RoyalNerd 12

2.7K 171 5
                                    

  "Fathia..aku dengar cerita kau jadi cikgu tuisyen Putera Adli. Betul ke?" soal Nik kepada Fathia walaupun hakikatnya Nik langsung tidak berani untuk memulakan perbualan dengan gadis seorang ini.

Fathia langsung tidak memberikan respon terhadap soalan Nik. Angguk pun tidak, geleng pun tidak. Aduh, macam mana aku nak tanya ehh kalau dia tak nak bagi kerjasama. Nik memandang semula ke arah Fathia sambil tangannya memegang bahagian belakang kepalanya tanda dia buntu.

  "Kau ada tanya apa-apa ke dekat aku?" soal Fathia kembali kepada Nik sambil mengeluarkan ear phones daripada kedua belah telinganya.

Aku punyalah dah kumpul keberanian aku daripada tadi untuk cakap dengan dia ni. Rupa-rupanya dia sumbat ear phones dalam telinga!? Macam mana lah aku bole tak perasan wayar panjang berjela ni!!
Lantas Nik menarik nafas dalam-dalam sebelum dia menanyakan kembali soalan tadi.

  "Kenapa kalau ya pun," aishhh..bukan nak jawab elok2 pun. Bole bagi soalan balik kat aku..pang kang. Ehh..Nik..kau bukan lelaki dayus. Serentak itu Nik terus mengusap dadanya dan menyambung soalannya.

  "Kau ada jumpa tak dengan Putera mahkota?" soal Nik direct terus. Dia malas nak berlapik-lapik bagai.

  "Ada,"
  "Serius la ada!?" soal Nik panik. Mana nak tahu kalau dia dapat cam ke si Putera Zaquan tu.

  "Kau dah kenapa nak jerit2 sampai macam tu sekali!?" marah Fathia tapi dalam keadaan berbisik sambil menarik Nik untuk duduk kembali kerana pada saat itu Nik terus berdiri secara mengejut sehingga menarik perhatian seisi kelas.

  "Bagilah aku habis cakap dulu..haa..aku memang lah ada jumpa dengan Putera mahkota tu..tapi time tu agak kelam-kabut sikit. Jadi aku tak dapat tengok betul2 pun muka dia," terang Fathia sebaik sahaja Nik berada dalam keadaan yang tenang.

  "Lega aku.." ucap Nik sambil mengusap dadanya.

  "Petang ni aku pergi istana lagi," serentak itu juga Nik terus berdiri.

  "Apa!?"

(づ。◕‿‿◕。)づ

  "Aku tengah sakit ni kau boleh bantai gelak dekat aku?" ujar Nik tidak berpuas hati apabila habis sahaja dia menceritakan kejadian tadi Putera Zaquan terus gelak kepadanya tidak henti. Semuanya sebab ice princess tu pergi lempang dia pakai file cikgu Suraya. Dah lah file mata pelajaran cikgu Suraya tu tebal gila nak mampoihh. Berbekas muka kacak aku ni. Merah menyala kut.

  "Sapa suruh kau over sangat..." tiba2 termeletus gelaknya kerana teringat kembali cerita Nik dilempang sekali dengan gaya2 nya yang agak melampau tu.

  "Rilek sudah lahh," sambung Putera Zaquan lagi setelah gelaknya reda sedikit.

  "Kau cakap senang ahh..kau tak ada kat tempat aku time tu," protes Nik sambil menyilangkan tangannya memeluk tubuh.

  "Arghhh!" tiba-tiba sahaja Putera Zaquan mengerang kesakitan kerana perutnya mula mencucuk-cucuk kembali.

  "Kau oky tak ni?!" soal Nik panik sambil mula berlari-lari di sekeliling bilik dan kembali semula kepada Putera Zaquan yang sedang menggenggam cadar katil.

  "Kau ni memang over la..patutnya Fathia hempuk kau pakai kerusi je," ujar Putera Zaquan walaupun sakit perutnya masih lagi terasa.

  "Kau ni..dah sakit tu buat cara sakit la! Aku tambah kang sakit tu," marah Nik sambil menunding jari kepada Putera Zaquan.

