RoyalNerd 31

2.4K 190 23
                                    

  "Takkanlah kau nak sabotaj  bakal adik ipar kau ni?"

  "Erghh!! Entah siapa nak jadi kakak ipar dia tak tau!" dengus Fathia kegeraman. Kakinya dihentak sepanjang koridor hospital. Heran apa dia bila ada orang pandang! Yang penting dia dapat tunjuk perasaan! Perasaan geram yang amat dengan golongan-golongan kerabat tu semua!

  "Maaf cik..tapi sekarang dah malam. Saya tak nak pesakit2 lain terganggu," tegur seorang lelaki yang kebetulan lalu disebelah Fathia.

  "Ouh..maaf2," ujar Fathia segan. Mana tak segan..lelaki hensem tegur kut. Terus Fathia jalan menonong meninggalkan lelaki tadi. Memang tak toleh langsung dah..malu!

Pintu bilik yang menempatkan ayahnya dituju tanpa berlengah lagi.





  "Amacam..syok jadi pemandu grab seharian ni?" ujar Putera Zafrel sambil senyum mengejek. Saja dia tak ketatkan sangat peraturan games ni klau tak memang tak ahh si Adli tu boleh pakai glasses ngan mask.

  "Tulah kau..aku suruh pilih truth kau nak jugak pilih dare!" sampuk Putera Fateh pula sebaik sahaja kelibat kereta grab Putera Adli sampai di perkarangan istana.

  "Dah lah..dare aku dah selesaikan? Aku penat lahh! Sumpah aku memerlukan rehat yang secukupnya!" ujar Putera Adli serabut. Sumpah dia tak mau terlibat lagi dengan apa2 permainan yang kembar ni nak buat! Baru balik dari New Jersey semalam je..hari ni dah cuba lingkupkan imej aku!

Putera Fateh melihat kepada kereta Viva yang mereka baru beli semata-mata nak jalankan dare kepada Putera Adli.

   "Apa kita nak buat dengan kereta ni?" pandangannya dilemparkan kepada Putera Zafrel.

   "Kau buang je lah..aku nak masuk tidur dulu," kuap Putera Zafrel sambil berjalan menuju tingkat atas.

   "Amboii! Banyak cantik perangai kau!"

   "Alahh..kau uruskan je lah kereta tu klau kau tak nak buang sekali pun," balas Putera Zafrel lagi. Malas nak berbual lama2..dia dah ngantuk sangat2 ni!

   "Elok sangatlah perangai..mentang2 duit banyak!" rungut Putera Fateh sebelum pintu gerbang istana ditutup menggunakan suis yang terletak di sebelah pintu. Esok je urus kereta tu.









   "Asal kau masuk bilik aku ni gila? Bilik kau sebelah sana la!" marah Putera Zaquan sebaik sahaja dia ternampak sosok tubuh Putera Adli baring di atas katilnya. Nak buat kerja pun tak senang!

   "Aku ada jumpa kak ipar tadi," terus Putera Zaquan terdiam. Tangannya yang laju menaip di atas papan kekunci terus terdiam. Serentak itu tubuhnya didorong ke belakang memandangkan dia duduk di atas kerusi roda.

   "Serius lah?! Kau jumpa dekat mana?"

   "Aku nak keluar dah.." terus Putera Adli bangun daripada perbaringannya.

   "Apa ni?"

   "Tadi kau halau aku kan? Sekarang aku dah nak blah lah," ujar Putera Adli mendatar sedangkan dalam hati dia memang nak gelak guling2 tengok muka abang dia yang macam kera tertelan kapur barus tu!

   "Aku baru berpaling daripada kau tak sampai beberapa saat je pun.. takkanlah dah rindu?" usik Putera Adli lagi.

   "Kau ingat aku ni bengkok macam kau ke?!" marah Putera Zaquan kembali tidak berpuas hati. Orang tengah semangat nak tahu pasal bini..Ehh! Bakal permaisuri hati! Upsss

   "Kalau kau tak nak bagi tahu blah lah! Malas aku nak layan kau!" halau Putera Zaquan sambil menolak-nolak tubuh Putera Adli yang sedikit tinggi daripadanya. Ya..sahabat handai.. Putera Zaquan kalah kepada budak ketot tu..

   "Tak yah lah tolak2! Aku tahu jalan keluar la!" ucap Putera Adli sambil menjelir lidah kepada Putera Zaquan sebelum mencicit lari meninggalkan bilik abangnya apabila Putera Zaquan juga turut berura mahu menangkapnya.

   "Tahu takut..huhh! Ingat berani sangat..harap besar dari aku je!" ejek Putera Zaquan sebaik sahaja dia terdengar bunyi pintu dihempas daripada pintu seberang sana. Bilik Putera Adli.

   "Better aku tidur..penat aku melayan budak tak matang sorang tu," Putera Zaquan terus ke meja kerjanya dan mengemas sedikit mejanya sebelum kakinya melangkah ke arah katil empuknya.

   "Arhhh!! Leganya dapat guling2 atas katil!" badannya diguling-gulingkan ke sana ke mari di atas katil King itu.

   "Aishh..anak sapa pulak yang tinggal sampah atas katil aku ni?!" rungut Putera Zaquan sebaik sahaja ada kertas yang dilenyek olehnya berada di atas katil. Pernah lenyek kertas pakai badan atas katil? Ada bunyi kan? Mengganggu betul!

-No.25, jalan kesuma
Taman Sakti
-Hospital Besar bilik no.12

   "Alamat sapa pulak dah?" rungut Putera Zaquan sambil membalikkan kertas tersebut.

   "Oohh,"

Fathia punya alamat umh n
bilik bapak dia kena rawat

p/s aq tulis ni sbb kau mmng lembab

   "Ishh laa..sempat lagi budak ni ngutuk aku..tapi bila pulak budak tu ada bawak masuk sekali kertas dengan dia?"

   "Arhh..tak penting. Yang penting esok akan jadi hidup aku yang paling indah! Tunggu aku Fathia!" jerit Putera Zaquan riang sambil kertas yang diberikan oleh Putera Adli diletakkan di atas dadanya dan dipeluk kemas. Renyuk pun renyuk pi laa..yang penting tulisan dia still ada!







Be continue...







~RoyalNerd👑~



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Act nak cakap satu je.. terima kasih banyak2 kepada semua readers yang sudi meluangkan masa untuk vote n komen citer sis yang x seberapa ni.. terharu😢

Love u guys❤️

N lagi satu nk bgtau..sis mintak maaf sangat2 kpd semua readers sbb terpaksa menunggu dalam waktu yang lama untuk update yang seterusnya😥sis amat2 kesali..tp hw datang tak henti2.😭

Keyy lahh..pape pun thanks kpd semua yang support citer RoyalNerd ni😆🐇🦋

RoyalNerdOù les histoires vivent. Découvrez maintenant