BAB 5: TANGGA HAKUMANA (BAHAGIAN 1)

457 12 3
                                    

Lagu: The Promised Neverland
(Sila mendengar untuk memahami)

Keesokan paginya....

" APA?!! KAMU BERDUA NI BIAR BETUL?!!" Kata lima sekawan kepada Christina, kawan baik kepada ketua kelas mereka,Clynthia, dan Levi, adik kembar seiras kepada Lexx. Dua rakan sekelas mereka menggangguk kerana dua orang rakannya hilang daripada semalam.

" Betul, Thia kata sekejap aje nak hantar buku latihan sejarah pada Cikgu Norman namun dia hilang dalam sekelip mata saja, saya cuba hubungi dia tapi tak dapat, saya memberitahu pada Cikgu Shirley tapi cikgu cakap " Clynthia? Siapa tu? Dalam kelab saya tiada orang yang bernama Clynthia", saya menghubungi keluarga Clynthia, saya ingatkan Clynthia tak datang sebab sakit rupanya tidak sebab ibu Clynthia cakap benda yang sama macam Cikgu Shirley, ibu dia kata, " Clynthia? Maaf, mungkin awak salah nama, dalam keluarga kami tiada orang yang bernama Clynthia". Kata Christina dengan lebar.

" Abang Lexx kata pada saya semalam dia cakap sekejap aje nak ke bilik kelab sukan sekejap tapi dia tak datang-datang lagi, saya memberitahu pada cikgu tapi cikgu cakap benda yang sama seperti Christina katakan, "Lexx? Siapa Lexx?", Saya bertanya kepada kawan besbol abang saya tapi mereka cakap," maaf, kami tak pernah dengar kawan kelab kami bernama Lexx". Kata Levi, dia ingin menangis kerana abang kembarnya menghilang sekelip mata.

Lisa memegang dagunya lagak seperti seorang detektif kemudian dia bertanya,

" Pukul berapa mereka menghilang?" Tanya Lisa.

" Pukul 3 petang." Cakap Lexx dan Christina dengan serentak, mereka berlima sekawan terkejut. Mereka yakin ada kena-mengena.

" Kat mana mereka menghilang?" Ujar Penny.

" Tangga disebelah Bilik Seni tingkat 1" ujar Lexx dan Christina.

" Hei, apa yang kamu bertujuh berbincangkan ni? Sekarang kelas Pendidikan Jasmani Kesihatan, cepatlah tukar baju" ujar Harold, presiden kelas 4-A kepada tujuh sekawan itu. Mereka tujuh sekawan itu menggangguk dan kelam-kabut untuk ke bilik salinan pakaian.

Di bilik salinan perempuan...

" Hei, kamu berempat tak rasa pelikkah sebab ada beberapa ramai kawan kita dan kelas lain menghilang?" Ujar Felicia sedang mengikat rambutnya.

" Mestilah pelik, sebab aku rasa mesti 'dia' dah bertindak seperti dikatakan oleh Melynna." Ujar Penny, sambil membetulkan seluar pendek sukannya.

" Aku rasa.... Petang ni lepas habis sekolah kita berjumpa Melynna sebab dia pasti tahu." Ujar Lisa.

" Sudah, jom ki-"

BUKKK!!!!

Kata-kata Rose tersekat kerana terlanggar seseorang, orang itu berambut hitam seperti kali pertama mereka pernah berjumpa di dalam kelas.

" Ah, maaf. Awak tak apa-apa? Mari saya tolong awak." Kata Rose dengan lembut namun perempuan itu berdiri sendiri tanpa memegang tangan Rose. Dia terus beredar.

" Cis, apalah! Orang dah minta maaf dan nak menolong terus lari camtu aje!" Ujar Penny dengan geram, Rose menenangkannya.

" Sudahlah, salah aku juga sebab tak berhati-hati tadi. Mari kita pergi. Mesti kawan-kawan kita dah tunggu." Ujar Rose, mereka empat sekawan menggangguk tanda setuju.

Selepas tamat sesi sekolah....

(Di tandas perempuan blok Y)

" Huh, kawan-kawan korang hilang?"ujar Melynna. Mereka berlima sekawan mengangguk.

" Memang betul tekaan aku.... Dia dah buat sesuatu yang tak patut...." Ujar Melynna.

" A... Adakah mereka akan selamat?" Ujar Rose.

KISAH MISTERI HANTU ASRAMA Where stories live. Discover now