[ ✿ ] - EPILOGUE

698 73 49
                                    

"Macam mana dengan keadaan dia doktor?"

Sebuah suara lunak memecahkan kesunyian di dalam kegelapan aku. Kelopak mata ingin diangkat tetap ia seakan melekat dengan sesuatu.

"Dia kini dalam keadaan stabil. Mujurlah, peluru yang masuk ke dalam badannya tu hampir kena jantung. Kalau tak, kita berserah pada takdir jelah"

Balas seorang lelaki dengan tenangnya. Kelopak mata dipaksa lagi untuk bergerak. Akhirnya, paksaan aku membuahkan hasil.

Perlahan-lahan mata aku terbukak. Baru saja sebahagian kecil ruang mata aku terbuka, terdapat sebaris cahaya putih menusup masuk ke dalam mata.

Terus kerutan dahi terbentuk. Kelopak mata terus dipaksa terbukak. Jari jemari aku bergerak perlahan.

"Eh? Doktor? Jaemin dah sedar?"

"OMO?!

Suara itu lah yang menusup ke telingaku sebelum kedua mata aku terbukak luas sepenuhnya. Perkara yang menjadi tumpuan aku adalah permukaan syiling bewarna putih beserta cahaya yang menerangi ruangan tu.

"Ugh.." bunyi tu je dapat aku hasilkan memandangkan keadaan aku separa sedar dan perlahan-lahan ia menjadi penuh.

"Nana.. Saya kat mana ni?" soalan pertama terpancul keluar dari mulut.

"Hospital Jaemin. Awak ditembak. Awak lupa ke?" satu anggukkan diberikan kepada nya sebagai tanda kejadian tu masih segar di ingatan.

"Tapi, mujurlah awak selamat." katanya seraya melabuhkan punggung di atas sofa. Doktor lelaki yang berdiri sebelah aku terus meraih tangan aku.

Tanganku diraba sekilas sebelum dia berhenti pada hujung pergelangan tangan. Tangannya menekan sedikit tempat tu. Mungkin nak periksa nadi gamaknya.

Selepas tu, dia menanggalkan stateskop yang melingkar di lehernya. Stateskop diletakkan pada bahagian jantung aku.

"Auch!" bahagian jantung aku tiba-tiba terasa pedih. Mungkin disebabkan kesan tembakan itu. Tapi, doktor tu langsung mengabaikan aduhan aku tadi.

Stateskop dijarakkan dari dada dan kemudian ditanggalkan dari telinga. Dia melepaskan sehelai nafas sebelum membuka mulutnya untuk berbicara.

"Baiklah, awak kini dah stabil. Dalam seminggu ni awak dah boleh keluar" katanya sebelum mula membuka langkah untuk keluar dari wad.

Apabila dirinya sudah keluar dari wad, tangan dihayunkan meminta Nana untuk kemari. Nana akur dan duduk di sebelah aku.

"Kenapa?" soal Nana dengan kedua tangannya menongkat dagu.

"Dah berapa lama saya koma?" soalan yang terbuku di hati dilisankan kepadanya.

"Tiga minggu?"

"Whatta!" aku terkejut apabila mendengar khabar tersebut. Bapak ah!

Tiba-tiba pintu wad dirempuh seseorang. Ianya...... Zico?

"Z-zaki?" perasaan hairan datang menyinggah. Zaki atau lebih tepat lagi abang aku yang berdiri di hadapan pintu terus berlari dan mendakap diriku.

"My saeng. I miss you!"
(Saeng = adik)

Aku hanya duduk diam sambil memikirkan ayat Jisung tempoh hari.

"Bukan kau dah..."

"Mati? Hahaha manade.. Sebenarnya kan. Aku tak membeku pun masa dalam rexin exposy tu. Cuma, aku macam terpangkap dalam keranda lah. Alhamdulillah, ada polis datang kat bilik tu dan bawak aku keluar dan cuba keluarkan aku dari bahan kimia tu."

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now