[ ✿ ] - LAST EPISODE

632 76 22
                                    

Bangunan usang yang berupa gudang tu aku lihat daripada rumpunan semak. Badan dipusingkan ke belakang. Kesemua polis yang sudah bersedia dengan senjata dipandang satu per satu.

"Macam yang saya cakapkan ya. Nak ekori jangan sampai musuh nampak" ujarku lembut. Kesemua mereka menanggukkan kepala.

Nafas dihela cuba meredakan ketakutan. Bimbang jikalau rancangan yang sudah kemas disusun rosak begitu sahaja.

Langkah terhinjut dibuka dan aku menyelinap masuk ke dalam gudang tu melalui pintu masuk yang sudah nazak dan hampir tercabut.

Sejurus diriku berjaya masuk, suasana yang aku alami adalah sunyi sepi. Kesemua ruangan di dalam gudang tu kosong dan gelap.

Jadi kenalah berhati-hati sikit. Langlah diatur terjengket-jengket. Diriku terus mara menuju ke hadapan dan cuba mencari di mana lokasi keberadaan Nana di dalam gelap.

Sedang ku berjalan, tiba-tiba aku berasa seakan seseorang berdiri di belakang aku. Langkah terus terhenti. Diri kaku di tengah jalan untuk beberapa detik.

Kepala baru sahaja ingin dipusingkan ke belakang tapi orang di belakang bergerak terlebih dahulu. Mulut ditekup kuat menggunakan kain.

Pistol yang dipegang terhempas jatuh ke atas lantai. Diri meronta-ronta cuba meloloskan diri akan tetapi rentapannya jauh lebih muat dari rontakan aku.

Secara tiba-tiba, tubuhku perlahan-lahan berasa longlai dan lemah. Mata berasa lesu dan ngantuk. Genggaman tangan pada lengan terlepas dengan sendiri.

Pacaindera aku menjadi samar-samar sebelum semuanya menjadi gelap.

------

"Ugh.." kelopak mata perlahan-lahan terbuka. Jaemin bingung dengan lokasi yang dia berada sekarang. Sunyi , malap dan banyak barangan seperti kotak berselerakan di sekitarnya.

Jaemin mencuba untuk bergerak namun gagal. Dirinya seakan terpaut dengan suatu. Terus pandangannya diturunkan ke bawah. Terkejut dirinya tika badannya yang berbelit dengan tali.

Cubaan demi cubaan dibuat bagi dirinya meloloskan diri namun hasilnya hanyalah letih dan kesakitan. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyu seakan seseorang sedang menangis.

Kepala ditoleh ke arah kiri di mana ianya arah bunyi itu datang. Mata dikecilkan bagi menjelaskan lagi pandangannya ke arah seorang gadis yang teriktat pada tiang yang lain..

Mata terbeliak apabila mendapati bahawa gadis itu ialah Nana. Insan yang diculik Jisung untuk dijadikan tebusan.

"Na-" panggilannya terhenti setelah terdengar bunyi derapan tapak kaki yang seakan menuju ke arah dirinya. Kepala ditoleh ke arah hadapan pulak. Kelihatan susuk tubuh lelaki yang tinggi sedang berjalan perlahan ke arahnya. Bersama sebatang kayu besbol di tangan.

Dirinya cuba berundur tetapi tiang yang mengikat dirinya berjaya mengunci pergerakannya.

"Urgh!" Jaemin mengerang geram. Dirinya terus meronta-ronta. Tali yang berbelit cuba diputuskan dengan gigitan dan tarikan tetapi cubaannya tidak membuahkan hasil.

Rontakannya terhenti setelah lelaki tadi sudah tegak di hadapannya. Iris matanya tidak lepas dari memandang wajah Jisung yang sudah berobek pada bahagian mulutnya.

Kayu besbol dijadikan sebagai tingkat. Senyuman yang mengerikan ditunjukkan kepada Jaemin. Lelaki tu membalas dengan jelingan menjengkelkan.

"Apa kau nak Jisung?" soal Jaemin tenang dan cuba untuk mengelak dirinya dari memandang Jisung. Jisung mencampak kayu besbol ke tepi.

Dirinya mara ke hadapan dan Kemudian dia duduk bertenggong di hadapan Jaemin. Dagu Jaemin terus dicengkam kasar. Wajah ditarik memaksa Jaemin melirikkan mata ke arahnya.

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now