❨ 65.00 ❩

464 61 2
                                    

Nana terdiam seribu bahasa. Susuk tubuh Zico yang kini tertiarap dan tidak sedarkan diri tu dipandang dengan rasa takut.

Matanya dilirikkan ke arah sisi belakang Jisung. Jisung sedang melakukan suatu kerja yang tidak diketahui olehnya.

Kepulan-kepulan asap terpancul keluar dari tempat di mana Jisung berada. Bau kimia yang menyusup masuk ke dalam hidung memaksa diri Nana untuk menahan nafas.

Asap kepulan mulai berkurang. Jisung memusingkan tubuhnya menghadap Nana. Mata Nana terbeliak terkejut apabila nampak kesan robekan pada bahagian mulut Jisung.

Langkah perlahan diatur menuju ke srah gadis berhijab tu. Tangan yamg sudah disarungkan kain tu memegang sebuah periuk yang berisi suatu bahan di dalamnya.

Senyuman yang menyeramkan terukir pada bibir Jisung. Tiba-tiba langkahnya terhenti pada susuk Zico yang tidak sedarkan diri.

Nana mengerutkan dahi. Tidak faham akan motif sebenar Jisung. Air muka kelirunya berubah cemas setelah bahan asing di dalam periuk tu dituangkan ke atas zico.

"HEI! APA KAU BUAT NI! JANGAN APA-APAKAN DIA! DIA TAK BERDOSA!!" Jerit Nana memaksa Jisung untuk menghentikan perbuatannya.

Tetapi, jeritan tu tidak berkesan pada si hati kering. Tuangan tu menumpahi badan Zico dan hampir keseluruhan badan zico dibasahi dengan cecair tu.

Setelah cecair habis dituang. Periuk tu terus dicampak ke tepi. Badan Zico yang tertiarap ditukarkan posisi kepada baring terlentang.

Lebihan cecair yang meleleh di lantai diambil menggunakan tangan yang ditutup kain. Cecair tersebut disapu rakus pada bahagian hadapan Zico.

"YA ALLAH! STAPH IT! FVCK! DASAR VAVI!"

Bentak Nana dengam lebih lantang tetapi sedikit pun tidak memberi kesan kepada Jisung. Jisung masih membisu. Diri Nana yang memberontak tu langsung tidak dihiraukan.

Tubuh kaku Zico diangkat dan kemudian dibawa keluar dari bilik yang diduduki Nana.

Air mata ketakutan semakin deras mengalir ke pipi. Hidung memerah kerana selsema. Wajah kuyu seakan seseorang yang bekerja dua hari tanpa henti. Tangan berasa berbirat setelah diikat ketat selama beberapa hari.

"Ya allah. Kau bantulah aku ya allah. Kau lindungilah aku. "

Kata Nana meminta pertolongan dan perlindungan. Dia hanya insan yang biasa. Apa yang mampu dilakukan adalah berdoa dan berharap agar dia dapat menemukan lagi hari esok.

------

Huhu.. Thanks for support and now PEM have 600+ readers 💜

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now