RoyalNerd 19

2.5K 171 14
                                    

  "Tak..sekarang ni asal kau sembunyi belakang dinding pulak ni? Adik kau kena belasah kut dekat sana," ujar Putera Zafrel pelik sedangkan tadi dia yang beria lari punya laju ke depan, tengok2 sembunyi belakang dinding?

  "Kau tahu kan cuma korang je yang tahu si Adi tu ada kaitan dengan aku. Orang lain mana tahu,"

  "Jadi?" soal Putera Fateh pula.

  "Takkanlah aku yang tak ada kena mengena dengan Adi tu nak pergi selamatkan dia pulak?!" ujar Putera Zaquan. Serentak dengan itu kepalanya diketuk dengan laju daripada belakang.

  "Arghhh!" terus Putera Zaquan menjerit sambil memegang belakang kepalanya.

  "Puas hati aku!" ujar Putera Zafrel yang sememangnya suka ketuk kepala orang yang bengap macam tadi tu.

  "Sekejap! Aku ada idea macam mana nak selamatkan dia. Korang tolong rakam je. Mana nak tahu boleh jadi bahan ke nanti,"   ujar Putera Zaquan sambil tersenyum senget.

  "Kau nak buat apa Zack?" soal Putera Fateh apabila Putera Zaquan memasuki stor sukan yang berdekatan.

  "Alahh..kau tengok je lah,"

  "Aku ikut kau," ujar Tengku Razaleigh. Putera Zaquan hanya membiarkan Tengku Razaleigh mengikuti langkahnya. Dia tak ada masa nak gaduh. Tengku Razaleigh ni kalau dia cakap A..A lah yg dia nak. Tapi kalau kau rasa kau nak jugak dia pilih B..kau kena gaduh dulu dengan dia baru dia pilih B. That's it.

  "Meh contact lens dengan sikat kau," pinta Tengku Razaleigh sebaik sahaja mereka masuk ke dalam stor. Hello! Kau ingat stor sukan ni muat2 barang sukan je ke? Dia besar macam kelas kau yang biasa tu tahu tak.

Key lah berbalik semula.

  "Macam mana kau tahu aku pakai contact lens?" soal Putera Zaquan sambil tangannya menghulurkan barang2 yang diminta. Sebelum Putera Zaquan sendiri mengeluarkan baju jersi yang dipakainya tadi. Terpaksa!

  "Mata grey kau tu nak campak mana kalau kau tak pakai contact lens?" soal Tengku Razaleigh kembali sambil berdiri dan mula menyikat rambut Putera Zaquan ala2 budak skema. Contact lens juga dipakaikan olehnya sementara Putera Zaquan berdiri.  Dan siap! Opss! Cermin mata jangan tinggal.

  "Kau bawak sapa pulak dah ni Lig?" soal Putera Zafrel sebaik sahaja Tengku Razaleigh datang.

  "Haah..mana pulak si Zacky tu pergi?" soal Putera Fateh pula sambil tangannya memaut bahu Putera Zaquan yang disangka orang lain ketika itu.

  "Putera Adli mana? Tadi kata Putera Adli kena belasah?" soal Putera Zaquan yang sudah memulakan lakonannya.

  "Tu..dekat situ," ujar Tengku Razaleigh pula turut menyertai lakonan Putera Zaquan walaupun dirinya sedang tersengih.

  "Rakam," ujar Tengku Razaleigh sebaik sahaja Putera Zaquan masuk ke tempat kejadian.

  "Tapi Zack kata rakam dia. Kenapa pulak kita nak rakam nerd tu?" soal Putera Zafrel tidak berpuas hati.

  "Tulah Zaquan," jawab Putera Raid yang hanya memerhati sejak tadi.

  "Serius lah!" serentak perkataan itu terkeluar daripada mulut kembar tersebut sebelum kedua-duanya sibuk melihat ke arah nerd itu semula.

  "Putera Adli!" jerit Putera Zaquan sebaik sahaja dia ternampak seorang lelaki yang mahu memijak adiknya itu. Dengan lakonannya sebagai nerd yang kelam-kabut itu terus dia meluru ke arah Putera Adli dan membuatkan lelaki yang mahu memijak adiknya tadi terjatuh ke belakang kerana dilanggar oleh badan Putera Zaquan.

  "Ehh?! mintak maaf bang! Serius saya tak sengaja!" ujar Putera Zaquan lagi sambil menarik lelaki yang jatuh sebentar tadi dan menyelit pula lelaki yang berada di belakangnya. Jatuh!

  "Arghhh apa yang tak kena dengan aku ni?!" ujar Putera Zaquan sambil mencangkung di hadapan ketiga-tiga lelaki yang berada di hadapannya.

  "Kau kenapa ahh?!" ujar salah seorang lelaki itu yang tidak berpuas hati kerana nerd ini telah menjatuhkan kedua orang rakannya.

