Part 23

14.6K 209 2
                                    

Jam 2 pagi Afiya mimpi dan teringat Arif membulinya.

"Lepaskan aku!!!" Jerit Afiya dan tersedar "Ya Allah" Afiya terus melihat Daniel yang berada di tepinya

Daniel terbangun kerna Afiya bermimpi ngeri.

"Awak okay tak?" Tanya Daniel

"Saya okay" Afiya memeluk tubuh nya merasa takut

"It's okay saya ada" Daniel menarik Afiya dalam pelukan nya

Afiya masih memikirkan tentang Arif itu.

"Apa hubungan dia dengan Intan" kata hati Afiya

Esokkan harinya Afiya bangun dari tidurnya dan Daniel sedang memeluknya. Afiya melihat sahaja suami nya itu dan tersenyum.

"Pagi-pagi dan senyum" Daniel membuka matanya

"Ha?" Afiya bangun dari katil itu "saya buat sarapan untuk abang jap" kata Afiya dan turun ke bawah "aduh apahal lah aku boleh buat perangai"

Pada pagi itu Afiya menyiapkan nasi goreng untuk Daniel sementara Daniel sedang mandi di atas.

Loceng rumah miliknya berbunyi dan ada yang mengetuk pintu. Afiya yang berada di dapur merasa pelik siapa pulak yang datang pagi begini.

Daniel yang baru sahaja selepas mandi itu turun ke bawah dan melihat Afiya.

"Siapa datang?" Tanya Daniel

"Sekejap saya pergi tengok" kata Afiya

Afiya membuka pintu rumah dan melihat Mama datang sambil tersenyum.

"Assalamualaikum" kata Mama

"Waalaikumsalam mama" balas Afiya "masuklah mama" kata Afiya

"Barang mama tu nanti abang angkat" kata Daniel

"Dah lama tak jumpa menantu mama" memcubit pipi Afiya

"Haah mama Afiya rindu dengan mama" kata Afiya

"Afiya dah buat breakfast ke?" Tanya mama

"Haah dah nasi goreng untuk Daniel ada lebih tu Mama makan lah sekali" mengajak Mama nya

Daniel meletak barang mamanya di bilik bawa berdekatan dapur itu.

"Cantiklah rumah dah lama mama tak datang" kata Mama

"Mestilah cantik isteri saya yang jaga" balas Daniel

"Yelah Daniel kamu tu jaga isteri elok-elok jangan nak balik lewat malam semua tu" kata Mama

"Saya ambilkan air jap" kata Afiya

Daniel mengikut Afiya ke belakang untuk mengambil air.

"Abang kenapa ikut saya pergilah tengok mama" kata Afiya

"Taknak abang nak tengok awak je" melihat Afiya

"Mengarutlah abang ni" Afiya ke depan membawa air

"Maaflah mama mengganggu pagi kamu berdua" kata mama

"Tak adalah mama lagipun Daniel ni nak pergi kerja dah" kata Afiya

"Haah Mama... Mama tolong jagakan Afiya ni dia ni degil sikit" kata Daniel

Selepas makan itu Daniel terus pergi ke tempat kerjanya dan Afiya bersama mama nya itu.

"Kamu tak kerja ke?" Tanya mama

"Tak saya cuti sebab mama kan nak datang" balas Afiya

"Ohh Daniel balik pukul berapa?"

"Dia tak tentu kadang awal" jawab Afiya "Afiya nak pergi beli barang dapur jap mama boleh lah duduk dulu tengok tv" kata Afiya

"Mama nak ikut boleh?" Tanya Mama

"Boleh je mama" balas Afiya

Mereka keluar bersama pergi ke mall membeli barang.

"Afiya nak cari barang lain jap mama tengoklah dulu ayam ikan tu" kata Afiya

Mama nya mengangguk sahaja. Ketika Afiya sedang mencari barang tiba-tiba Intan datang mendekatinya lagi.

"Hai Afiya" melihat Afiya "kau sorang?"

Pertanyaan Intan tidak dijawab sehingga Afiya ditolak olehnya.

"Kau kenapa?" Tanya Afiya

"Aku tak tahu apa susah sangat kau nak lepas kan Daniel kau suka dia ke sayang dia ke?" Tanya Intan

"Kalau aku lepaskan pun dia taknak dekat perempuan macam kau ni" balas Afiya

"Aku lebih elok dari kau yang suka menghancurkan hidup orang" kata Intan

"Hahaha kau tak sedar ke apa yang kau sekarang sama je" balas Afiya lagi

"Selagi aku tak dapat apa yang aku nak kau takkan sebab sebab rampas hak aku!" Kata Intan

Ketika itu Mamanya datang mendekati Afiya dan Intan.

"Hai Intan lama tak jumpa" kata Mama

"Hai Aunty" Salam Datin Alya

"Afiya borak dengan Intan?" Tanya Mama

"Entahlah Intan ni nak cari calon suami datang sini pulak" balas Afiya "okaylah Intan saya pergi dulu ye" membawa Mama nya pulang

"Ish Aunty Alya dengar ke apa yang aku cakap? Kenapa aku tak tahu dia datang dengan Aunty Alya"  Intan bengang bila melihat Dating Alya itu

Bersambung

GODAAN SEORANG ISTERIWhere stories live. Discover now