RoyalNerd 32

2.6K 173 34
                                    

Seorang lelaki berkot putih memasuki perkarangan syarikat megah Pearl Holding. Tak kira lelaki atau perempuan semuanya menoleh dan serta merta pekerjaan yang sedang dikerjakan terhenti.

"Miss.." tegur Putera Zaquan kepada gadis yang berada di kaunter reception dihadapan.

"Sorry miss..hello?" panggil Putera Zaquan lagi apabila gadis dihadapannya seperti ternampak bidadari jatuh dari langit. Terkedu!

"Oh maii godd..hensemnya prince tuu!" tiba2 sahaja gadis dihadapannya itu histeria. Menjerit kepada rakan sebelahnya yang daripada tadi menampar pahanya sebentar tadi.

Rakannya terus menampar muka sendiri menahan malu dan rasa geram. Boleh pulak dia menjerit? Takat nak berangan tak kisahlah!

"Maaf..pejabat Mr. William tingkat berapa?" soal Putera Zaquan tergesa-gesa. Dia perlu sampai atas cepat. Perlu sesangat! Sebab rindu dia dah membara ni. Acewahh!

"Tingkat 11," jawab gadis disebelah Putera Zaquan yang turut berada dihadapan kaunter.

"Awak ni klien boss ehh?" tiba2 sahaja lengan Putera Zaquan disentuh dan dileret menggunakan hujung jari gadis tersebut.

"Hmm..muscle. I like.." gadis itu mengenyit sebelah mata kepada Putera Zaquan.

Putera Zaquan terus tersenyum kepada ulat bulu disebelahnya. Lengan pula ditongkat diatas kaunter reception.

"Awak tak pergi sekolah fardu Ain ke masa kecik dulu? Sentuh bukan muhrim ni hukum dia haram," ujar Putera Zaquan sambil mengerling ke arah gadis disebelahnya. Saja nak tengok reaction.

"Lagi satu..awak nak tahu apa beza awak dengan cik ponti?"

"Saya lawa..dia takk," jawab gadis itu megah sambil rambutnya dilibas ke belakang walaupun sebentar tadi dia agak terkedu apabila di ceramah.

"Salah.. pakaian dia lagi sopan daripada awak. Maaf kalau saya cakap..you are not my taste," ujar Putera Zaquan dan berlalu pergi.

"Arghh! Dia ingat dia siapa nak sound I lebih²?!" marah gadis itu dan turut keluar daripada lobi syarikat itu. Malu bila ramai staf yang tengok adegan dia kena ceramah dengan mamat hensem tadi.

"Takpe..hari ni hari awak..esok hari saya! Nak jual mahal kan? We will see," bebel gadis itu kecil.







    "Kalau aku cakap aku tak nak..maksud dia aku tak nak! Kau tak faham bahasa ke?" marah Fathia tetapi dengan menggunakan nada yang perlahan. Takut kalau boss dengar! Meja assistant kan depan pejabat boss je!

  "Please.. i'm begging you. Jangan buat aku macam ni," rayu Zafuan rakan lelaki pejabatnya.

  "A..aku dah janji nak lunch dengan orang lain!" balas Fathia sengaja mencari alasan untuk menolak pelawaan Zafuan. Sedangkan dia tak ada janji dengan sesiapa pun lagi!

   "Siapa orang tu? Aku tunggu," balas Zafuan tidak mahu mengalah.

   "Kenapa pulak kau nak tunggu aku?" soal Putera Zaquan sebaik sahaja dia sampai dihadapan meja Fathia. Serentak Fathia dan Zafuan menoleh ke arah punca suara itu.

  "T..takk.. sekarang ni kau siapa?" soal Zafuan tergagap-gagap. Dia terasa macam langit dan bumi pulak bila berada dihadapan jejaka tersebut. Walaupun lelaki tersebut memakai cermin mata yang agak besar..tapi cermin mata tu langsung tak mengganggu rupa dia. Sumpah muka dia ala2 pelakon Hollywood! Oky ni melebih..aku lelaki kut!

