❨ 53.00 ❩

381 62 2
                                    

"Sampai pun rumah" Beg Jaemin diraih seraya dia keluar dari perut kereta. Rumah banglonya dipandang sekilas. Kereta dikunci menggunakan butang automatik.

Baru sahaja satu langkah dibuka, tiba-tiba dia terdengar bunyi deringan telefon. Telefon ditarik keluar daripada poket. mesej yang masuk ditekan.

"Jisung?"

Jisung Hanat ✧

Woi aku balik rumah mak aku tau. Jaga diri.. Jangan lupa bernafas.

K

Telefon dimasukkan semula ke dalam poket seluar slack. Dia meneruskan perjalanan masuk ke dalam rumah. Tombol pintu dipulas. Betapa terkejutnya dia apabila pintu rumahnya tidak dikunci sama sekali.

"Aik?" dia meneruskan kuak. Langkah disusun masuk ke dalam rumah. Terbeliak matanya apabila melihat keadaan rumahnya serupa dibadai ribut. Beg diletakkan di lantai.

Dia berlari mendekati taburan buku-buku yang jatuh dari rak. Satu per satu naskah buku dikutip dan disusun semula di atas rak.

Setelah selesai, dia menuju ke dapur. Syukur, tiada apa yang bersepah dan jatuh. Tetapi, matanya tertancap pada sekeping nota yang ditinggalkan di atas meja makan.

Nota itu diambil dan kemudian dia membaca setiap calitan tulisan yang terdapat pada nota tu.

Weh. Aku balik rumah aku dengan buku tebal kau. Apa tah nama dia. Tapi dia warna ungu pastu ada tulisan arab kat situ. Aku nak buat sesuatu dengan dia. HAHAHAHAHA. Cuba lah cari aku. Kau tak tahu rumah mak aku kat mana. Bijak kan?

-Jisung

Nota itu digenggam erat. Kertas kecil itu direnyukkan sebelum ia dikoyak dan dicampakkan ke lantai. Wajah yang putih berubah merah dek kerana marah.

Tangan dikepal menjadi penumbuk. Perasaan marah semakin mendidih di dalam hati. Jikalau Jisung di hadapannya, sudah pasti lelaki tu akan menjadi santapannya di malam hari.

"Kau tunggu Jisung!" Jaemin terus berjalan masuk ke dalam bilik dan mempersiapkan diri menghadap 'syaitan' yang bertopengkan manusia.

Telefon nya dikeluarkan daripada poket. Nombor Nana didail seraya dia memasukkan beberapa item di dalam beg.

"Hello?"

"Erm.. Nana.. Awak oky tak?"

"Lepas dengar pesanan awak. Saya okay lah sikit. Kenapa?"

"Boleh tak awak ikut saya malam ni?"

"Ermm.. Boleh tapi sekejap! Saya nak tengok jadual"

"Ok"

• ✧°.○beberapa minit kemudian○.°✧ •

"Esok saya free"

"Okay. Bersiap cepat. Saya akan jemput dekat rumah awak"

❀❀❀❀

Pertengahan and Klimaks?

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now