RoyalNerd 06

3.2K 201 7
                                    

Nik berjalan di sepanjang koridor istana yang panjang ini semata-mata untuk ke bilik Putera Zaquan. Beg milik Putera Zaquan disangkutkan di sebelah bahunya sambil tangan kanannya menahan beg tersebut daripada melorot ke bawah. Bukannya tak boleh nak pakai beg tu dua2 belah..tapi tu memang habit dia bila pakai beg. Sebelah je yang dia akan sangkut.

  "Apa yang kau buat dekat sini?" soal seorang budak lelaki yang baru sahaja keluar daripada biliknya yang baru sahaja Nik lintasi.

  "Ouh.. abang nak hantar beg ni dekat Putera Zaquan," balas Nik sambil membongkokkan sedikit badannya memandangkan Putera bongsu seorang ni hanya berada di paras dadanya.

  "Berdiri tegak je tak boleh ke? Ke kau memang nak buat aku ni terasa pendek?" soal Adi dingin. Serentak dengan itu tangan Adi terus sahaja merampas beg yang dikatakan milik Putera Zaquan itu lalu berlalu pergi.

  "Whaaa..!?" tak sempat dia berkata apa2. Semuanya berlaku dengan pantas. Nik hanya mampu ternganga dengan tindakan drastik Putera bongsu kerajaan itu.

  "Adi memang macam tu," ujar satu suara daripada belakangnya. Lantas Nik berpusing ke belakang dan menghadap pemilik suara yang lembut itu. "Dia nak ambik peluang untuk bersua dengan Abang Zack lah tu," sambung suara itu lagi.

  "Ma-maybe," ujar Nik sambil melemparkan pandangannya ke luar istana. Mana mungkin dia boleh memandang wajah milik kembar Putera Zaquan itu lama2. Wajahnya yang putih bersih. Matanya yang berwarna kelabu cair. Bibirnya yang merah merekah bak warna delima. Semuanya sempurna seakan-akan bidadari yang jatuh daripada syurga. Nasib sahaja lampu di koridor itu hanya dipasangkan malap. Kalau tak mesti Puteri Aliesha akan perasan wajahnya yang sedang bahang kini.

  "Ermmm..ta-tak apalah. Saya balik dulu lah ye me-memandangkan tugas saya dah selesai dekat sini," ujar Nik meminta diri untuk pulang atau lebih tepat lagi untuk menyelamat hatinya yang tidak henti2 berdegup kencang.

Lantas kakinya ingin melangkah pergi setelah membongkokkan sedikit badannya tanda penghormatan buat Puteri Aliesha. Puteri Aliesha pula hanya membiarkan pemergian Nik daripada matanya. Mungkinkah Nik tidak suka akan dirinya? Kerana Nik tidak pernah memandangnya apabila sedang berbicara. Malahan lelaki itu akan melarikan diri daripadanya apabila mereka bertembung secara tidak sengaja di istana besar itu. Apa silapnya kepada lelaki itu? Dia juga tidak tahu.

                              (づ。◕‿‿◕。)づ

'Tok..tok!' lantas pintu biliknya ditolak walaupun tidak diberi sebarang kebenaran untuk masuk oleh Putera Zaquan.

  'Ouhh..budak ni,' ucap Putera Zaquan di dalam hati apabila dia nampak kelibat Adi melalui ekor matanya. Dia hanya menghiraukan adik tirinya itu memandangkan budak tu pun langsung tidak membuka mulut untuk memulakan perbicaraan. Tangan Putera Zaquan ligat menyambung kembali karangannya yang tergendala sebentar tadi. Hari first dah dapat homework. Hari first buat dirinya tapi bukan buat yang lain kerana dia masuk sekolah itu pada bulan 6.

Mata Putera Zaquan beralih pula kepada katilnya kerana dia merasakan kelibat seseorang di situ. Nampaknya adik tirinya masih lagi berada di sini. Biarlah bukan mengganggu dirinya pun. Entah kenapa malam ini dia tidak rasa meluat apabila memandang wajah adik tirinya itu. Mungkin dia sudah boleh terima Adi sebagaimana ahli keluarganya yang lain menerima Adi? Mungkin. Hanya kalau Adi mengubah perwatakannya.. mungkin dia juga akan melayan Adi dengan baik. Zaquan hanya marah kepada Adi setiap kali berjumpa kerana Adi dengan masalah..berpisah tiada. Setiap keadaan yang kucar-kacir..semuanya disebabkan oleh Adi.

'Huarghhh!' kuap Putera Zaquan sambil matanya memandang kembali ke arah katilnya setelah sejam dia membuat kerja sekolah. Budak tu dah pergi ke? Bila masa pulak dia keluar?

RoyalNerdWhere stories live. Discover now