Part 36

9.1K 153 1
                                    

Daniel terus ke arah Afiya.

"Sayang okay?" Tanya Daniel

Afiya masih dalam kesakitan

"Kita pergi klinik" Daniel mengangkat isteri nya masuk ke kereta

Ketika itu di klinik.

"Baby Tuan dan Puan selamat cuma kesakitan tadi sakit disebabkan terjatuh ringan je dan mengejutkan" kata Doctor itu

"Terima kasih doctor" kata Daniel dan membawa keluar Afiya dari bilik itu

"Abang awal balik" kata Afiya

"Sebab abang tak sedap hati so abang balik awak dan tengoklah apa jadi tadi dekat rumah" kata Daniel "Arif nak apa?" Tanya Daniel

"Nanti dekat rumah Afiya cerita" kata Afiya

Di rumah. Afiya menyediakan minuman untuk suaminya. Afiya duduk di ruang tamu bersama Daniel. Daniel melihatnya dan terus bertanya soal tadi.

"Arif kenapa?" Tanya Daniel

"Dia cari Intan dia cakap kita sorok Intan dari dia" kata Afiya

"Mana intan pergi?" Tanya Daniel

"Entahlah saya pun tak tahu" kata Afiya

"Tak apa lah esok abang cuba cakap dengan Zaim" kata Daniel

Esokkan hari nya Daniel berjumpa dengan Zaim dan berkata hal Intan sehingga lah Zaim menyuruh Haikal mencari Intan.

"Intan hilang?" Tanya Haikal

"Haah dia tak ada dengan Arif" kata Zaim

"Tak apa lah nanti saya cuba suruh budak saya cari" balas Haikal

Fatin dan Amelia ke arah Zaim yang sedang berborak dengan Haikal

"Abang dah boleh lunch ke?" Tanya Fatin

"Oh dah kenapa Amelia ada dekat sini sekali?" Tanya Zaim

Amelia dan Haikal melihat satu sama lain seperti sudah jatuh hati

"Amelia ada hal nak jumpa Daniel" kata Fatin

"Oh yeke kalau macam tu Haikal kau bawa Amelia pergi jumpa bos" kata Zaim

"Saya?" Tanya Haikal

"Yelah ke ada orang lain nama Haikal? Dahlah aku nak pergi makan ni" kata Zaim

Haikal membawa Amelia berjumlah dengan daniel. Sementara itu didalam lif.

"Saya Haikal" kata Haikal

"Oh saya Amelia Kawan Fatin" balas Amelia

"Kenapa saya tengok awak saya terasa ada sesuatu yang tak kena" kata Haikal

"Ha? Maksud awak? Saya tak kena" Amelia melihat pakaian nya.

"Hati saya yang terasa untuk memiliki awak" kata Haikal malu

Amelia tersenyum sahaja.

Sampai di bilik Daniel. Amelia masuk ke dalam bilik itu dan melihat Daniel sedang menelefon seseorang.

"Iya sayang nanti abang balik abang belikan durian" kata Daniel sebelum menamatkan panggilan "hai Amelia" tegur Daniel

"Saya datang nak bincang pasal projek ayah saya" kata Amelia

"Oh boleh sekejap saya panggil Haikal untuk uruskan" kata Daniel

Pada jam 6 petang Daniel sudah bersiap untuk pulang ke rumahnya tapi dia merasa terkejut bila melihat Arif berasa di kereta nya.

"Sorry pasal bini kau" kata Arif

"Tepi lah aku nak balik" kata Daniel

"Balik? Afiya tunggu sweetnya" kata Arif

Arif mengeluarkan pisau dari jaketnya.

"Arif aku tak tahu apa masalah kau sebenarnya tapi tolong jangan kacau aku dengan Afiya"

"Selagi aku tak dapat apa yang aku nak aku akan kacau dan satu lagi aku nak Intan" kata Arif

"Kau nak buat apa dengan dia?" Tanya Daniel

"Aku nak seksa dia sebab plan aku tak jadi Afiya tahu segalanya" kata Arif dan mendekati Daniel

"Kau jangan sentuh Intan!" Marah Daniel dan cuba menarik Arif

Arif menumbuk Daniel di situ dan melarikan diri

"Kau takkan selamat!" Kata Arif

Daniel pulang ke rumah dan membawa durian sekali. Afiya membuka pintu rumah dan Daniel tersenyum terus memeluk isterinya itu.

"Abang okay?" Melihat Daniel "abang kenapa ni?" Tanya Afiya

"Arif tadi dia nak Intan lepas tu tumbuk abang" kata Daniel

Daniel masuk ke rumah dan berehat di sofa. Afiya meletak durian nya di dapur.

"Kita kena buat report" kata Afiya "kalau tak buat lagi masalah banyak timbul dan arif tak boleh dibiarkan macam tu" kata Afiya

"Betul sayang tak apa esok abang uruskan dan kalau lah Zaim dan Haikal dapat jumpa Intan kita kena pastikan Intan selamat" kata Daniel

"Iya abang sekejap abang saya ambil kan ubat" kata Afiya

Bersambung.

GODAAN SEORANG ISTERIWhere stories live. Discover now