BAB 2: KEHIDUPAN BARU & RAKAN BARU

567 13 1
                                    

Setelah Lisa dengan ibubapanya menyusun barangnya, mereka akan bertolak balik ke rumah...

" Mak berharap kamu menjadi budak yang baik hati & banyakkan belajar benda-benda yang baru" kata Puan Lunar sambil memeluk anak gadis tunggalnya. Lisa hanya tersenyum lalu mengangguk.

" Sayang janganlah bimbang, anak kita pasti akan berjaya, betul tak?" Kata Encik Lukas sambil mengusap kepala anak gadis tunggalnya.

" Mak dengan ayah janganlah risau, sayakan sudah besar, saya berjanji akan jadi budak yang baik & belajar sesuatu perkara yang baru" kata Lisa sambil memeluk kedua ibubapanya.

" Baiklah, mak dengan ayah balik dahulu,ya. Kalau ada apa-apa, telefon ya...." Ucap Encik Lukas.

Tidak lama kemudian, Encik Lukas & Puan Lunar menaiki kereta & pulang ke rumah. Lisa melambaikan tangannya kepada ibubapanya. Lisa terus ke dalam dorm asramanya. Setelah selesai aktiviti gotong-royong, selepas mandi, Lisa mengambil baju kotornya, tiba-tiba ada seseorang menepuk bahunya, Lisa menoleh.

"Hai, awak mesti Lisa daripada kelas tingkatan 4-A, betul tak?" Tiba-tiba, ada seseorang menegur Lisa, Lisa hanya tersenyum lalu mengangguk sahaja.

" Nama akak, Annabelle Frank, panggil sahaja akak Bell, akak merupakan kakak dorm kamu & ini roommate kamu, Zera, Rei, Tiana & yang sedang bermain game itu, Marina Thomas panggil aje Kak Marie, kalau ada apa-apa cari sahaja kami,ya." Kata Annabelle sambil tersenyum. Lisa hanya mengangguk.

" Oh, kamu nak basuh baju,ya? Jangan risau, akak ada.... Jom, sambil membasuh kita berborak" ucap Annabelle.

( Di bilik basuh Blok K)

Kelihatan Annabelle & Lisa sedang membasuh baju kotor.

" Kak, Lisa nak tanya boleh?" Ucap Lisa sambil memandang Annabelle.

" Boleh, tanyalah. " Kata Annabelle.

" Akak dah bersekolah kat sini berapa tahun?" Kata Lisa.

" Oh... Selama 2 tahun, akak masuk kat asrama ni pada tahun 2019 lagi, tahun ni akak last and satu lagi, akak ada nak cakap sesuatu" kata Annabelle.

Reaksi muka Annabelle pada mulanya fokus membasuh baju kotor tiba-tiba menjadi serius. Lisa kehairanan.

" Kalau kamu nak tahu, ada orang pernah ternampak 'benda', dia akan berkeliaran pada jam 12 tengah malam. Cikgu kata, dahulu ada seorang pelajar perempuan pernah bersekolah disini, dia tiada kawan, dia sentiasa kesunyian, tapi ramai cikgu sukakan dia kerana dia adalah pelajar yang baik hati & sentiasa belajar, tetapi malang tidak berbau kepada perempuan itu, dia dibunuh kejam di dalam tandas perempuan Blok Y, tapi satu kejadian aneh berlaku kerana sesiapa masuk tandas kat Blok Y, akan mendengar lagu yang sedih...." Kata Annabelle, Lisa hanya berdiam diri sahaja.

" Jadi, selalukah akak kena kacau?" Kata Lisa sambil memandang Annabelle.

" Tak, hanya orang yang selalu seorang diri sahaja 'benda' tu ganggu. Jom kita balik dorm, dah pukul 11 ni" ucap Annabelle.

Pukul 12:00 tengah malam...

" Alamak, time macam inilah nak ke tandas!!!!!" Ucap Lisa sambil menurun tangga katilnya. Dia mengejut semua orang di dalam dorm untuk menemaninya namun masing-masing tertidur lena. Lisa terpaksa ke tandas dengan seorang diri. Selesai Lisa membuang air kecil, tiba-tiba, dia ternampak ada tandas yang diceritakan oleh Annabelle, Lisa mencuba memberanikan diri untuk ke sana.

" Inikah tandas yang berhantu dikatakan oleh Kak Bell?" Lisa berkata di dalam hatinya, dia membuka pintu tersebut. Kelihatan tandas Blok Y sudah lama tidak digunakan.

" Helo, kalau 'awak' ada di sini, jawablah..." Ucap Lisa.

Baru sahaja dia ingin menutup pintu, tiba-tiba ada bunyi tangisan, Lisa terus berlari.

" Aku berharap itu angan-angan aku saja..." kata Lisa lalu mencuba memejamkan matanya. Tiba-tiba, terdengar bunyi tapak kaki. Kemudian, bunyi ketawa. Lisa memberanikan diri untuk keluar melihat.

Bersambung....

KISAH MISTERI HANTU ASRAMA Where stories live. Discover now