BAB 9: POKOK KEBUN LAMA

325 10 0
                                    

" eh, korang ada terdengar apa-apa khabar angin tak harini?" Lisa mula menanya kerana mahu memecahkan kesunyian.

Memandangkan hari ini hari Sabtu, jadi mereka di pondok bacaan.

" Pernah, ada khabar angin kes Misteri Nombor Empat, Pokok Kebun Lama. Khabar angin mengatakan bahawa sesiapa yang berani melalui kat kebun belakang sekolah tu, pokok tu akan menyerang atau menangkap sesiapa aje yang berani lalu atau ceroboh" balas Penny.

" Dan, bukan tu aje, dulu kat sekolah ni ada seorang pekebun yang sangat rajin menanam pokok dan berkebun kat taman sekolah ni, tiba-tiba ada seseorang tu bunuh orang yang pekebun tu dengan menggunakan cangkul. Roh petani tu disumpah kat dalam pokok yang besar dan nak hampir nak tebang" lebar Coraline kerana dia sempat membaca buku ' KISAH DUA PULUH DUA MISTERI'.

" Nampaknya, cam biasa, malam ni kita siasat" cadang Lisa.

" Tapi, kalau ada orang lain tahu ataupun cikgu ke warden ke pak guard tahu kita nak menyelinap, macam mana?" Felicia mula berasa sedikit panik bercampur bersalah.

" Alah, apa susah, Fel. Mel kan ada" sampuk Penny.

" Senang aje kau cakap..." Rose mula berasa sedikit jengkel dengan kata-kata Penny.

" Kita jumpa Mel ajelah.... Habis cerita." Penny mula berasa malas untuk melayan kawan-kawan yang membuat cadangan atau keputusan.

Di Tandas Blok Y, seperti biasa, Melynna sentiasa duduk menghadap tingkap tandasnya kerana dia asyik berfikir sesuatu.

" MEL!!!!!"

Melynna menoleh ke arah suara yang dikenali, iaitu Lisa, Felicia, Rose, Coraline dan Penny. Melynna hanya tersenyum lalu melambaikan tangannya.

" Ya, ada apa-apa? " Melynna bertanya.

" Kitaorang nak tanya, kau ada pernah tak mendengar satu khabar angin Misteri Nombor Empat, Pokok Kebun Lama?" Lisa membalas.

Melynna hanya tersenyum lalu berkata,

" Mestilah ada, lagipun malam ni pukul....."

Kata-kata Melynna terpotong apabila Penny menyampuk.

" Ahh, tak payah nak ingatkan kami, kami tahu yang malam ni cam biasa, tepat pukul dua belas tengah malam ia akan muncul, betul tak?" yakin Penny.

Semua terbeliak kerana kata-kata Penny.

" Pfff......!!!!! AHAHAHAH!!!!!!!"

Mereka berlima sekawan terkejut kerana Melynna tiba-tiba sahaja ketawa terbahak-bahak.

" Hei, Mel. Apa yang lawak sangat?" Penny berasa curiga.

Melynna menarik nafas lalu membalas,

" Tak, salah. Bukan pukul dua belas tengah malam tapi pukul tiga pagi"  Melynna membalas dengan tenang.

" APA?!!" Penny terbeliak.

" Kau ni biar betul, Mel?!! Tiga pagi?!!" Lisa mula tidak percaya.

" Iyelah, betul. Ingat aku ni main-main ke?" Melynna dengan selamba memandang ke arah Lisa dan  yang lain.

" Habislah...." Felicia mula berpatah semangat.

" Matilah...." Rose mula hilang keyakinan.

" Kenapa buat pukul tiga....? Patutnya pukul dua belas....." Penny mula merungut.

Melynna, Coraline dan Lisa hanya bersweatdrop sahaja.

" Janganlah patah hati sesangat, Kita perlu bertahan" balas Coraline.

KISAH MISTERI HANTU ASRAMA Where stories live. Discover now