Part 16

18.5K 244 2
                                    

Daniel ke arah Afiya yang sedang menunggu nya itu.

Mereka pulak ke hotel dan di pintu masuk hotel itu Afiya seperti melihat orang yang dia kenali. Afiya terhenti jalan nya dan Daniel terus ke arahnya .

"Saya macam kenal perempuan tu" kata Afiya

"Apa awak mengarut sini saya dengan awak je tak ada orang lain" balas Daniel dan memegang tangan Afiya untuk naik ke bilik

Sampai sahaja di pintu bilik Afiya melihat Daniel yang bersahaja.

"Berapa lama awak nak pegang tangan saya?" Tanya Afiya

"Saya pegang? Awak yang ambil tangan saya" balas Daniel dan melepaskan

"Kalau nak cakap je lah" kata Afiya

"Kalau saya nak awak bagi?" Melihat ke arah Afiya membuat Afiya merasa gementar

"Dahlah malas layan awak" masuk ke bilik nya

Daniel tersenyum sahaja melihat Afiya malu itu.

Pada malam itu perut Afiya buat hal seperti sangat sakit mungkin kerana makan terlalu pedas Afiya terus memanggil Daniel yang berada di ruang tamu .

"Daniel!" Panggil Afiya

"Apa? Saya tengah tengok tv ni" kata Daniel

"Sini lah sekejap saya sakit" kata Afiya menahan sakit

"Sakit apa pulak malam-malam ni" Daniel bangun dari sofa dan ke arah bilik melihat Afiya menahan sakit perutnya "awak kenapa?"

"Saya sakit perut" kata Afiya

"Ha? Siapa pulak buat awak?" Tanya Daniel "sekejap saya ambilkan air"

Selepas mengambil air Daniel kembali membawa air untuk Afiya.

"Awak sakit lagi? Kalau awak sakit lagi saya turun bawa beli ubat jap ni kunci jangan bagi orang masuk" pesan Daniel

"Daniel... Jangan lama" kata Afiya

Daniel keluar dari biliknya dan ke arah bawah. Selesai sahaja beli ubat itu Intan datang mendekati nya.

"Kau nak apa?" Tanya Daniel

"I nak u... Tak bukan maksud i macam tu i nak cakap pasal bisnes kita" kata Intan

"Aku tengah honeymoon tak boleh kacau aku balik nanti kita settle" kata Daniel

"Tapi Daniel i nak borak dengan u" kata Intan

"Apa plan u sebenarnya?" Tanya Daniel membuat Intan takut

"Tak ada apa" balas Intan

Daniel meninggal kan Intan di situ .

"Daniel! Ish lelaki ni nasib lah kau tu bisnes aku"

Daniel masuk ke biliknya dah memberi Afiya minum ubat.

"Kenapa awak lama sangat?" Tanya Afiya

"Ramai tadi dekat bawah" jawab Daniel "saya mandi sekejap awak berehat lah"

"Saya nak balik esok" kata Afiya membuat Daniel arahnya semula

"Kenapa?" Tanya Daniel

"Sebab saya ada banyak kerja so kerja tu kena selesaikan sebelum minggu depan" kata Afiya

"Oh macam tu boleh lah sebab saya pun nak balik jugak" kata Daniel

Esokkan harinya Afiya bersiap untuk pulang bersama Daniel. Afiya meminta izin ke tandas sebelum pergi

"Saya nak pergi tandas" kata Afiya

"Tak boleh" jawab Daniel gelisah

"Kenapa? Saya nak pergi tandas" kata Afiya lagi

"Tak bukan macam tu awak pergilah jangan lama" kata Daniel "nak saya ikut?"

"Awak ni pelik lah"

Afiya pergi ke tandas dan selepas sahaja keluar dari tandas itu Afiya melihat Intan yang sedang gelabah seperti mahu melarikan diri sehingga barangnya jatuh. Afiya mengambil dan ke arah Intan

"Cik! Ni barang Cik jatuh" kata Afiya

"Thank you" Intan mengambil dah terus pergi

Mereka sampai ke rumah jam 8 malam Daniel mengangkat semua barang masuk ke biliknya. Afiya yang rindu dengan rumah ini terus baring di atas sofa.

Daniel turun setelah mengangkat barangnya dia melihat Afiya terbaring di atas sofa

"Wah bestnya awak tidur sini" kata Daniel

"Saya penatlah" balas Afiya

"Oh yeke" duduk di sebelah Afiya "saya ke awak bawa kereta?" Tanya Daniel

Semasa mereka bergurau manja itu Afiya mendapat panggilan dari Mak Sue

"Assalamualaikum Afiya maaf ganggu nak tanya pasal butik esok Afiya masuk butik ke? Sebab Mak Sue ada hal pagi esok" kata Mak Sue

"Waalaikumsalam Mak Sue. Oh yeke? Tak apa esok Afiya masuk pagi okay Mak Sue ambil cuti je lah lagipun dah lama Mak Sue tak cuti kan" kata Afiya sebelum meletak panggilan

"Oh okay Afiya terima kasih" kata Mak Sue

Afiya menamatkan panggilan nya dan melihat ke arah Daniel yang melihat ke arahnya dari tadi.

"Apa pandang-pandang ada hutang?" Tanya Afiya dan bangun dari sofa

"Awak memang banyak hutang saya pun" balas Daniel "esok saya hantar awak pergi butik"

"Saya ada kereta sendiri tak perlu sesiapa hantar pun" kata Afiya

"Tak boleh saya taknak orang kacau awak" Balas Daniel "yang lelaki hari tu kalau saya jumpa saya akan tumbuk dia"

"Ikut awaklah nak buat apa pun saya nak masuk bilik nak mandi nak tidur awak duduk lah sorang-sorang dekat sini" kat Afiya dan pergi ke biliknya

Bersambung

GODAAN SEORANG ISTERIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora