❨ 48.00 ❩

407 69 1
                                    

"Woi. Kau nak pergi mana?" Liyana yang sedang menonton televisyen, mengubah perhatiannya ke arah Nana yang sedang berjalan bersama baju sejuk disarungkan pada badannya.

Gadis itu kelihatan seakan ingin keluar dari rumah. Apa yang menghairankan Liyana tatkala dia keluar pada waktu yang agak lewat dan boleh dikatakan ianya adalah waktu yang sepatutnya warga bumi telah lena diulit mimpi.

Langkah Nana terhenti seraya dua mengalihkan pandangan ke arah Liyana.

"Aku nak keluar jap. Nak lepaskan rundu" balas Nana yang bernada sendu dan malas. Liyana yang seakan memahami maksud Nana sekadar menanggukkan kepala.

Nana menguak pintu rumah dan berjalan menuju ke taman permainan hostel.

----

Nana melabuhkan punggung di atas buaian yang tersedia di taman permainan. Digoyangkan sedikit buaian itu..

Kepala didongakkan menghadap ke arah langit malam yang dihiasi dengan titik putih bercahaya yang digelar sebagai bintang. Tambahan pula, lingkaran bulan sabit juga menjadi tumpuannya di malam hari.

NANA POV

Mata setia memandang langit. Meskipun ianya gelap, tetapi ua sangat bermakna buat diriku dan si dia.

"mi... Agaknya kan.. Boleh tak kita jumpa sesama kat syurga nanti?" yup. Soalan merapu mula keluar dari mulut aku.

Tanpa diduga, air mata mengalir ke pipi. Sungguh sebak hati ni bila kita tak dapat jumpa lagi buat selamanya. Aku rindu kau. Rindu sangat-sangat.

Aku tak tahu nak cakap apa dah. Semuanya macam debu yang ditiup angin. Habis macam tu je segala memori yang kita ciptakan bersama.

Kenapa kau pergi cepat sangat? Kenapa tak ajak aku.

"KAU JAHAT!" Air mata semakin deras mengalir. Hidung memerah menahan hingus. Bibir diketap geram. Kedua tsngan menumbuk bumi.

Aku... Kecewa sangat.. Kenapa semuanya berakhir begitu cepat. Dan semuanya berakhir semasa hari terpenting dalam sejarah hidup kita.

Aku dah cuba bermacam cara supaya dapat lupakan kau. Tapi, macam yang orang cakap. Sakit yang palin pedih adalah rindu. Susah nak buang perasaan tu.

Kau jelah yang sudi jadi tuxedo yang melindungi diriku. Kini, kau tinggalkan aku dengan bermacam cemuhan, dugaan dan kedukaan.

Aku nak lawat kau. Tapi, keluarga kau tak bagitahu aku pun kat mana kubur kau. Aku harap sangat kita dapat jumpa di alam yang sama. Aku akan berusaha supaya syurga tu akan jadi destinasi aku di sana nanti.

Aku janji...

----

-_-

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now