BAB 24: CERMIN MEMILIH MUKA

126 4 0
                                    

Pada petang Jumaat yang sangat indah, mereka berlima sekawan sedang mengulang kaji pengajaran....

"Errr.... Cora,macamana dengan soalan ni? Cara nak jawab?"tanya Felicia.

"Oh, itu senang sahaja...."balas Coraline.

Coraline menjelaskan formula untuk menjawab soalan yang ditanya oleh Felicia.

"Hmmmm.... Korang, agaknya bila kes ke Dua Puluh daripada Dua Puluh Dua Misteri akan bermula?"tanya Penny sejak dari tadi dia berdiam diri.

Mereka semua tertumpu kepada Penny.

"Entah, mungkin esok lusa atau hari ni ataupun petang?"selamba Lisa.

"Hmmm.... Kalau diikutkan logik, kemungkinan dalam 100 peratus hari ini ia keluar sebab sesiapa aje ke tandas, dia akan ambil muka siapa yang paling lawa daripada dia. Itu pendapat akulah."yakin Coraline.

Semua terdiam seribu bahasa.

"Saya rasa nak ke tandas sebab nak basuh muka sebab saya rasa mengantuk pulak bila study group camni."kata Rose.

"Aku nak ikut sama kau sebab aku nak membasuh tangan aku sebab study sambil makan keropok."selamba Lisa.

"Aku pun sama, sebab aku rasa nak betulkan ikatan rambut aku."jawab Felicia.

"Baik, hati-hati,ya. Jangan lama sangat."arah Coraline.

"Baik."tabik hormat Lisa,Felicia dan Rose.

Di tandas perempuan Blok Y....

Ketika mereka bertiga sedang seronok bergaul, tiba-tiba sahaja lampu berkelip-kelip. Lisa, Felicia dan Rose masing-masing terkejut.

"Wei, korang rasa siapa punya kerja ni?"gelabah Felicia.

"Sa.... Saya rasa.... Saya rasa mungkin Mel saja nak takut-takutkan kita?"jawab Rose.

"Mel.... Mel, kau kah tu? Janganlah buat main-main. Bukannya lawak pun."Lisa mula memberanikan diri.

Tiba-tiba, mereka bertiga merasakan ada sesuatu sedang memegang tangan mereka.

"Fel,Ros, jangan pegang tangan aku."tegas Lisa.

"Eh? Bila masa pulak? Saya tak pegang, sebab saya ingatkan awak atau Fel pegang tangan saya?"jawab Rose.

"Bila masa pulak aku pegang tangan korang berdua?"tanya Felicia.

Lisa, Felicia dan Rose mula merasa takut dan tiba-tiba ada suara daripada cermin.

"Awak bertiga ikut saya....sekarang."

"WAAARRRRGGGGHHHHH!!!!!"

"LISS,ROS,FEL!!!!!"

Mereka sempat menoleh kearah suara yang memanggil nama mereka.

"MEL!!!!"

"PEGANG TANGAN AKU!!!!!"

Melynna ingin mencuba memegang tangan Lisa,Felicia dan Rose namun sudah terlambat. Mereka bertiga kini sudah memasuki ke dalam cermin itu.

"TAK GUNA!!!"geram Melynna.

Melynna segera meminta bantuan.

Sementara itu, di Coraline dan Penny...

"Asal diorang lambat ni?"rungut Penny.

"Sabarlah, mungkin sikit aje lagi diorang nak sampai."jawab Coraline.

"PEN!!!! CORAL!!!!!"

Penny dan Coraline menoleh kearah suara yang memanggil nama mereka.

"Mel!!!!"

KISAH MISTERI HANTU ASRAMA Where stories live. Discover now