BAB 11: KELAS 5-D

331 6 0
                                    

"Hye, kamu semua! Maaf aku lambat!"

Lisa, Felicia, Rose dan Penny menoleh ke arah seorang kawan mereka yang memakai kaca mata itu.

" Tak mengapa, lagi 5 minit lagi kelas nak bermula.lagipun,kami semua tahu awak ni pengawas." balas Rose.

" Dah,jom masuk kelas." Lisa mula membuka langkah.

Mereka berlima sekawan pun memasuki kelas 4-A.

"Ah, alamak. Buku teks Sejarah tertinggal kat dorm pulak." desis Felicia.

" Baiklah kelas, sila buka buku teks Sejarah, mukasurat 190, kemudian gunakan pensel ataupun highlighter untuk menulis apa isi kandungan yang paling penting sahaja dan salin pada buku nota kamu. Jika takde buku teks, sila ke pejabat guru yang berhampiran sebelah kanan bilik makmal komputer blok A itu atau pinjam daripada rakan yang ada buku teks itu." lebar Cikgu Norman.

Coraline terperasan bahawa tingkah laku Felicia seperti ada masalah, Coraline menghampiri di meja Felicia.

" Nah, awak pinjamlah. Takpe, aku ada dua buku teks Sejarah." Coraline menyerahkan buku teks Sejarah itu kepada Felicia.

"Ah, terima kasih, Coraline. Maaf kalau menyusahkan awak." Felicia memohon maaf.

Coraline hanya tersenyum.

Tamat kelas Sejarah...

" Nah, Coraline. Terima kasih sebab bagi aku pinjamkan buku teks Sejarah kau ni. Maaflah agak menyusahkan kau." Felicia menyerah semula buku teks Sejarah itu kepada Coraline.

" Tak apa,kitakan kawan. Kawan kenalah sentiasa saling membantu."balas Coraline dengan senyum.

Waktu rehat pukul 10:00 pagi, di bumbung sekolah.....

" Haih..... Bilalah kes Dua Puluh Dua Misteri ini nak selesai...." Felicia mengeluh sambil makan pau coklat dan jus limau.

" Sabarlah, lagi enam belas misteri lagi perlu diselesaikan.... Bukannya seratus atau sejuta kita perlu selesaikan."balas Rose dengan lembut sambil makan pork bowl dan air mocha.

" Aku dengar khabar angin yang kelas 5-D tu berhantu dan akan mula pada pukul 12 tengah malam." Lisa mulakan perbualan sambil mengunyah nasi goreng telur mata.

" Aku berharap lepas kita dah selesaikan kes Dua Puluh Dua misteri ni, Kita akan mulakan misteri baru iaitu Mel." lebar Coraline dengan penuh keyakinan sambil menggigit creampuff berperisa strawberi.

"Ha'ah,betul. Aku setuju tu."balas Penny sambil mengunyah nasi goreng kampung dan minum air mineral biasa.

" Betul tu sebab Melynna macam ada simpan sesuatu yang tak kena daripada pengetahuan kita. Mesti dia pernah bersekolah disini dan salah seorang daripada pelajar atau guru tahu tentang kejadian tiga tahun yang lalu...."lebar Lisa.

Pada malam pukul 12 tengah malam, mereka masuk ke dalam sekolah dengan berhati-hati....

" Hmmmm.... Takde sesiapa yang berani nak berkeliaran. Balik kat pondoklah...." Encik Keith terus beredar.

Sebaik sahaja Encik Keith sudah beredar daripada bangunan asrama dan bangunan sekolah, tanpa disedari oleh Encik Keith bahawa ada enam bayangan hitam sedang memecah masuk ke bangunan sekolah.

" Dah ada barangan yang diperlukan?" Melynna bertanya kepada Lisa,Coraline, Felicia, Rose dan Penny.

"Dah, siap sedia."balas Lisa, Coraline, Felicia, Rose dan Penny

"Bagus,jom."

Maka mereka mula meronda satu kelas dengan berpecah iaitu dua orang pergi di setiap satu kelas.

KISAH MISTERI HANTU ASRAMA Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt