BAB 4 : HANTU TANDAS BLOK Y

462 10 1
                                    

Ketika Lisa sedang membasuh baju kotor bersama kakak seniornya, Kak Bell

" Kak Bell, selain " benda" tu kacau akak, apa akak nak buat?" Kata Lisa.

" Eh, kenapa kamu tanya begitu?" Kata Annabelle.

" Sahaja nak tahu sebab saya ni jenis suka paranormal ngan citer seram" Lisa memberitahu kepada Annabelle.

" Oh, kalau begitu.... Kalau akak kena kacau oleh "benda" tu, akak akan menghalau dia dengan menggunakan upacara hantu" kata Annabelle.

" Oh.... Akak tahu tak lagi pasal "benda" tu?" Soal Lisa lagi.

" Baiklah, akak ada satu cerita benar daripada seorang guru tu, perempuan yang pernah bersekolah disini,si 'dia' tak ada seorang pun nak berkawan dengannya namun, Ada seorang tu berkawan dengannya sebab dia dah lama kenalnya, sebab ramai rasa si'dia' tu gila namun si 'dia' langsung tak peduli dengan kata-kata orang-orang yang mengejeknya tu. Sebab si 'dia' lebih fokus untuk teruskan belajar, ramai cikgu kat sekolah ni sukakannya sampailah, ada seorang lelaki tu berminat pada si 'dia' sebab kepandainya, oleh kerana lelaki tu suka kat si 'dia', Ada seorang kawan baik si 'dia' bernama Lucy, dia kawan baik kepada 'dia' sejak kecik,dia mula bencikan si 'dia' kerana orang yang disukai olehnya,dia mula bencikan si 'dia' atas hubungan itu sampailah dia ajak kawan baiknya ke tandas sebab kononnya nak teman buang air namun sebaliknya, dia membunuh si 'dia' kat dalam tandas sana, tetapi dia pun mati akibat si 'dia' mengambil pisau lipat yang berdekatan padanya lalu menikam jantung dia, semua guru-guru dan pelajar-pelajarnya itu hanya perlu merahsikan tentang kes misteri tu bagi tak berlaku, tapi disebaliknya ada macam-macam benda tak kena" kata Annabelle, Lisa mendengar dengan fokus. Lisa menanya lagi, Annabelle menjawab balik. Lisa juga berasa hairan kenapa kakak senior roommatenya hanya berkata nama "benda" itu si"dia".

" Sebaliknya, pada tahun 2018, hal ni terjadi apabila seseorang tu nak buat air tepat pukul 12 tengah malam, tiba-tiba hal aneh berlaku, seperti suara nyanyian puaka, menangis, ketawa & bunyi tapak kaki. Lagipun, nama sebenar 'dia' pun dah lama dah orang dilupakan. " Kata Annabelle lagi. Lisa hanya mengangguk & berkata 'oh!' sahaja.

Pada pukul 12 tengah malam, lima sekawan sedang menceroboh masuk ke dalam bilik air Blok Y...

" Semua dah sedia?" Kata Lisa, Penny mengangguk tanda sedia, manakala Coraline, Felicia & Rose mengangguk sedikit kerana lemah semangat.

KRREKK....

" Helo, kalau awak masih ada disini keluarlah..." Lisa menegur terlebih dahulu, Penny, Coraline, Rose & Felicia hanya mengekori Lisa dari belakang.

" A... Awak tak perlulah takut, kami mungkin akan tolong awak..." Kata Rose.

Keadaan menjadi senyap sunyi. Felicia mulakan berbicara untuk memecahkan kesunyian.

" A... Aku rasa "dia" dah pergi dengan aman kot. Jomlah kita..."

BANNNNGGGG!!!!!

Tiba-tiba, pintu tertutup dengan kuat, masing-masing tengah mula merasa ada sesuatu.

" ARRGHHH!!!! APA DAH JADI?!!" Kata Felicia dalam ketakutan.

" Aku rasa "dia" dah keluar! Sedia semua!!!! KELUARLAH, INGAT KAMI TAKUT KAT KAU KE?!" Kata Penny dengan berani sambil menyuluh lampu suluhnya.

Tiba-tiba....

Aaa.... Aaa... Aaa...
Aaa....Aaa...Aaa...

Sunyi sepi hidup tanpa ada teman,

Adakah aku berdosa....

KISAH MISTERI HANTU ASRAMA Kde žijí příběhy. Začni objevovat