❨ 18:00 ❩

577 93 2
                                    

Sejurus kedai tu dibuka, aku menjado pelanggan pertama yang singgah cafe tersebut. Seperti biasa, aku memesan kopi americano dan dunot coklat sebagai sarapan pagi.

Jam di telefon aku jeling sekilas. Baru mahu masuk pukul 10 jadi waktu Zohor lambat lagi. Aku mengusya instagram sementara menunggu waktu Zohor.

"Sedap sial donut ni" pujiku sambil menyumbat ketulan donut yang terakhir. Donut di dalam mulut dikunyah rakus.

Aku terus bermain telefon. Keadaan sekeliling tak ku hiraukan. Aku tetap berasa tenang meskipun keadaam di dalam cafe ini agak bising dengan kehadiran pelanggan yang ramai.

-----

"Jisung"seseorang berbisik di telingaku. Aku pusingkan kepala ke belakang. Wajah Jaemin menjadi tatapan pertama aku.

"Asal?" soal ku.

"Dia ada datang tak?" soalnya secara tiba-tiba. Soalanya membuatkan aku berfikir sejenak seraya menggelengkan kepala.

"Aku tak faham. Sapa?" kali kedua aku menyoal diri Jaemin. Jaemin menepuk dahi seakan apa yang disoalkan sesuatu yang bodoh dan merepek.

"Ala.. Perempuan pakai tudung yang marah-marah aku semalam tu" jelasnya begitu geram dengan aku.

Aku menganggukkan kepala tanda faham akan soalan sebenarnya.

"Haah. Dia datang tu kat meja makan lagi" jari ditujukan ke arah meja di mana wanita berhijab itu duduk. Dia kelihatan sedang bermain gajetnya iaitu telefon

Jaemin anggukkan kepala. Kakinya dijengket disebabkan tinggi kami yang agak jauh bezanya. Wajah didekatkan pada telinga. Dia bisikkan sesuatu kepada aku.

Aku mengangguk faham. Terus aku berjalan ke luar dapur dan mula mendekati gadis jelita itu. Aku berdehem meminta perhatian..

Wanita itu berhenti dari bermain telefon. Wajah aku dipandang.

"Maafkan saya.. Tapi boleh mintak tolong tak" setelah lama berdiam diri akhirnya aku membuka mulut menuturkan hasrat aku ke sini.

"Apa dia?" jawabnya

----

Sorry lewat update

aestaelogy QISTINA- itsyu- nazsthetic_ aiz_ad F0XYWENNA-
YuriKim369 GD_Bulan Izliyana_natasya kookieqilh_ Kooksenpai- -pubgmin

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now