RoyalNerd 20

2.6K 178 11
                                    

  "Kau buat apa depan pejabat ni," soal Tengku Razaleigh dingin.

Ikhwan yang sedari tadi mencuri dengar perbualan di dalam pejabat menjadi kaku. Sedikit demi sedikit kepalanya diangkat bagi bertentang mata dengan Tengku Razaleigh. Bapak tinggi dia ni!

  "Masuk," terus Tengku Razaleigh mencengkam kolar baju Ikhwan dan diheret sekali untuk masuk ke dalam pejabat.

  "Maaf mengganggu..ada tikus kat luar tadi," ujar Tengku Razaleigh sambil menolak Ikhwan masuk.

  "Ikhwan?" soal abang Syafiq dan Putera Zaquan serentak.

  "Err..hy?" ujar Ikhwan sambil menayangkan senyumannya yang dibuat-buat.

  "Kau lagi..aku rasa kita ada chemistry laa," ujar Putera Zafrel sambil memaut bahu belah kanan Ikhwan.

  "Mesti kau dah dengar banyakkan?" ujar Putera Fateh pula sambil sambil memaut bahu belah kiri Ikhwan.

  "A..aku baru sangat sampai tadi. Serius!" ujar Ikhwan gelabah.

  "Ada CCTV tau," ujar Putera Raid pula yang baru muncul kan diri daripada bilik belakang. Dia tahu je Ikhwan tu dok ada dekat depan pintu. Dia saja nak tengok reaction budak Ikhwan tu. Dan tepat perkiraannya apabila Tengku Razaleigh datang dan mengheret dia masuk.

  "Ouh..nak kencing kitorang," ujar Putera Fateh sambil menampar belakang kepala Ikhwan.

  "Aduhh! Maaf2, aku tak tipu dah!" ujar Ikhwan apabila kepalanya dipukul bergilir-gilir tanpa henti oleh kedua-dua kembar nakal tersebut.

  "Fat..Zaf?" ujar Puan Fahimah kepada dua orang anak kembarnya. Fat tu cara sebut dia macam korang sebut Fad bocey tau. Bukan 'fat' gemuk tu. Dan Lig tu pulak cara sebutan dia macam korang pronounce 'leg' dalam bahasa Inggeris. Oky done.

  "Tak buat dah," ujar kembar tersebut serentak lalu mengangkat tangan mereka ke atas.

  "Zaquan? Wanna give some explanation to us?" soal Puan Fahimah kepada Putera Zaquan.

  "Maybe," ujar Putera Zaquan sambil membuka cermin mata bulatnya. Lalu penampilannya diubah daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

  "Kau! Aku abang Puteri Aliesha tadi?" soal Ikhwan terkejut walaupun tadi muka dia konfius gila dengan apa yang jadi.

  "Maaf Abang Syafiq..maaf Ikhwan. Tapi aku ada sebab aku yang tersendiri kenapa aku berlakon macam tu," ujar Putera Zaquan sambil menayangkan muka simpati kepada kedua-dua manusia dihadapannya.

  "Apa lagi yang aku tak tahu?" soal Ikhwan mulai serius.

  "Putera Adli tu adik aku..aku adalah pemerintah kerajaan ni yang seterusnya..aku tinggal dekat istana..aku bukan orang biasa," ujar Putera Zaquan sambil memikirkan lagi apa yang patut dia perkatakan kepada Ikhwan dan abang Syafiq.

  "Kau ikhlas kawan dengan aku ke tak?" soal Ikhwan mendatar.

  "Sumpah demi Allah aku kawan dengan kau ikhlas..tak ada niat langsung pun untuk gunakan kau ke apa," ujar Putera Zaquan sambil melangkah ke arah Ikhwan.

  "Adi terlelap dah lah wei" ujar Putera Zafrel kepada Putera Fateh secara bisik2 di belakang memandangkan Putera Zaquan masih lagi sedang berbual dengan Ikhwan dan Abang Syafiq di hadapan.

  "Kau fikir tak apa yang aku fikir," ujar Putera Zafrel lagi kepada Putera Fateh.

  "Ada lah sikit terfikir tu.." balas Putera Fateh.

  "Meh sini barang2 Zacky tu," ujar Putera Zafrel sebelum Putera Fateh mengambil cermin mata dan sikat yang diletakkan di dalam begnya sebentar tadi.

  "Habis tu orang lain? Sedap je lah kau tipu?" soal Ikhwan lagi tidak berpuas hati.

  "Yang kau nak terasa sangat ni dah kenapa?" soal Tengku Razaleigh yang daripada tadi menahan dirinya daripada memaki Ikhwan.

