❨ 59.00 ❩

383 58 14
                                    

"Nampaknya hari ni kena lah kerja sengsorang. Nak ajak Nana kang dia ada kuliah plak. Haih. Oh ya. Bila dia konvo eh?" Jaemin bercakap seorang diri sambil dirinya disarungkan dengan kemeja putih.

Kemeja dibutang dengan kemas. Tali pinggang mengikat seluar slacknya. Penampilannya yang kemas dilihat melalui cermin. Satu senyuman puas diberikan kepada dirinya.

Langkah dibuka menuju ke tingkat bawah dan seterusnya menuju ke halaman rumah di mana surat khabar dicampakkan ke situ.

Gulungan surat khabar tu dibuka. Berita yang berada di muka hadapan menarik perhatiannya. Namun, tak la kemudian, matanya terbeliak dek kerana terkejut.

KEMALANGAN LEBUH RAYA!!!

✤ pada **/**/****, sebuah kemalangan terjadi di kilometer 34 lebuhraya Gyeongbu. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 3 pagi. Ianya berpunca daripada sebuah kereta yang secara tidak sengaja melawan arus dan bertembung dengan sebuah lori yang membawa bekalan ikan.

Hasil soal siasat mendapati pemandu lori itu sedang membawa beberapa kontena ikan ke Daegu untuk dipasarkan. Dia mengatakan bahawa kereta tersebut memasuki laluannya dan tidak mengelak sama sekali.

Tiada kematian dan kecederaan direkodkan. Namun, pemandu kereta terbabit tidak ditemui setelah polis sampai ke tempat kejadian.

Sebuah jentera bomba digunakan bagi menarik keluar kereta yang dikatakan terbabas dan masuk ke dalam gaung.

Hasil siasat menemui beberapa dokumen peribadi pemandu terbabit.  Pemandu tersebut bernama Park Ji Sung. Hasil pencarian pemandu kereta terbabit masih giat dijalankan.

Kes disasat mengikut seksyen 45 akta pengangkutan jalan 1987 kerana memandu secara melulu.

© Morning Korean

Akhbar yang dipegang terjatuh ke tanah. Mata termenung jauh memikirkan nama yang disebutkan di dalam akhbar terbabit.

"Kalau dia hidup.. Maknanya.... Dia boleh ancam sesapa je. Dia.. Psiko?"

-----

Puntung rokok diletakkan pada bekas abu. Bibir yang memerah dengan gincu dijilat halus. Rasa manis yang tercalit pada bibir cukup menenangkan hati aku.

Akhbar itu diletakkan di atas meja berkaca bewarna hitam. Kasut tumit berjalan menggigit lantai. Senyuman sinis terukir di bibir.

"Heh. Plan 1 bermula. Pandai kau Jisung. Hurm 😏"

❀❀❀❀

Hurm...

cheeseupingu sophearrose Yomiyom- Ann_Darl Lilix1012 youralpaca starryjee

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now