Part 12

20.4K 298 7
                                    

1 minggu lagi majlis Afiya akan berlangsung dengan Daniel. Afiya terasa sangat gementar dia menenangkan diri nya di cafe yang berdekatan Butiknya

"Fikiran aku terganggu" menutup laptop nya

Tiba-tiba telefon miliknya berbunyi mendapat panggilan dari si mangkuk itu.

"Hello" kata Afiya

"Awak dekat mana?" Tanya Daniel

"Saya sibuk" balas Afiya

"Sibuk apa? Kenapa awak tak ada dekat butik?" Tanya Daniel lagi

"Awak dah kenapa pergi butik saya?" Tanya Afiya dan bangun dari tempatnya

"Mama nak jumpa awak" kata Daniel

"Saya boleh pergi sendirilah kalau awak cakap" kata Afiya

"Saya hantar" kata Daniel lagi

"Ish yelah sekejap lagi saya datang"  Afiya berjalan ke arah butik "tak menyusahkan orang tak boleh ke apa dia ni"

Sampai sahaja di butik itu Afiya meletak beg laptop nya di situ dan ke arah Daniel yang sedang menunggu di luar kereta.

"Kenapa mama nak jumpa?" Tanya Afiya

"Pasal kawin lah takkan pasal anak pulak" balas Daniel dengan kaca mata hitam nya membuat Afiya ingin memujinya

"Kenapa awak pakai macam ni?" Tanya Afiya lagi

"Kenapa tak boleh" mendekati Afiya yang berdiri kereta

"Ehh orang tengoklah" menolak Daniel dan masuk ke kereta

Di rumah Mamanya. Afiya masuk dan bersalaman dengan Mamanya.

"Lambatnya sampai" kata mama

"Mana tak lambat Afiya ni bukan kerja pergi lepak mana entah" kata Daniel

Afiya melihat ke arah Daniel dengan tajam.

"Masuklah mama siapkan air untuk kamu Afiya" kata Mama

"Mama kenapa panggil Afiya datang?" Tanya Afiya

"Mama nak kamu pilih lah pilihan perkahwinan kamu dengan Daniel so mungkin sampai malam" kata Mama "dan mama dah minta izin dengan mak kamu untuk tinggal sini sehari" kata Mamanya

Terkejut muka Afiya melepas tahu mengenainya tiba-tiba Afiya mendapat panggilan dari Amelia

"Hello Afiya... Fatin cakap kau nak kawin... Betul ke?" Tanya Amelia

"Wei nanti call aku balik aku sibuklah sorry ye" menamatkan panggilan

Daniel yang baru sahaja selesai menyiapkan kerjanya di bilik mendapat panggilan dari seorang staff di office.

"Oh okay saya datang sekarang" kata Daniel

Daniel ke arah Mama dan Afiya yang sedang sibuk menyiapkan hal perkahwinan.

"Daniel nak ke office jap jumpa orang" kata Daniel

"Ish mangkuk ni apahal nak tinggal aku sorang dekat sini" kata hati Afiya

Afiya bangun dari duduk di sofa.

"Saya nak bercakap dengan Daniel sekejap"

Daniel keluar ke arah kereta dan Afiya mengikut.

"Awak nak apa?" Tanya Daniel dan melihat ke arah Afiya

"Awak nak tinggal saya sendiri dekat sini?" Tanya Afiya

" Saya balik lah nanti saya ada hal sebab Intan datang office" kata Daniel

"Intan? Oh okay" Afiya masuk ke rumah itu

Afiya masuk ke rumah dan masih ingin melihat wajah si Daniel itu Daniel pulak berpaling melihatnya .

Daniel ke office. Sampai sahaja di office Daniel berjumpa dengan kawan baiknya Zaim.

"Mana intan?" Tanya Daniel

"Dia dah balik sebab ada hal lain" balas Zaim

"Oh okay tak apalah macam tu aku nak pergi ambil dokumen" kata Daniel dan masuk ke office

"Dokumen tu aku dah hantar dekat campany tu sebab dah siap" kata Zaim

"Aku balik lah" kata Daniel dan keluar dari office

"Tuan. Maaf ganggu boleh saya tanya betul ke Tuan nak kawin lagi?" Tanya Siti yang tersenyum itu

"Yes" balas Daniel

Ramai staff nya bangun dan mengucapkan tahniah

"Dengan siapa?"

"Perempuan" balas Daniel dan ke arah lif

Di rumah Datin Alya. Afiya menyiapkan banyak barang kawin nya sehingga tertidur di awal petang.

Daniel yang pulang jam 5 melihat Afiya lena tidur di atas sofa. Datin Alya menyuruh Daniel membawanya masuk ke bilik.

"Nanti sedar Daniel kena bawa dia balik tak baik dia tidur rumah kita macam ni" kata Daniel

"It's not problem sayang wanita yang kamu tu bakal isteri kamu" kata Datin Alya

"Kalau macam tu Daniel minta izin dengan Ibu dia" balas Daniel

Selepas berapa minit itu Daniel mengangkat Afiya ke arah biliknya.

Esokkan paginya Afiya yang tersedar dari tidurnya merasa pelik dengan sekelilingnya. Afiya melihat Daniel sedang tidur di sofa depannya.

"Daniel? Saya buat apa dekat sini?" Tanya Afiya dan menolak Daniel yang di sofa itu

"Semalam awak tertidur lah jangan kacau saya" kata Daniel

"Tak tak sekarang ni saya nak balik mesti mama dan abah risaukan" balas Afiya

"Saya dah cakap dengan diorang dan awak tak perlu risau sekarang awak boleh sambung tidur atau pergi mandi"kata Daniel

Afiya bangun dan masuk ke bilik mandi nya melihat baju yang sudah disediakan dan segalanya barang untuk Yaya.

"Serius lah belum kawin pun macam ni" kata Afiya

Ketika Afiya sedang mandi telefon milik Afiya berbunyi Daniel yang sedang tidur terdengar dan mengangkat.

"Hay Afiya" kata seorang lelaki dalam telefon nya "dah lama tak jumpa i dapat ni u pun dari Amelia"

"Hello. Kau siapa pagi-pagi call Afiya?" Kata Daniel

Arif menamatkan panggilan terkejut mendengar suara seorang lelaki

"Lelaki yang jawab telefon aku? Amelia ni memang cari pasal betul" kata Arif

Bersambung

GODAAN SEORANG ISTERIUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum