Part 30

12.4K 179 2
                                    

Arif sangat marah kerana tidak tahu apa yang dibuat oleh Intan itu.

Afiya merasa lega bila mengatakan apa yang harus dikatakan kepada Intan.

"Arif kenapa aku masuk perangkap kau" Intan terus menaiki keretanya "Aaaahhh" menjerit Intan

Ketika itu di rumah keluarga Afiya. Ibunya sangat risau tentang anaknya itu.

"Abang saya risaukan Afiya" kata Ibunya

"Apa yang nak dirisaukan suami dia kan ada" balas Abah

"Memang ada diorang tu bukan kerja sekali" kata Ibu

"Pelik lah awak ni kalau risau call je lah"

Pada malam itu Zaim dan Fatin berada di ruang tamu Fatin hanya melihat sahaja Zaim itu ingin katakan sesuatu.

"Awak nak apa sayang?" Tanya Zaim

"Saya risau pasal Afiya sebab Arif ugut dia untuk minta cerai dengan Daniel" kata Fatin

"Betul ke? Bila Afiya cakap?' tanya Zaim lagi

"Sebenarnya hari tu saya teman dia dekat cafe jumpa arif" jawab Fatin

Di rumah Daniel. Daniel menyiapkan kerjanya di ruang tamu Afiya datang mengganggu nya membuat kerja.

"Kenapa tak siap kan dekat office?" Tanya Afiya

"Hari ni abang sibuk sangat lah" balas Daniel "sebenarnya kan abang nak buat permintaan dekat sayang" kata Daniel

"Permintaan apa?" Melihat Daniel yang memegang tangan nya

"Abang nak sayang kerja dekat rumah je dekat butik tu biar Mak Sue jaga" kata Daniel

"Kenapa macam tu pulak?" Tertanya Afiya

"Awak kan dah mengandung bahayalah dekat luar sana" kata Daniel

"Tapi tak semestinya kena kerja dekat rumah kan" balas Afiya

"Iya memang tapi abang tak suka" kata Daniel

"Sejak bila abang tak suka apa yang saya buat ni?" Tanya Afiya

"Bukan macam tu sayang" balas Daniel

"Saya tak boleh harapkan Mak Sue sorang dekat butik lagipun butik tu saya punya" kata Afiya

"Sekarang ni sayang boleh tak tunaikan permintaan abang?" Tanya Daniel

"I don't know" Balas Afiya dah masuk ke biliknya.

Esokkan harinya Daniel bersiap untuk ke office melihat Afiya menyediakan makanan untuk dia.

"Sayang. Pasal semalam tu..."

"It's okay saya faham apa yang abang rasa kan sekarang" kata Afiya "saya okay saya boleh jaga diri saya abang tu kerja elok-elok jangan mengatal dengan Seri je pekerja baru tu" kata Afiya

"Aduhai ada pulak yang jealous" kata Daniel "tapi sayang kena sentiasa jaga diri" pesan Daniel

Selepas sahaja Daniel pergi ke kerja Afiya mendapat panggilan dari Arif.

"Kau nak apa call aku?" Tanya Afiya

"Aku nak kau buat apa aku suruh" kata Arif

"Aku takkan ikut" balas Afiya "kau cuba ganggu aku lagi aku akan call polis" balas Afiya

"Kau takkan ikut? Oh kau ingat aku takut" kata Arif

Afiya meletak panggilan itu.

"Ish sial lah yang sorang ni lagi mana"

Arif cuba menelefon Intan tapi tidak dijawab Arif terus bertindak ke rumahnya.

"Hoi Intan! Kau keluar sekarang! Aku tahu kau ada dekat dalam! Plan kita macam mana?" Marah Arif

Intan yang berada didalam rumah hanya melihat dari dalam cermin.

"Kau tak keluar aku akan bongkar kan semua rahsia kau dekat Daniel!" Ugut Arif

Intan keluar dari rumahnya dan berdiri didalam pagar.

"Kau nak apa?" Tanya Intan

"Kau kenapa tak jawab call aku semua?" Tanya Arif

"Aku tak sihat lah kau pergi balik lah" kata Intan dan ingin masuk ke rumahnya

"Aku dah ugut Afiya untuk minta cerai jadi kita boleh dapat apa yang kita nak" kata Arif

"Aku tahu Afiya takkan buat tak payah lah kau sibuk hal diorang" kata Intan

"Apa kau cakap ni?" Tanya Arif pelik dengan sikap Intan

Intan masuk ke rumahnya.

"Kau tak teruskan plan kau aku bunuh kau!' kata Arif membuat nya takut

Di tempat kerja Daniel. Daniel pelik Intan tidak mengganggu nya lagi dan Daniel memanggil Zaim datang ke biliknya.

"Kenapa panggil aku?" Tanya Zaim

"Kau tak pelik ke Intan dah tak kacau aku" kata Daniel

"Kau sendiri pernah cakap diorang tu akan berhenti" kata Zaim

"Yelah ada dapat info dari Haikal?" Tanya Daniel

"Dia cakap sekarang Arif je sekarang yang selalu cari isteri kau" balas Zaim

"Kau tahu tak aku dah suruh isteri aku duduk rumah tapi dia taknak" kata Daniel

"Kau tak cakap pasal Arif?" Tanya Arif

"Taklah sebab aku takut dia fikir pasal tu dia tu tengah mengandung" kata Daniel membuat Arif terkejut

"Wow serius lah? Afiya mengandung? Wei tahniah bakal menjadi papa" kat Zaim  dan memeluk Daniel

Daniel hanya tersenyum happy tapi membuatnya sedih untuk hadapi semua itu.

"Okay kalau macam aku ada plan untuk suruh bini kau duduk rumah" kata Zaim dan pergi

"Wei! Plan apa?"

Bersambung

GODAAN SEORANG ISTERIWhere stories live. Discover now