   "Jangan nganga lama sangat mulut tu..nanti masuk lalat," tegur Putera Zaquan mengendahkan soalan Zafuan sebentar tadi sambil mulut Zafuan ditolak ke atas.

   "Jom Tia?" ajak Putera Zaquan lembut dan diikuti oleh Fathia tanpa banyak soal.

   "Terima kasih sebab tolong aku wei," ujar Fathia sebaik sahaja mereka sampai di lobi syarikat.

   "No prob--ehh! Kau nak pergi mana ni?"

   "Aku nak pergi lunch la," jawab Fathia.

   "Kan aku ajak kau lunch tadi? Asal kau nak lunch sorang-sorang pulak ni?" soal Putera Zaquan pelik.

   "Bukan kau nak jumpa Mr. William? Sebab tulah kan kau sampai dekat office aku?"

   "No princess..aku memang nak ajak kau lunch dengan aku," tersenyum lebar Putera Zaquan melihat wajah Fathia yang sedikit berona merah.

   "Tapi aku tak cantik," ye lah! Dia hensem kut..apa class keluar makan dengan perempuan macam aku ni? Lainlah kalau dia ajak Miss Lydia ke.. barulah sama class dengan dia!

   "I'm pregnant," ujar Putera Zaquan secara tiba-tiba.

   "Kau merapu apa tiba-tiba ni? Lelaki mana boleh mengandung!" latah Fathia terkejut. Apa kena rasuk jin ke masa tengah berbual tadi.

   "Ouh..aku ingatkan kita tengah berbincang pasal topik yang mustahil tadi," ujar Putera Zaquan selamba.

   "Mana mungkin kau tak cantik..kaulah yang paling cantik yang pernah aku tengok dalam hidup aku," ucap Putera Zaquan romantik sambil matanya dipanahkan tepat ke mata milik Fathia.

   "Ka.. kata nak pergi lunch! Aku lapar dah ni!" dalih Fathia sambil melarikan diri keluar daripada lobi syarikat Pearl Holding tersebut. Rasa panas pulak dekat situ.










    "Kenapa kakanda kamu keluar hari ni Adli?" ujar Raja Ridzuan yang tika itu sedang membelek beberapa surat aduan rakyat yang dihantar kepadanya.

    "Anakanda tidak tahu menahu ayahanda," tipu Putera Adli. Mana mungkin dia akan mungkir janji dengan abangnya. Awal2 lagi si Putera Zaquan dah bagi amaran jangan bagitau ayahanda dan bonda di mana keberadaanya dan berjumpa dengan siapa.

   "Kalau dia ada hubungi kamu nanti..bagi tahu dekat dia yang calon-calon puteri mahkota sudah dipilih," ujar Raja Ridzuan yang masih tidak lepas daripada memandang meja kerjanya.

   "Boleh anakanda bertanya?"

   "Silakan.." ujar Raja Ridzuan sambil mendongak memandang Putera Adli tanda peduli dengan soalan yang bakal diajukan.

   "Calon-calon puteri mahkota. Ada daripada rakyat biasakah?" soalan yang dia benar2 ingin tahu. Ini untuk kebaikan abangnya juga.

   "Kamu gila?! Hanya golongan bangsawan yang boleh menjadi calon puteri mahkota dan permaisuri kerajaan ayahanda!" marah Raja Ridzuan secara mendadak. Entah kenapa dia rasa perlu untuk menaikkan suaranya tegas. Soalan itu betul2 mengundang rasa tidak aman dalam benak hati Raja Ridzuan.

   "Kamu boleh keluar kalau tiada apa2," ujar Raja Ridzuan lagi. Tapi kali ini dengan suara yang tidak berapa deras tetapi bernada tegas.

    "Baik," ucap Putera Adli sepatah. Lantas kakinya bergerak meninggalkan meja kerja pentadbiran ayahandanya.

    'Kau memang tak boleh bahagia dengan dia nampaknya..maafkan aku,

    'Tapi aku janji untuk berada di pihak kau tidak kira apa pun yang kau akan buat. Abang..










Be continue..


~RoyalNerd👑~

RoyalNerdWhere stories live. Discover now