  "Wah! aku dapat duit syiling la!" ujar Putera Zaquan acah teruja sambil tangannya straight ke atas sebelum dia bangun mengejut. Dan dua orang lelaki yang berdekatan dengannya terkena tumbukan padu Putera Zaquan tanpa sengaja.

  "Wahh!! Sumpah aku tak sengaja!" ujar Putera Zaquan sambil membongkokkan badannya kepada lelaki yang belum tumbang sebentar tadi. Dan sekali lagi Putera Zaquan bangun secara mengejut dan membuatkan dagu lelaki tersebut berlaga dengan kepala keras milik Putera Zaquan.

  "Arghhh! Kau kenapa haa nerd?" ujar salah seorang yang baru bangkit daripada jatuhnya. Serentak itu pandangannya disajikan dengan ratusan pelajar yang memandang adegan tersebut disebabkan oleh suara Putera Zaquan yang agak kuat ketika itu.

  "Serius lah geng si Hayyi tu kalah dengan nerd yang sorang2 tu?"

  "Wau.. rupanya-rupanya bukanlah kuat mana pun geng Hayyi tu. Acah je lebih,"

  "Ni mesti kes awek dia yang tak sedar diri tu ngadu lagi kan,"

  "Haa kan! Aku pun ada tengok jugak si Fatin Shidqia tu marah2 nerd tu tadi,"

  "Buu!!! macam mana kau boleh kalah dengan nerd ni bro?" ujar Putera Zafrel yang tiba-tiba sahaja berada di tengah2 tempat Putera Zaquan dan lain2 berada.

  "Wei lawak gila kut! Hahaha!" ujar Putera Fateh pula sambil bantai gelak besar2 kepada kumpulan Hayyi yang agak tercengang ketika itu dan ditangannya pula terdapat fon yang masih merakam kejadian sebentar tadi daripada mula.

  "Bagi aku fon tu!!" ujar salah seorang lelaki tersebut ataupun nama sebenarnya Tengku Benjamin Harith, iaitu Hayyi.

  "Sumpah aku takut dengan kau bro!" provok Putera Fateh sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.

  "Tapi ni fon mak aku. Dan mak aku tengah otway datang sini. Klau mak aku cari fon dia macam mana?" soal Putera Fateh sambil tersengih jahat.

  "Umi..tu haa dia buli orang pastu nak amik fon umi," ngadu Putera Zafrel pula sambil tangannya memaut tangan seorang wanita pertengahan usia bersama dengannya. Bila doh dia belah and then pergi tarik umi dia aka pengetua royal academy.

  "Kamu semua yang terlibat ni masuk pejabat saya! Yang lain masuk kelas masing2!" serentak itu semua pelajar terkocoh-kocoh meninggalkan tempat kejadian.

  "Kau kata kau akan sentiasa ada dengan aku," cemuh Putera Adli dan menolak tangan Putera Zaquan yang dihulurkan bagi membantu Putera Adli bangun.

  "Lek ahh bro..dia tengah panas lagi tu," ujar Putera Raid sambil menarik Putera Zaquan pergi ke pejabat pengetua.

  "Saya betul2 minta maaf dengan kelakuan anak murid saya," ujar Puan Fahimah kepada abang Syafiq selaku wakil sekolah Putera Zaquan.

  "Ehh.. salah saya jugak sebab biarkan anak buah saya berkeliaran sorang2," ujar abang Syafiq kembali.

  "Umi..kita tak salah lah," ujar Putera Zafrel selamba berpusing-pusing di atas kerusi beroda uminya.

  "Diamlah!" terus tangan Putera Fateh hinggap di belakang kepala Putera Zafrel.

  "Dah umi," ujar Putera Fateh sambil tersengih ke arah uminya yang sebentar tadi menjenggilkan matanya ke arah Putera Zafrel.

  "Kamu oky ke Zaquan?" soal Puan Fahimah kepada Putera Zaquan sebaik sahaja dia melihat ke arah anak muda yang daripada tadi menundukkan pandangannya.

  "Saya tahu tu kamu Putera Zaquan Adha," ujar Puan Fahimah lagi kerana Putera Zaquan langsung tidak mengangkat mukanya.

  "Err..saya oky permaisuri," ujar Putera Zaquan sambil tersengih sebaik sahaja dia mengangkat wajahnya.

  "Tak payah nak permaisuri bagai dekat sini. Balik rumah nanti kirim salam dekat bonda kamu ye," ujar Puan Fahimah lagi.

  "Ap..apa ni? Apa yang saya tak faham ni," soal Abang Syafiq dengan muka terkejut beruk.

  "Kau siapa Zaquan?" soal Abang Syafiq kepada Putera Zaquan pula apabila yang lain hanya menggelakkan dirinya.

  "Ermmm.. surprise?"

Be continue...

                               ~RoyalNerd👑~

 

RoyalNerdWhere stories live. Discover now