Part 25

14.4K 214 0
                                    

Afiya meminta Daniel menghantar nya ke rumah Fatin. Selepas selesai menghantar Afiya ke rumah Fatin Daniel terus ke tempat kerjanya.

"Aku risau lah Arif buat apa-apa dekat aku" kata Afiya

"Kau kan ada suami" balas Fatin

"Arif tu akan datang ugut aku semua tu waktu Daniel tak ada dan aku rasa dia bersubahat dengan Intan" kata Afiya

"Mana kau tahu ni?" Tanya Fatin sambil minum teh yang disediakan itu

"Aku nampak diorang bersama hari tu macam berbincang sesuatu" balas Afiya

"Intan tu bukan nak sangat dengan suami kau tu sebenarnya dia nak bahagian dia dalam syarikat bapak Daniel sebab dulu arwah bapak Daniel tu manja kan Intan sampai macam tu jadi nya tapi padan muka dia tak pernah dapat kawin Daniel" kata Fatin

"Ohh jadi Arif pun sama dia nak hak dia tapi kalau aku bagitahu abah aku dia mesti risau pasal aku nanti" balas Afiya

"Sekarang ni kita tengok permainan diorang aku tahu Daniel takkan bagi sebab syarikat sah milik Daniel dia boleh buang sesiapa pun dia nak" kata Fatin

Ketika itu Intan masuk bilik office milik Daniel

"Yes kenapa?" Melihat Intan

"Kenapa u tanya i... Sekarang ni i nak kerja apa kalau u tolak semua projek yang kena mengena dengan i" kata Intan

"Sebab i tak suka u" Balas Daniel

"I tak tahu apa masalah u takkan sebab u nak jaga hati perempuan tu u buat macam ni dengan i" kata Intan lagi

"Dengar sini Intan lagi i dekat dengan u lagi bahaya i sayangkan Afiya" balas Daniel

"Tapi.."

Daniel mendapat panggilan dari Afiya Intan tidak sempat berkata apa

"Hey sayang kenapa call?" Tanya Daniel

"Saya nak cakap yang saya balik sendiri naik grab abang tak payah ambil saya lah" balas Afiya

"Ohh okay Sayang hati-hati tau i love you" Daniel menamatkan panggilan

Intan yang berada di situ terus keluar dari bilik itu dan Afiya merasa pelik dengan suaminya itu

Zaim yang mahu ke bilik Daniel mahu menghantar fail nya baru terserempak dengan Intan.

"Aih... Tuntut hak ke? Ke dah miskin? Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau nak" kata Zaim

"Kau diamlah" balas Intan dan pergi dari situ

Afiya yang baru sahaja sampai di rumah mendapat panggilan dari ayahnya tentang ibunya .

"Assalamualaikum Afiya"

"Waalaikumsalam Abah. Kenapa Abah call?" Tanya Afiya sambil membuka pintu rumahnya

"Abah rindukan kamu lah tapi Ibu tak sihat ni dia cakap nak jumpa Afiya sangat kalau boleh Afiya datanglah bawa Daniel ke" kata Abah nya

"Tak apa Afiya datang sekarang"

Afiya menamatkan panggilan dan mengambil kunci kereta milik Daniel.

Afiya sampai ke rumah milik keluarga dalam setengah jam jugak. Sampai sahaja di rumah itu Afiya salam ayahnya itu dan terus berjumpa dengan ibunya.

"Ibu kenapa ni?" Tanya Afiya

"Ibu cuma tak sihat sangat nanti kalau makan ubat okaylah" balas Ibunya

"Tu lah ibu tak banyak makan sangat ni kan dah tak sihat ke sebab rindu Afiya ni" kata Afiya

"Ibu rindu sangat dengan kamu Afiya" tersenyum Ibunya

"Ibu rehat lah dulu Afiya masakkan bubur"

Afiya keluar dari bilik itu dan ke arah dapur.

"Macam mana kerja?" Tanya Abah

"Okay je cuma seminggu ni Afiya buat kerja dekat rumah je sebab Daniel hari tu tak sihat lepas tu mak dia pulak datang jadi Afiya buat kerja dekat rumah je" balas Afiya

"Baguslah tu Daniel okay dengan Afiya kan?" Tanya Abah nya lagi

"Iya dia okay sangat dia baik dengan Afiya" tersenyum Afiya "tapi abah..."

"Tapi kenapa Afiya? Cakap dengan abah dia ada buat tak elok ke?" Tanya Abah

"Arif abah dia ugut Afiya dia masih salahkan kita" kata Afiya

"Ayah dia tak pernah cakap apa tapi dia je yang melebih abah rasa dia sukakan kamu Afiya" kata Abahnya

Semasa mereka sedang berborak Daniel menelefon Afiya. Afiya terus menjawab.

"Iya abang?"

"Awak dekat mana?" Tanya Daniel

"Rumah ibu. Ibu tak tak sihat jadi saya tengok kan dia sekejap" kata Afiya

"Oh okay tak apalah abang datang dekat awak nanti sebab Zaim kereta dia rosak jadi dia pinjam kereta abang sebelum tu dia hantar abang dulu" kata Daniel

"Okay Abang jaga diri tau" pesan Afiya

Bersambung

GODAAN SEORANG ISTERIWhere stories live. Discover now