  "Aku tak sangka dia tipu aku hidup2!" ujar Ikhwan melenting.

  "Wei..nak bincang.. bincang elok2," ujar Putera Raid yang menyedari reaksi Puan Fahimah yang terhinjut sedikit bahunya kerana terkejut.

Mana pulak kembar bertuah tu? Takkanlah tak ingat yang umi diorang ni senang terkejut? Kesian aku tengok. Patutlah..poor Adi.

  "Oky2 serius aku mintak maaf dengan kau,"

  "Mintak maaf my feet la," ujar Ikhwan lagi.

  "Ikhwan..dia ada sebab dia kan kenapa dia buat macam ni," ujar abang Syafiq pula sambil memegang bahu Ikhwan.

  "Oky.." ujar Ikhwan sambil mengangguk-anggukkan kepalanya lalu keluar daripada pejabat tersebut. Tak lama kemudian kepalanya dijengukkan kembali.

  "Tapi dengan satu syarat..dia kena kekalkan penampilan ni bila dia nak naik bas nanti," ujar Ikhwan sambil tersenyum senget sebelum pergi. Saja nak suruh Putera Zaquan jawab semua persoalan player2 yang ada atas bas tu nanti.

  "Kalau tu yang dia nak," ujar abang Syafiq pula sambil mengikuti langkah Ikhwan.

  "I'm dumb,"

                             (づ。◕‿‿◕。)づ

  "Sampai sini je lah kitorang boleh teman kau," ujar Putera Raid sambil menepuk-nepuk bahu Putera Zaquan.

  "Jaga diri dekat sana wei," ujar Putera Zafrel dan Putera Fateh sambil memeluk batang tubuh Putera Zaquan.

  "Ye2.." ujar Putera Zaquan malu sebab sekarang ni boleh kira ramai jugaklah pelajar yang berkerumun dekat depan pagar sekolah ni sebab charmings grup lalu.

  "Blah lah cepat," ujar Tengku Razaleigh pula sambil menarik kedua-dua kembar tersebut agar melepaskan Putera Zaquan.

  "Thanks Lig!" ucap Putera Zaquan sebelum dia berlari anak meninggalkan semua yang berada di situ.

  "Bye my baby!"

  "Apa masalah kau hah?! Nanti orang dengar lah!"

  "Kau sapa nak halang2 aku!"

Again..Putera Zaquan tak nak masuk campur apabila keadaan di situ huru-hara dengan pelajar perempuan tarik2 rambut anda so on.

  "What such a drama," ujar Putera Adli selamba sambil melepasi kerumunan orang di hadapan pagar sekolah dengan muka mamainya.

  "Adi..better kau pergi tengok cermin," saran Putera Fateh.

  "Ya..you look so damn cute," sambung Putera Zafrel pula.

  "Apasal doh diorang ni?" ujar Putera Adli pelik dan menaiki bas yang sememangnya sedang menunggu dirinya.

Hhahahaaha!! serentak satu bas mengetawakan Putera Adli yang masih lagi keliru dengan apa yang diperkatakan oleh kembar tersebut.

  "Diamlah!" marah Ikhwan yang masih lagi dingin dengan penipuan Putera Zaquan.

Serentak dengan itu semua orang di dalam bas diam dan tidak berkutik sama ada yang menggelakkan Putera Adli dan juga player yang ingin bertanyakan kenapa Putera Zaquan menukar penampilannya.

  "Fat!! Zaf!!" marah Putera Adli sebaik sahaja dia melihat pantulan dirinya yang penuh dengan contengan serta penampilannya ditukar kepada nerd. Namun dia dah tak boleh nak buat apa bila bas dah pun bergerak meninggalkan perkarangan sekolah.

  "Diamlah Adi. Kau takkan menang punya kalau lawan dengan kembar tu," ujar Putera Zaquan selamba sambil pandangannya dibuang ke luar tingkap.

  "Aku tak kira! Hujung minggu ni kita pergi istana diorang!" ujar Putera Adli marah. Kau bayangkan dah lah sorang duduk dekat hujung bahagian depan dan seorang lagi duduk dekat hujung bahagian belakang.
Semua orang tak faham kenapa tiba2 je si nerd tu ubah penampilan dan bercakap secara kasual dengan Putera Adli. Dan yang paling peliknya..kenapa tiba2 dia boleh ada ramai kenalan dekat royal academy? But readers dah tahu..boleh lah korang tanya readers setia yang dah membaca ni.

Be continue...

~RoyalNerd👑~

RoyalNerdWhere stories live. Discover now