RoyalNerd 04

3.6K 207 10
                                    

Nah..roti untuk kau," ujar Putera Zack sambil mencampakkan sebungkus roti kepada Nik.

  "Untuk apa pulak ni?" soal Nik hairan sambil melihat ke arah roti tersebut dan kemudian ke arah Putera Zack semula berulang-kali. "Kau sihat tak Zack?" soal Nik sekali lagi. Risau dibuatnya..Zack yang payah gila nak belanja orang ni tiba2 belanja aku! Demam ke apa budak sorang ni?

  "Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi ni?" soal Nik lagi apabila tidak mendapat apa2 balasan daripada Putera Zack. Malahan dia boleh dok senyum sorang2 sambil termenung. Macam tengah angau je aku tengok dia ni.

  "Sekurang-kurangnya duduk lah dulu kalau iya nak berangan sekali pun," ujar Nik segan apabila dia merasakan seisi kelas sedang memandang ke arah mereka. Lantas tangannya menggapai Zack yang masih lagi berdiri di tepi meja mereka sejak tadi.

  "Err..abang Anas ada buat apa2 ke kat kau?" soal Nik setelah sekian lama mereka menyepikan diri tanpa sebarang perbualan. Baru 5 minit senyap dah rasa macam seharian tak bersembang. Gila tak risau.. Putera Zack lah manusia yang tak reti nak duduk senyap, ada saja benda yang hendak dia lakukan. Tapi kali ni..rasa macam duduk dekat sebelah orang lain!

  "Dia rehat dengan aku tadi. Dia kata dia malas nak jalan jauh2 alang2 dah sampai kantin tadi," ujar Fathia mendatar. Aishh lahh..seram pulak sembang dengan puteri beku tu. Bila difikirkan semula untuk ke kelas tingkatan 6 atas mereka perlu melalui kantin terlebih dahulu baru sampai kelas mereka.

  "Ouh.. patutlah dia jadi macam ni," ujar Nik perlahan.

  "Suka hati kau lah," ucap Fathia seakan tidak mengendahkan apa yang dibicarakan oleh Nik.

Fathia tidak menunggu lama lalu terus beredar ke tempat duduknya iaitu di belakang Nik dan Zack. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap.

Tiada siapa yang tahu kenapa Fathia yang dulunya periang dan seorang yang ceria menjadi pendiam. Setiap apa yang berlaku seakan-akan tidak berlaku dihadapannya. Mukanya sentiasa tidak bereaksi apa2. Sejak 3 tahun lepas. Semuanya misteri..tiada siapa yang tahu akan masalahnya kerana dia lebih suka memendam apa yang terbuku di hatinya. Padan lah sekarang dia langsung tiada kawan untuk dia meluah rasa.

'Kadang aku kesian dekat si Fathia ni, tapi apa kan daya..dia ni terlalu dingin dan menyeramkan. Tambah2 lagi kalau dia renung tak lepas. Uishhh..seram!' monolog Nik sambil membayangkan cara Fathia merenung orang macam tak makan sebulan.

                              (づ。◕‿‿◕。)づ

  "Kau baliklah dulu Nik. Cakap dekat bonda yang aku ada perjumpaan kelab petang ni," ujar Putera Zack sambil memasukkan buku-bukunya ke dalam beg dalam keadaan tergesa-gesa.

  "Ehh..bila masa pulak kau ada kelab ni?" soal Nik hairan. Setahunya ini adalah hari pertama Putera Zack memasuki sekolah. Bagaimana dia boleh tiba2 ada perjumpaan kelab pulak ni?

  "Alahh.. Fathia yang tolong daftarkan aku time rehat tadi," ujar Putera Zack lagi sambil terus mengangkat begnya tanpa menunggu lagi jawapan daripada Nik.

  "Ouhh..abis tu ak- Weii!" Aku tak habis cakap lagi dah cabut. Monolog Nik sambil memuncungkan sedikit mulutnya tanda tidak berpuas hati. Kawan sapa lah tu?

  "Ni lah dia Putera Zaquan Ieqram tu?" soal senior dihadapannya selaku pengerusi kelab bola sepak sekolah.

  "Ya.."

  "Kau kena tahu kami tak akan sesuka hati je mengambil ahli baru yang tak tahu apa2 pasal skill bola tapi sekadar nak masuk kelab ni sebab nak nampak macho," ucap Abang Syafik senada sambil matanya melihat ke arah Putera Zaquan serius.

RoyalNerdWhere stories live. Discover now