Part 14

20.7K 250 4
                                    

Afiya melihat ke arah Daniel. Daniel melihat tangan milik Afiya yang ada kesan merah Kerna dipegang kuat oleh Arif.

"Saya bawa awak pergi hospital" kata Daniel

"Tak payah sikit je ni saya nak balik" kata Afiya

Daniel mengangguk sahaja.

Sampai sahaja di rumah. Daniel mengambil ubat untuk menghilangkan rasa sakit Afiya itu.

"Saya okaylah Daniel" kata Afiya

"Saya tahu awak tak okay dan saya tahu awak takut" melihat ke arah Afiya "siapa lelaki tu?" Tanya Daniel

"Dia kawan baik family saya tapi family saya tak suka dia sejak family dia fitnah family saya" kata Afiya

"Sekarang dia nak apa?" Tanya Daniel

"Dia nak saya sebagai balasan sedangkan ayah saya tak pernah jatuhkan dia" kata Afiya lagi

Tiba-tiba Daniel mendapat panggilan dari Zaim.

"Daniel. Tadi Intan ada call dia kata nak jumpa kau untuk hal projek tu" kata Zaim

"Isteri aku sakit jadi kau tundakan hari tu nanti selepas aku habis honeymoon" kata Daniel

"Tapi Intan cakap nak jumpa kau esok" balas Zaim

"Nanti aku call balik" kata Daniel dan meletak

Afiya bangun dari duduk di sofa itu.

"Saya dah okay... Saya masuk bilik dulu" pergi meninggalkan Daniel di luar

Pada malam itu Amelia bertemu dengan Arif di cafe.

"Kau nak apa jumpa aku?" Tanya Amelia

"Tadi aku jumpa Afiya aku cuba minta apa yang aku nak tapi dia tak bagi dan sekarang macam mana?" Tanya Arif

"Afiya tu dah kawin tak payahlah kau ganggu dia" kata Amelia

"Oh dah kawin macam lah aku tak boleh dapat dia balik" kata Arif

"Kau jangan buat hal lah Arif aku bagi nombor telefon dia sebab aku nak kau settle cara baik dengan dia" Amelia bangun dari situ

"Kau nak pergi mana?aku belum settle"

"Aku takkan berurusan dengan awak yang kacau kehidupan kawan aku sendiri" kata Amelia dan pergi

"Ish tak apa kau Amelia... Kau ingat aku tak boleh buat sendiri. Dan kau Afiya jangan ingat senang macam tu je kau boleh terlepas aku akan balas dendam atas perbuatan keluarga kau dekat aku"

Esokkan harinya. Daniel mahu ke office tapi ditahan oleh Afiya sedang menyiram pokok bunga di depan rumah.

"Awak nak ke mana?" Tanya Afiya

"Saya ada hal jap dekat office" balas Daniel

"Apa masalah awak? Awak ambil cuti dua minggu tapi awak pergi jugak office atau awak nak jumpa orang lain?" Tanya Afiya lagi

"Saya ada hal penting lepas saya balik kita gerak pergi honeymoon okay" kata Daniel

Ketika perbualan mereka terhenti bila Afiya mendapat panggilan dari ibu

"Siapa call?" Tanya Daniel

"ibu" menjawab panggilan itu "Assalamualaikum ibu"

"Waalaikumsalam anak ibu... Macam mana dah pergi honeymoon ke?" Tanya Ibu

"Kitaorang baru nak gerak ibu semalam Afiya ada hal sikit" balas Afiya

"Oh macam tu tak apalah semoga perjalanan dimudahkan ye" kata Ibu dan menamatkan panggilan itu

"Ibu cakap apa?" Tanya Daniel lagi 

"Ibu tanya pasal honeymoon" balas Afiya

Daniel mengambil telefon nya dan menelefon Zaim.

"Aku tak jadi pergi office ada hal penting dan satu lagi cakap dengan dia ambil je kontrak dan projek tu aku taknak" kata Daniel kepada Zaim

"Baiklah kalau macam tu" balas Zaim

Daniel menamatkan panggilan dan masuk ke rumah Afiya mengikut sahaja Daniel

"Awak kenapa?" Tanya Afiya

"Awak marah saya pergi kan dan saya pun minta maaf sebab buat cuti awak macam ni" kata Daniel dan mahu masuk ke rumah

"Danial!" Menarik Daniel "saya tak marah lah cuma kalau hal tu penting awak pergi je lah" kata Afiya

"Jom" menarik Afiya mengemas barang

Daniel membawa Afiya ke Cameron Highlands untuk honeymoon mereka. Afiya tidak kisah kalau Daniel tidak membawa nya tapi risau kalau orang tua mereka bising.

"Saya dah pilih bilik 5 bintang untuk awak" kata Daniel

"Saya tak kisah asalkan ada bilik untuk saya tidur" balas Afiya

Semasa mereka menunggu untuk ke bilik mereka Daniel mendapat panggilan dari Intan. Mata Afiya melihat ke arah screen telefon milik Daniel.

"Sekejap" Daniel keluar dari hotel itu "kau kenapa call aku?"

"Maaflah ganggu u honeymoon dengan perempuan tak guna tu" kata Intan

"U jangan panggil macam tu! Dengar sini aku dengan kau tak ada apa-apa" kata Daniel

"Hahaha Ish tak baik cakap macam tu yang penting sekarang i takkan tengok kehidupan u tenang dengan perempuan tu" kata Intan marah

"Ikut kau lah sekarang jangan ganggu" menamatkan panggilan

Daniel ke arah Afiya balik tapi Afiya menjeling nya.

Bersambung

GODAAN SEORANG ISTERIWhere stories live. Discover now