( 24.0 )

535 99 24
                                    

"Disebabkan kau nak ikut aku balik jadi kau kena lah naik bas ngan aku" ujarku seakan boss kepadanya. Jaemin hanya mengangguk faham. Sama seperti hamba.

Tiba-tiba rasa kekok bertandang di hati. Segera aku mendiamkan diri dan duduk di atas tempat duduk di perhentian bas

Kereta yang lalu lalang aku renung dengan keluhan. Mana bas ni. Boleh pula waktu aku perlukan dia, dia tak muncul.

Aish!

Namun, dengan penuh keimanan dan kesabaran aku menunggu bas datang ke sini. Tetapi, yang ada cuma teksi yang penuh dengan grab datang ke sini.

Hargh! Benda ni buat aku hilang akal.

"ASTAGHFIRULLAHALADZIM! MANA BAS NI YA ALLAH!" Rasa geram yang bertandang di hati tidak dapat ditahan lagi. Aku bangun dengan amarah dari tempat duduk.

Aku dapat nampak yang reaksi Jaemin nampak kaget dengan aku. Argh! Peduli apa aku. Aku marah ni!

Dengan kuasa yang maha esa, akhirnya aku nampak seketul bas bewarna merah sedang memandu dan nampaknya sedang marah mendekati kami.

Dengan rasa lega, aku menghayunkan tangan ke udara untuk berikan isyarat kepada bas tu untuk berhenti. Seperti yang diharapkan, bas untuk kini terparkir elok di hadapan perhenti bas kami.

Pintu perlahan-lahan terbuka sekali drngan bunyi decitan daripadanya. Aku merangkul beg aku dan melompat nasuk ke dalam bas. Jaemin juga mengikuti aku daripada belakang.

Wang not berjumlah 10 won diberikan kepada pemandu bas. Pemandu bas menyambut ia sebelum wang tadi dimasukkan ke dalam beg.

Setelah selesai membuat pembayaran, aku segera mengambil tempat duduk aku. Hijab aku yang nampaknya lari dari posisi aku terus betulkan dengan bantuan cermin di tepi aku.

Beg diletakkan di atas betis dan aku duduk dengan tertibnya. Beberapa saat kemudian, Jaemin hadir ke tempat duduk aku bersama beg yang dibawa.

Tanganku segera dikeluarkan bagi menghalangnya duduk di sebelah aku. HARAM WEH HARAM!

"eh? Kenapa awak tak bagi saya duduk?" Soal Jaemin dengan kerutan di dahi. Haih jantan yang menjadi bahan kepada dare aku. Sabar jelah!

"Kuta bukan mahram! Shuh pergi tempat lain!" bentak ku dengan geram sambil tangan ku dihayunkan menyuruh Jaemin untuk blah.

Dia masih lagi tidak berganjak dari tempat berdirinya.

"Kau nak apa lagi?" soal aku yang masih geram dengannya.

"Mahram tu.. Batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan kan?" soal Jaemin lagi.

"Yerrr... Dah pergi cari tempat lain" jawabku malas. Dia hanya membalas dengan anggukkan sebelum beredar ke tempat lain.

Tetapi ia tak lama apabila dia kembali mendekati aku. Ya allah terkejut aku.

"Apa lagi?" soal aku marah dek kerana tindakannya yang membuatkan aku kena serangan jantung.

"Kalau saya nikah dengan awak.. Kita boleh pegang tangan kan lepas ni?.. Hehe.. Saya akan cuba halalkan awak HAHAHAHA!" Dia mula berdekah jahat.

Clup!

Pipi aku memerah macam tomato. Jap! Asal aku blushing?

Oh ya.. Aku tak pernah pun rasa dipikat oleh namja lain sebelum ni... Dasar MENTADAK!

Please Excuse Me - Jaemin (C)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