  "Korang gaduh apa ni..macam best je. Tak nak cerita dekat Aliesha ke?" ujar Puteri Aliesha sebaik sahaja wajahnya tersembul disebalik pintu. Nik yang tadinya sedang berdiri terus terduduk di kerusinya dan mendiamkan diri. Puteri Aliesha yang perasan perubahan Nik secara mendadak itu terus meminta diri setelah menghidangkan minuman petang kepada mereka berdua.

  "Kenapa kau layan Aliesha macam tu?" soal Putera Zaquan sambil menongkat dagunya. Minuman pula diambil dan dihirup olehnya.

  "Maksud kau layan yang macam mana? Aku tak faham," soal Nik kembali seperti tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Putera Zaquan.

  "Kalau kau ada hati dengan adik aku tu.. better kau luah dekat dia. Aku takut layanan kau ni akan buat dia salah faham," ujar Putera Zaquan serius dan berdiri keluar daripada selimutnya.

  "Kau nak pergi mana ni?" soal Nik pelik kerana tiba2 sahaja kawannya itu menukar baju rasmi kerajaan yang hanya akan dipakai olehnya ketika ingin menghadap ayahandanya.

  "Aku nak pergi berjumpa dengan Sultan. Nak ikut?" soal Putera Zaquan selamba sambil tangannya ligat memasang butang baju kemejanya.

  "Aku boleh temankan kau sampai depan pintu je. Lepastu aku nak balik rumah..nak tengok movie blockbuster," ujar Nik sambil matanya memerhatikan Putera Zaquan bersiap. Haihh..rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Daripada tak kenal satu benda pun dekat atas muka bumi ni sampailah Putera Mahkota kita ni kena cari Puteri Mahkota. Aku still lagi berkawan dengan putera seorang ni. Kalau tanya pasal sikap dia..aku rasa akulah orang ketiga yang kenal dengan perangai dia ni selain daripada bonda dan adik dia. Sebab tu jugak lah bahasa aku tak formal sangat dengan dua beradik ni. Istana ni pun dah jadi macam rumah kedua aku. Agaknya aku boleh tak berkhidmat untuk keluarga diraja ni seperti mana ayah aku berkhidmat untuk mereka? Aku dah banyak terhutang budi dengan mereka.

  "Jom..aku dah siap," terus lamunan Nik terhenti disitu.

  "Oky..jomlah kita gerak," ujar Nik sambil mendahului Putera Zaquan dan membuka pintu untuknya. Putera Zaquan terus melangkah keluar dan diikuti oleh Nik yang sudah berada di sisinya. Sambil mereka berjalan, ada sahaja topik yang mereka bualkan sehinggakan Fathia yang selisih dengan mereka pun..mereka tidak perasan.

  "Nik ke tu..dia dengan siapa?" soal Fathia kepada dirinya sendiri sambil meneruskan perjalanannya yang tergendala sebentar tadi. Nanti2 lah aku tanya Nik balik.

(づ。◕‿‿◕。)づ

  "Ayahanda..anakanda datang untuk menghadap," ujar Putera Zaquan sambil menundukkan kepalanya dan tangannya diletakkan di dada.

  "Kenapa datang sini..Zaquan belum sihat lagi kan?" soal Raja Ridzuan tanpa slang formalnya.

  "Zaquan dah lama tak jenguk ayahanda..tu yang Zaquan datang sini hari ni," jawab Putera Zaquan sambil tersenyum ke arah ayahnya.

  "Maaflah ayah tak dapat nak melawat kamu lagi..ayah tak berkesempatan untuk pergi mana-mana lagi," ujar Raja Ridzuan kesal sambil matanya melirik ke arah timbunan fail2 yang masih perlu diperiksa olehnya.

  "Zaquan faham.. tanggungjawab yang besar memang memerlukan pengorbanan yang besar," ujar Putera Zaquan kerana suatu hari dia juga akan melalui fasa ini. Jadi dia memang tidak berniat untuk menambah kekesalan ayahandanya.

  "Zaquan cuma nak cakap..Zaquan rasa.. Zaquan dah jumpa menantu yang sesuai untuk ayahanda dan bonda," ujar Putera Zaquan sambil tersenyum lebar kepada ayahandanya.

Be continue...

~RoyalNerd👑~

RoyalNerdWhere stories live. Discover now