RoyalNerd 34

909 88 17
                                    

[[F L A S H B A C K]]
(3 YEARS AGO)

   "Ayahanda tak boleh buat macam ni dekat Alisya.. ayahanda tolonglah.. kenapa ayahanda tak benarkan hubungan kami ni?" soal Puteri Alisya yang sedang jatuh terduduk sebaik sahaja Nik dihalau keluar oleh ayahandanya.

   "Ini semua untuk menjaga salasilah keluarga kita. Seharusnya kamu berkahwin dengan putera daripada negara² lain dan bukannya anak panglima tentera yang entah macam mana masa depannya!" terang Raja Ridzuan panjang lebar.

   "Tapi kenapa ayahanda tak halang hubungan kakak dengan Nik sejak awal?" soal Putera Adli yang turut berada di situ di atas urusan rasmi pada awalnya namun turut terlibat dengan drama dihadapannya kerana dadanya tiba² sahaja berasa sakit melihat Puteri Alisya yang sudah mula menangis teresak-esak.

   "Ay.. ayahanda fikir Nik mendengar..ternyata dia memang tidak mendengar," ucap Raja Ridzuan sambil memandang lantai.

   "Apa yang ayahanda maksudkan!? Kenapa bila kami dah mula ingin mengikat tali pertunangan baru ayahanda ingin menghalang!?" ujar Puteri Alisya dengan nada yang agak sebak dan mula meraung-raung tak tentu hala. Mana taknya..diorang dating pun dekat kawasan istana. Mana mungkin ayahanda tak pernah perasan. Malahan mereka banyak kali juga terserempak antara satu sama lain.

   "Puteri..ayuhlah kita berangkat ke kamar beradu," pujuk salah seorang dayang kepada Puteri Alisya. Puteri Alisya langsung tidak mengendahkan pujukan dayang tersebut sebaliknya dia lari menuju ke beranda besar di ruang istana tersebut.

   "Kakak!"

   "Alisya!"

   "Puteri!"

Serentak ketiga-tiga orang yang berada di situ menjerit memanggil Puteri Alisya yang ingin mencederakan dirinya.

[[E N D  OF  F L A S H B A C K]]

Apa tujuan kau datang balik jumpa aku?” soal  Fathia serius dengan muka mendatar. Matanya pula hanya menatap persisiran pantai tanpa menoleh ke arah Putera Zaquan. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia terasa sesak di dada.

Lain pula dengan si Putera Zaquan yang tidak jemu memandang ke arah wanita yang disukainya itu. Perlahan-lahan matanya juga memandang ke arah pantai yang nampak tenang itu. Fikirannya pula ligat memikirkan jawapan untuk pertanyaan si gadis.

   “Mungkin sebab aku memang nak jumpa kau?” jawapan Putera Zaquan yang tidak seakan jawapan itu hanya menyebabkan Fathia menghela nafas berat. Kepalanya ditundukkan. Posisinya yang sedang duduk memeluk lutut ketika itu membantu Alisya untuk menutupi wajahnya. Bukannya apa, cuma kalau boleh dia tak nak Putera Zaquan tengok wajah dia yang mula nak menangis. Dia hanya merindukan lelaki di sebelahnya. Sangat-sangat!

   “Soo..bila kau akan tinggalkan Malaysia lagi?” soal Alisya.

Putera Zaquan tersenyum. “Kau memang nak halau aku ke apa? Tak baik gila! Sakit hati aku tau!” jawab Putera Zaquan dengan nada mengusik. Tapi serius la..dia memang tak suka aku jumpa dia ke?

   “Jadi kau memang tak tinggalkan Malaysia lagi dah la?” soal Fathia lagi. Cuba untuk tidak membiarkan suasana di antara mereka menjadi kekok.

   “Tak..” jawab Putera Zaquan. “Belahan jiwa aku masih ada kat Malaysia..” sambung Putera Zaquan lagi tapi lebih kepada diri sendiri. Kemudian Putera Zaquan menatap ke arah Fathia lagi. “Ayahanda  aku nak bersara dah..dia cakap dia nak berehat,”.

Fathia hanya mampu tersenyum namun terpapar di riak mukanya kesedihan yang cuba untuk dia  selindungi. Entahlah, macam lagi mustahil untuk bersama jika jejaka di sebelahnya ini akan menjadi raja.

   ”Ouh..” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Fathia ketika itu. Suasana menjadi senyap untuk seketika. Giliran angin pula yang lalu dicelah-celah perbualan mereka.

   “Sudah pukul berapa ini!? Kamu tidak sedarkah kalau kamu tu Putera Mahkota kerajaan ni?” soal Raja Ridzuan lantang. Mana tidaknya dia berang, pemergian Putera Zaquan juga tidak dikhabari..pulang pula setelah Isyak? Seharian tak ada di istana!

