RoyalNerd 02

4K 236 5
                                    

  "Dan..wallahh, aku dah pun siap!" ujar Putera Zack tersenyum puas hati  sambil memerhatikan dirinya di sebuah cermin yang besar di dalam biliknya. Berseluar atas daripada perut, kasut putih bersih, rambut disikat rapi dengan gaya terbelah tengah, dan tidak dilupakan cermin matanya yang besar dan bulat. Putera Zack hampir tergelak melihat penampilannya yang baharu itu.

  "Yaa..buat masa ni, ini lah penampilan baru aku," ujar Putera Zack kepada dirinya di dalam cermin. Tapi entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang dia terlupa untuk ditambah kepada dirinya. Zack mula berpusing perlahan-lahan di hadapan cermin dengan harapan dia akan mengingati sesuatu yang dia lupa itu. Namun hampa.

Putera Zack mula meninggalkan biliknya dan memastikan semua suis sudah ditutup dan dicabut plug  nya. Putera Zack tidak mahu di bebel oleh bondanya pada pagi2 begini. Lagipun apa salahnya berjimat kann.

  "Woahhh..ni ke kawan aku!" ucap Nik teruja sambil berlari anak ke arah Putera Zack yang baru sahaja ingin ke arah ruang makan diraja.

Belum sempat Nik ingin menyentuh cermin mata milik Putera Zack dia sudah diselit oleh seorang budak lelaki yang duduk paling hujung di dalam ruang makan tersebut. Matanya tidak beriak langsung. Seolah-olah hanya kekosongan di dalam ruang matanya.

Nasib menyebelahi Nik apabila Putera Zack sempat menyambut badan rakannya daripada tersembam ke arah lantai yang sudah semestinya keras. Tak pasal2 ada yang pergi sekolah pakai gigi palsu kut satgi.

  "Maaf..Adi sengaja buat macam tu," ucap budak lelaki tadi sambil bangun daripada kerusi makannya.

  "Apa masalah kau haa budak? kau tu cuma tumpang simpati je tau duduk dalam istana keluarga aku ni!" marah Putera Zack kepada adik tirinya. Mungkin dia tidak lah terlalu marah akan sikap adik tirinya..namun ianya kerana budak tersebut hasil hubungan sulit antara ayahandanya dengan salah seorang pembantu istana pada suatu ketika dahulu.

Namun siapa tahu bahawa bonda terlalu baik sehingga memaafkan perbuatan ayahanda serta sanggup menerima anak luar nikah ayahanda demi reputasi ayahanda sebagai seorang Raja.

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari si pembantu istana meninggal dunia kerana kecuaiannya ketika melakukan tugasan harian. Kecelakaan tersebut menjadi buah mulut orang-orang dalam istana. Mana tidaknya, lampu chandelier  yang selama ini teguh berada di tengah2 istana menjadi longgar dan menimpa si pembantu istana yang malang. Adi yang baru berusia 9 tahun ketika itu tidak lagi tersenyum seperti sebelumnya.

  "Ehh! kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" soal Putera Zack berang apabila budak tersebut seakan tidak mengendahkan dirinya di situ. Baru sahaja Putera Zack ingin menarik lengan budak tersebut Nik terus menghalang dengan berdiri sambil mendepakan tangannya.

Urat2 di kepala dan tangannya mula kelihatan, matanya mencerlung tajam ke arah Nik yang berada di hadapannya.

  "Kenapa kau halang laluan aku haa?!" jerkah Putera Zack lebih kuat apabila percubaannya untuk menggapai lengan budak tersebut kali kedua dihalang sekali lagi oleh Nik.

  "Kau jangan bertindak bodoh Zack! budak tu masih perlukan sokongan daripada adik-beradik dia! Daripada kau! Dia masih lagi belum boleh terima semua yang berlaku sebelum ni!  kau kena bertindak waras!" tempik Nik sambil matanya memandang ke arah mata kelabu cair milik Putera Zack yang seperti hilang kesabaran.

  "Fine.." ujar Putera Zack perlahan tapi cukup untuk didengari oleh Nik dan dirinya. Tidak dinafikan hanya Nik yang berani berhadapan dengannya apabila dia mula naik angin. Keluarganya juga tidak seberani Nik yang meredakan kemarahan si Putera Mahkota seorang tu.

Mata Putera Zack hanya mengekori langkah Adi yang sudah jauh meninggalkan dirinya dan Nik di ruang makan. Hinggalah sosok tubuh Adi hilang daripada pandangan di sebalik dinding yang memisahkan ruangan makan dengan ruangan istana yang lain.

RoyalNerdWhere stories live. Discover now