BAB 8: BILIK STOR TERBIAR

339 10 0
                                    

Pada waktu malam pukul 11 malam, di Bilik Penyiaran....

" Haish.... Kenakah kita selalu berkumpul kat bilik penyiaran ni?" rungut Lincoln Krige. Lelaki memakai jaket berwarna hitam dan berambut hitam dan orang kanan.

" Ish, kau ni. Tak reti nak berdiam ke?" balas Frederick Samuel, kekasih kepada Sienna.

" Entahnya, nanti cikgu atau warden dapat tahu kita kat sini, matilah." balas Jayden Sackville-Bagged, kekasih kepada Aria.

" Lagipun, kita sudahlah dah banyak membazirkan masa kat sini. Asyik sebarkan khabar angin aje selama 24 jam" balas Lincoln lagi.

" Hei,Hei! Apa yang kecoh-kecoh ni?"

Mereka bertiga berpaling ke arah suara mereka kenali, rupanya Sienna dan Aria.

" Ah! Aria, Sienna! Maaf sebab bising..." Frederick meminta maaf kepada dua gadis itu.

" Takpe, kami tahu yang si Lincoln bosan sebab kita asyik kat sini" balas Sienna.

" Kalau kau tak nak, baik kau berhenti aje daripada kau sertai kumpulan kitaorang" Aria memberi amaran kepada Lincoln. Lincoln hanya berdiam diri.

" Enough semua, Kita takde masa untuk bergaduh, betul tak, Lucy?" Sienna memandang ke arah Lucy yang sedang membakar sesuatu.

" Heh, betul tu.... Misi kali ni jugak agak penting" balas Lucy, hantu yang sudah mati sejak tiga tahun lagi akibat dibunuh.

" Lagipun, aku ada berita yang sangat baik" Sienna mula menukar topik membuatkan empat ahli kumpulannya memandang ke arahnya.

" Apa maksud kau?" Lincoln bertanya.

" Aku ada mendapat informasi iaitu kumpulan 5 Paranormal Girls dah mula nak siasat tentang kes Dua puluh dua misteri" lebar Sienna.

Semua terbeliak....

" 5 Paranormal Girls? Siapa tu?" Lincoln mula hairan.

" Mereka merupakan lima sekawan budak perempuan yang di kelas 4-A, satu kelas dengan Aria, dia bernama Coraline, gadis berkaca mata dan bijak dalam akademik, dia sentiasa ke perpustakaan untuk meminjam dan membaca buku di sana, aku ada terperasan ada sesuatu tak kena" lebar Sienna.

" Maksud kau....?" Lincoln mula berbuka mulut, Sienna tersenyum jahat.

" Ya, menyelinap..... Begini kisahnya...." Sienna mula menceritakan.

Flashback, hari Isnin, pukul 2:00 petang, di Perpustakaan....

Coraline sedang menyusun buku-buku yang baru dipinjam oleh beberapa orang pelajar, setelah selesai menyusun beberapa buah buku, tiba-tiba dia terjumpa sebuah buku bertajuk'KISAH DUA PULUH DUA MISTERI', Coraline mengambil buku itu dan membaca satu-persatu helaian sambil berjalan, sedang dia asyik membaca sambil berjalan, tiba-tiba tanpa dia sedar, ada meja di hadapannnya lalu dia terlanggar meja yang ada beberapa buah buku dan beberapa buah buku yang berhampiran dengan meja itu terjatuh.

" Alamak, aduh! Habislah aku!!!" Coraline mula panik.

Coraline mula mengambil dan menyusun semula buku-buku itu, tiba-tiba ada seseorang sedang menolongnya untuk menyusun buku-buku itu.

" Ah, terima...."

Kata-kata Coraline tersekat kerana memandang ke arah seorang gadis perempuan yang sangat cantik dan berambut putih serta gadis itu memakai baju sekolah berwarna hitam berserta dengan blazer,gadis itu juga kelihatan serius dari mukanya.

"..... kasih." balas Coraline dengan penuh tanda tanya di dalam fikirannya.

" Hai" singkat Sienna.

KISAH MISTERI HANTU ASRAMA Where stories live. Discover now