RoyalNerd 14

2.6K 167 3
                                    

  "Serious talk ..apa yang menarik sangat pasal putera mahkota tu?" omel salah seorang pelajar perempuan yang khusyuk berbual dengan rakannya yang ternampak aksi Putera Zaquan di hadapan rumah Dato'bandar.

  "Kau tak tengok muka dia depan2 tu yang kau cakap macam ni ..sekali kau tengok muka dia..konfirm cair," balas rakannya semula sambil memetik jari.

  "Shushhh..cikgu tengah berucap kan tu," tegur Nik yang naik berbulu telinga dengar cerita pasal Putera Zaquan. Apa dirinya tak disedari ke apa dekat situ? Putera Adli pun lesap..fuhhh..penangan Putera Zaquan tu smpai tenggelam orang lain.

  "Kenapa muka macam bengang je ni?" soal Putera Anas apabila melihat muka Nik seperti tikus tercekik ubat gegat tu.

  "Tak ada apa2 lah,"

   "Ye lah tu,"

  "Abang rasa kalau si Zaquan tu tunjuk penampilan betul dia ramai tak yang nak?" soal Nik tiba2.

  "Silap haribulan lelaki pun ada yang beratur nak kat dia," jawab Putera Anas selamba.

Terus Nik diam dan berjalan ke dalam barisan pelajar.

Manakala Putera Zaquan yang berada di dalam barisan pelajar itu pula syok menguap besar.

  "Asal dah 3 hari kau tak datang sekolah?" soal Ikhwan.

  "Aku keracunan makanan lah..smpai tak bole nak bangun kau tahu," ujar Putera Zaquan sambil tersenyum kambing.

  "Apa2 lah..petang ni kita ada perjumpaan kelab. Sebab tak lama lagi kita akan ada game,"

  "Oh..okay. Tak sabar pulak aku," ujar Putera Zaquan buat2 teruja sedangkan dia malas gila kalau ada game ni. Bukannya tak suka main bola sepak..just tak suka tight schedule. Mesti nanti akan ada latihan knn.

(づ。◕‿‿◕。)づ

  "Jom, rehat ngan aku," ajak Ikhwan kepada Putera Zaquan tiba2.

  "Tiber..asal pulak kau nak rehat ngan bestie aku ni tiba2," soal Nik tidak berpuas hati.

  "Suka hati akulah nak rehat ngan siapa pun..Zaquan pun ada suruh aku jadi kawan dia selama dia sekolah sini kan," ujar Ikhwan tidak mahu mengalah.

  "Apa kata..kita berehat bertiga," cadang Putera Zaquan sambil menarik Nik untuk berdiri sekali.

  "Tu..tu..Nik dengan Ikhwan lah weii!!"

   "Sapa pulak dah yang jalan sekali ngan diorang tu?"

  "Rosak pemandangan betullah,"

  "Aww..my babies,"

Silap ahh kalau dia berjalan dengan idola sekolah..lupa pulak dia si Nik ni head prefect sekolah..Ikhwan pulak kapten bola sepak. Putera Zaquan? seorang nerd yang tidak dikenali..krikkk3..poor Zaquan.

  "Jom duduk situ," ujar Nik sebelum diikuti oleh Putera Zaquan dan Ikhwan.

  "Asal kau tiba2 nak rapat dengan Zaquan," soal Nik sebaik sahaja makanannya dibawa oleh makcik kantin.

  "Aku cuma nak berkawan..salah ke? Ke..kau rasa insecure bila aku ada dengan kau? Aku kan hensemm," ujar Ikhwan sambil membetulkan rambutnya.

  "Berghh..masuk lift tekan sendiri nampak,"

  "Memang orang masuk lift tekan sendiri kan,"

  "Aku takk..ehh, haah lah. Masuk lift memang tekan sendiri," omel Nik sendiri.

  "Tak payah nak melalut sangat sebelum aku sambar makanan korang," ujar Putera Zaquan yang hampir licin pinggannya.

  "Bapak laju dia ni makan..kebulur macam tak makan setahun," ujar Ikhwan sambil mempercepatkan suapannya begitu juga Nik.

(づ。◕‿‿◕。)づ

  "Jom Zaquan," ajak Ikhwan sebaik sahaja kelas tamat.

  "Melebih kau ni sampai nak balik pun dengan Zaquan,"

  "Lek ahh..kau ni Nik. Kitorang ada perjumpaan kelab la," ujar Ikhwan lagi sambil memaut bahu Putera Zaquan.

