panggil Daniel dan ke arah Afiya

Afiya bangun dan melihat suami nya sudah siap untuk ke kerja.

"Sorry abang saya tak siapkan apa-apa pun jap saya buatkan minum" kata Afiya ingin bangun

"Tak payah sayang" mencium dahi milik isterinya "abang pergi kerja dulu" kata Daniel

Afiya salam Daniel sebelum Daniel pergi.

Intan yang sangat takut hanya duduk di rumah sahaja tidak mahu keluar pasal kerjanya jugak tidak dibuat.

"Ish kenapa lah aku tak soal siasat pasal Arif" kata Intan menyesal

Tiba-tiba terdengar pagar rumahnya bising dia keluar melihat Arif didepan rumahnya

"Kau nak apa lagi?" Tanya Intan

"Ikut plan aku kau akan aku lepaskan" kata Arif

"Plan apa lagi? Aku penatlah Arif" kata Intan

"Aku ada semua bukti pasal syarikat Daniel yang kau musnahkan" kata Arif membuat Intan terkejut

"Arif kau dapat dari mana?" Tanya Intan

"Sebelum kau datang dekat aku sebenarnya aku dah siasat pasal kau" kata Arif berbuat Intan lagi terkejut "so?"

Intan membuka pagar rumahnya dan memberi Arif masuk .

"Kau nak aku buat apa?" Intan terpaksa mengikut kata-kata Arif kerana tidak mahu masuk penjara atas kes itu

"Senang aku nak kau bermalam dengan Daniel" kata Arif

"Kau gila ke apa?" Tanya Intan

"Aku memang gila kalau kau tak ikut plan aku semua pasal ni aku bagitahu" mencekik Intan

"Oh okay aku buat" balas Intan

Arif pergi dari situ dengan perasaan seronok.

Bersambung

GODAAN SEORANG ISTERIWhere stories live. Discover now