BAB 25: PIANO PUAKA

121 3 0
                                    

Pada malam yang sangat dingin, ada dua pelajar lelaki yang sedang mencuri masuk ke dalam kelas 4-K.

"Cepatlah sikit sebab aku rasa seram ni..."rungut Abraham.

"Sabarlah, aku tengah cari buku latihan add math aku ni."balas Jorge.

"Okey, jom."

Mereka berdua pun bergegas untuk ke Aspura dan tiba-tiba ada bunyi piano dari bilik muzik.

"S..... Siapa yang main piano pada waktu malam camni....?"desis Abraham.

"Aku rasa, baik kita pergi."cadang Jorge.

Abraham menggeleng.

"Apsal kau geleng?"tanya Jorge.

"Baik kita intai sikit."cadang Abraham.

"Kau gilakah? Sebab ada khabar angin mengatakan ada seorang pelajar lelaki yang pandai main piano dan dia mati sebab bunuh diri."marah Jorge.

"Eleh... Kau ni penakutlah sebab percaya sangat ngan benda tahayul tu."ejek Jorge.

Tiba-tiba, lembaga itu terus meluru kearah Jorge dan Abraham.

"AAAARGHHHH!!!!!!"

Jorge dan Abraham terus lari menyelamatkan diri.

Pada pagi Selasa yang cerah, subjek Bahasa Melayu....

"Okey, sampai disini sajalah kelas kita untuk hari ini, jangan lupa ulangkaji atau mencuba menghafal semua ayat ni dalam bahasa Melayu sebab minggu depan kita akan belajar tentang Komsas pulak."lebar Cikgu Firash.

"Bangun, terima kasih cikgu!!!"

"Terima kasih,cikgu!!!!!!"

"Sama-sama."

Cikgu Firash terus beredar.

Mereka semua di kelas 4-A ada yang sedang rancak berborak, ada yang tidur, ada yang dengar muzik, ada yang ulangkaji, ada yang bermain telefon pintar, ada yang  mengemas kelas dan lain-lain.

"Semalam ada dua orang budak dari kelas 4-K lelaki ternampak hantu kat bilik muzik. Seram pulak aku."menggigil Cynthia.

"Tulahkan.... Siapa suruh pergi menceroboh kat dalam bilik muzik pada malam buta camtu?"menyampuk Christina.

"Aku rasa, kat sekolah ni memang ada kes misteri macam TBHK sebab ada seorang pelajar perempuan yang bernama Yashiro Nene tu nak cari hantu yang boleh tunaikan hajat tapi dia ingatkan 'Hanako-San' tu perempuan padahal tengok-tengok lelaki."lebar Loretta.

"Kau layan anime tu? Dahlah dia hantu pervert dan selalu baca majalah tak senonoh."celah Helena.

Kesemua kelas tingkatan 4-A sedang membuat kerja masing-masing kecuali Lisa, Coraline, Penny, Rose dan Felicia sahaja ingin ke perpustakaan.

"Eh, Liss, Lizzie, Harleenasha, Rossie, Elicia, nak ke mana tu? Rehat pun belum lagi."tanya Colin.

"Oh, kitaorang nak ke perpustakaan sebab nak tolong Cikgu Ernest untuk susunkan buku-buku. Pagi tadi cikgu Ernest suruh kat kitaorang."balas Lisa.

"Okey, pergilah. Sebab lepas ni PJ tapi cikgu PJ kita takde."balas Cynthia.

Lisa, Felicia, Rose, Coraline dan Penny terus ke perpustakaan.

"Lis! Pen! Coral! Ros! Licia!"

Mereka berlima sekawan menoleh kebelakang.

"Will! Har! Jos! Ben! Louis!"

Mereka semua terus berlari menuju ke perpustakaan.

"Oh, kamu semua dah sampai rupanya."

Cikgu Ernest kebetulan sedang berlalu ke perpustakaan dan terserempak dengan Lisa serta kawan-kawannya.

KISAH MISTERI HANTU ASRAMA Where stories live. Discover now