  "Haa..cepat2. Korang dah lambat kut..asal melenggang lagi tu," ujar Abang Syafik kepada Ikhwan dan Putera Zaquan yang baru sahaja sampai.

  "Maaf," ujar Ikhwan dan Putera Zaquan serentak sebelum tergesa-gesa mengambil tempat duduk di hadapan sekali.

  "Seperti yang kita maklum.. pasukan bola sepak kita akan ada game. Tapi korang belum tahu lagi kan dengan sekolah mana,"

  "Belumm," ujar semua ahli di dalam bilik tersebut.

  " Kita akan fight dengan Royal Academy," dumm! dengar? Dumm! tu bunyi Putera Zaquan berkecai. Tu sekolah lama dia kut! Tolong lah jangan cakap yang game ni dekat sekolah sana.. tolong lah jangan.

  "Game dekat sekolah diorang,"

  "Saya tak nak main!" ujar Putera Zaquan sambil mengangkat sebelah tangannya tinggi.

  "Kita ada game pemilihan..game tu yang akan menentukan siapa yang main dan siapa yang tak main," ujar Abang Syafik mendatar.

  "Sah.. i'm dead," ujar Putera Zaquan pasrah. Dia tahu dia akan terpilih jugak macam mana pun.. diorang tahu skill aku daripada hari first aku masuk kelab ni. Silap besar wei..

  "Asal kau tak nak main?" soal Ikhwan pelik sambil kakinya melangkah menyaingi Putera Zaquan.

  "Gemuruh sangatlah..tambah2 lagi nak lawan dengan putera raja. Konfirm aku akan malukan nama sekolah je," ujar Putera Zaquan memberi alasan munasabah.

  "Kalau kau rasa alasan kau munasabah.. langsung tak. Kau kena yakin dengan diri kau! Kau dah bukak mata aku..kenapa kau tak bukak pulak mata putera raja yang sombong tu supaya tak pandang rendah dengan sekolah kita?" ujar Ikhwan sambil menggenggam bahu Putera Zaquan.

Bukan sebab tu lah mereng oii..aku ada sebab aku yang tersendiri..asal lah payah sangat orang nak faham. Aku just tak nak main ja. Ramai lagi kan players kat dalam kelab tu.. asal lah aku jugak yang kau nak?

  "Oky lah.. jalan kita dah terpisah. Pergi dulu," ujar Putera Zaquan dan mengambil satu lorong sempit yang jarang dilaluinya. Semuanya sebab Ikhwan nak jalan sekali dengan dia. Sebab apa aku pun tak tahu. Tiba2 hari ni dia jadi rapat dengan aku.

Apa motif dia sebenarnya?

Ke..dia dah tahu siapa aku tapi dia tak konfirm lagi sebab tu dia try rapat dengan aku?

Dah lah.. pening aku. Haa sudah..mana pulak aku nak lalu ni. Lantas aplikasi map di telefon bimbitnya di tekan dan perkataan home disentuh. Serentak dengan itu lokasi istana dipamerkan. Uishhh..laluan tikus ke ni? Dekat dah rupanya aku dengan istana.

Lantas tangannya meraba-raba dinding belakang istana yang berada di hadapannya. Tiba-tiba sahaja ada batu bata yang tertolak ke belakang sebelum dinding yang sebelum ini rata mempunyai lubang dipermukaannya.

Bilik rahsia! Takkan lah laluan tikus macam ni punya canggih kut. Aku tengok movie lahh!! Lantas Putera Zaquan memasuki ruang tersebut dan ingin mencapai obor yang berada di hadapan pintu tersebut ala2 movie yang ditontonnya. Sedangkan fon tu bole je bukak torchlight..saja nk feeling2.

Tapi obor tu macam tersekat pulak sebab tak boleh nak tarik. Merapu betul aku ni..saja nak menyusahkan diri. Terus obor itu ditolak kasar. Uishhh!! gerak lahh! Sekali dengan pintu2 tu tutup. Ditarik pula obor tu ke tempat asal. Pintu pun terbuka . Lega kejap. Lalu obor tersebut ditolak kembali agar pintu tersebut tertutup. Lantas kakinya mula bergerak masuk lebih dalam dan sampai ke suatu tempat.

  "Apa ni?!!!"

Be continue..

~RoyalNerd👑~

RoyalNerdWhere stories live. Discover now