RoyalNerd 10

2.9K 176 3
                                    

  "Zaquan..petang ni cikgu tuisyen Adi sampai untuk ajarkan dia Bahasa Inggeris. Cikgu tu daripada sekolah kamu," ujar Permaisuri Balqish sambil melangkah masuk ke arah meja belajar milik Putera Zaquan yang berada di hujung bilik.

  "Ubat kamu ada sekali dekat dalam tray tu,"
  "Makan tau," ucap Permaisuri Balqish sebelum melangkah keluar daripada bilik Putera Zaquan.

  "Ya.. nanti Zaquan makan ye," ujar Putera Zaquan disebalik selimut tebalnya. Erhh..bencinya demam. Kalau takat demam panas2 macam tu je tak kisah..ni demam sampai tak larat nak buat apa. Apa lah yang Fathia tengah buat dekat sekolah..Farid ada kacau dia lagi tak hari ni.. dia ada tempat nak bercerita ke klau aku tak datang hari ni..

Arghhh! Apa hal aku tiba2 terfikir pasal puteri beku tu! Biarla dia nak buat apa sekalipun. Jap, kalau dia beku..kenapa dia boleh menangis pulak semalam. Alehh..dia pun manusia, memang lah ada semua rasa tu..rasa nak nangis, hepi, sedih, marah, geram,apa semua tu lahh. OK! Stop fikir pasal Fathia..fikir pasal kesihatan kau..fikir pasal homework kau yang belum disentuh lagi tu.. kalau homework aku bertambah lagi hari ni macam mna?!

  "Haah lahhh! Hari ni ada subjek math!" habislah aku..dah lah kalau tak masuk kelas waktu math even satu masa pun dah rasa macam bodoh langsung. Langsung tak faham dah apa formula yang berkaitan dengan sub topik tu. Habislah aku..Ehh, takpe2 Nik kan terer math.. haa dia konfirm bole ajarkan aku.

  "Aduhh! Sakitnya kepala aku," ucap Putera Zaquan drastik apabila tiba2 sahaja kepalanya terasa seperti dicucuk-cucuk. Habis satu katil tu dia berguling-guling. Bantal dan selimut semuanya bertaburan. Tangan Putera Zaquan terus mencapai ubat yang diberikan bondanya dan ditelan begitu sahaja. Ubat itu hanya melegakan untuk seketika sebelum Putera Zaquan mulai sakit kepala kembali.
'sumpah pening,' ucap Putera Zaquan sebelum dia mulai hilang kesedaran.

(づ。◕‿‿◕。)づ

  "Kenapa hari ni Zaquan tak datang?" soal Fathia kepada Nik setelah habis satu sesi waktu pertama p&p.

  "Dia demam panas..kalau ye pun rindu dekat Zaquan tu sangat.. bagilah salam dulu. Kang aku pulak yang tak datang sekolah esok sebab kena heart attack," gurau Nik tapi dengan muka yang serius sambil memegang bahagian dada dimana  terletak jantungnya.

  "Lepastu kau memang teringin nak masuk hospital terus la kan kalau kena heart attack?" ujar Fathia selamba sambil mendekatkan dirinya dengan Nik.

  "Ehh..ada Nik cakap nak kena betul2? Tak kan..mana ada Nik cakap nak masuk hospital..kesian kang si Zaquan tu tak ada kawan semeja dia ni nak bersembang," balas Nik sambil menayangkan giginya yang tersusun rapi.😬

Terus Fathia kembali ke tempat duduknya setelah puas dengan jawapan yang diberikan oleh Nik. Sempat juga dihadiahkan kepada Nik sebuah jelingan tajam yang membuatkan Nik berhenti berkutik buat sementara.

Habislah.. jangan cakap yang Fathia ni ada hati dengan Putera Zaquan. Jarang oii..si Fathia ni nak ambik tahu pasal orang lain. Kalau Fathia suka dekat Putera Zaquan..dan kemungkinan besar jugak yang Putera Zaquan tu pun ada hati dekat Fathia.. kiranya Fathia la orang yang dicari-cari oleh Putera Zaquan selama ni. Perempuan yang tak materialistik dengan pangkat Putera Mahkota yang dimiliki oleh Putera Zaquan kini. Kesiannya rakyat kita sebab dapat bakal puteri makhota yang cengih.

dan yaa..kesian dekat Puteri Aliesha sebab dapat kakak ipar yang tak ada perasaan macam Fathia tu. Nik! tak baik judge orang macam tu! Oky2..tukar topik lain. Tidur..

(づ。◕‿‿◕。)づ

  "Bonda..Adi nak buat kelas di tingkat atas nnti ya,"

  "Abang Zaquan kan belum sihat sepenuhnya..macam mana kalau kamu mengganggu tidur Abang Zaquan?" soal Permaisuri Balqish kembali kerana kurang senang dengan permintaan Adi. Lagipun tempat yang dimaksudkannya itu berada betul2 di hadapan bilik milik Putera Zaquan.

RoyalNerdWhere stories live. Discover now