   “Sudah! Masuk ke ruang pejabat kamu, di situ sudah tersedia senarai calon puteri mahkota untuk kamu pilih,” ujar Raja Ridzuan tegas. Malas nak marah tak tentu arah malam-malam ni. Pandai-pandai lah fikir bila dah besar ni.

Putera Zaquan tidak membantah ataupun berkata sepatah apa. Permintaan ayahandanya dituruti. Badannya dibongkokkan sedikit sambil kaki sebelah kiri dikeluarkan tanda sebagai permintaan untuk mempamitkan diri. Dia tahu kalau sekarang bukan masa yang sesuai buat dirinya untuk mengemukakan sebarang bantahan.

Kakinya tidak terus melangkah ke arah pejabat sebaliknya melencong ke arah bilik kembarnya Puteri Aliesha. Perlahan-lahan tombol pintu itu dipulas olehnya. Takut jika kehadirannya mengganggu lena sang puteri. Perlahan-lahan juga Putera Zaquan menghenyakkan punggungnya di sisi katil Puteri Aliesha. Perlahan rambut yang berjuntai menutupi separuh wajah kembarnya diselak. Diusap perlahan penuh kasih sayang.

   “Abang minta maaf, abang tak ada di sisi Aliesha sewaktu Aliesha jatuh,” ucap Putera Zaquan sayu. “Tapi abang yakin, Adi mesti ada di sisi Alisya kan? Sebab tu Alisya still lagi ada dekat istana ni..masih lagi kuat,” Putera Zaquan senyap kembali. Namun tangannya masih setia mengusap wajah kembarnya. “Abang cari Nik, abang tahu dia ada kat mana. Alisya sabar eh?”

Putera Zaquan lantas mengatur langkah keluar apabila kelibat Putera Adli menjengah disebalik pintu bilik Puteri Aliesha. Tombol pintu ditarik perlahan menutupi kelibat Puteri Aliesha.

   “Amacam? Date?” soal Putera Adli dengan senyuman mengusik. Macam tak ada soalan lain yang nak ditanyanya..tahu lah singlet!

   “Hmm..syoklah jugakk,” jawab Putera Zaquan sambil mengerling sedikit ke arah Putera Adli. “Esok kau free tak?” soal Putera Zaquan laju -mengubah topik.

   “Asal kau tanya aku pulak? Tak puas date ngan bakal kak ipar kau nak date ngan aku pulak?” seloroh Putera Adli -mukanya pula sudah ditayang muka geli. Kau jangan macam-macam! Singlet2 aku pun..aku still straight tau!

   “Kau merapu apa syaitonn!” belakang kepala Putera Adli sudah selamat ditampar oleh Putera Zaquan yang sedang menahan marah tapi mukanya masih tersenyum – aisyy seramm.

   “Aku nak ajak kau cek satu kampung ni haa..” sambung Putera Zaquan- tangannya pula menyeluk poket seluar tepi untuk mengeluarkan telefon pintar miliknya. Map dibuka dan ditunjukkan location kepada Adi.

   “Kampung sapa ni? Kau nak pergi melawat sapa?” soal Putera Adli bertubi-tubi. Mana taknya..dekat kawasan pedalaman gak kampung ni. Macam diorang tak pernah sampai masa ayahanda ada mencemar duli kampung2 kecil untuk berikan bantuan.

   “Aku dapat information..kemungkinan Nik ada kat sana. Jadi aku nak cek, betul ke tak. Kau on tak esok?” soal Putera Zaquan lagi apabila Putera Adli hanya diam membisu tanpa sebarang balasan.

Putera Adli memandang Putera Zaquan lagi. “Kau tak lupa apa2 ke?” soal Putera Adli kembali.

   “Lupa apa?” soalan dibalas soalan.

   “Kau yang tak free esok,” ucap Putera Adli sambil tangannya menepuk-nepuk perlahan bahu abangnya. “Senarai calon Puteri Mahkota dah berlonggok atas meja abang. Abang tak rasa ke kalau abang menghilang lagi keesokan harinya..kepala abang akan jadi pameran dekat pejabat ayahanda?” ucap Putera Adli sarkastik tapi riak mukanya seakan kesian dengan abangnya itu. Ah! Lambat lagi nak kesian dekat Putera Zaquan.

Putera Adli terus menapak pergi membiarkan Putera Zaquan yang masih lagi berdiri di tempat perbualan mereka tadi iaitu dihadapan bilik Puteri Aliesha. Putera Zaquan juga turut meninggalkan tempat itu sambil merangka bila lagi dia boleh meninggalkan istana tanpa dipancung kepala – silap, tanpa pengetahuan Raja Ridzuan.

Be continue...

~RoyalNerd👑~

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 14, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RoyalNerdWhere stories live. Discover now