BAB 10: LANGSIR MAKMAL SAINS

302 13 0
                                    

Tandas perempuan blok Y....

" Hmmm....."

Melynna seperti biasa, dia akan sentiasa keseorangan di dalam tandas kerana banyak dia perlu selesaikan tugasnya sebagai ketua bersekutu diantara hubungan manusia dan hantu. Dia juga perlu menentukan keadilan.

" Kalaulah aku manusia.....pasti seronok sebab aku mahu belajar macam kawan-kawan baru aku..." desis dihati Melynna.

" MELYNNA!!!!!! Kami dah balik!!!!!" sapa Felicia dengan riang.

" Shhh.... Felicia, boleh tak kau kawal sikit suara kau, nanti ada orang dengar" amaran Penny.

" Hai, baru habis sekolah ke?" Melynna hanya tersenyum dengan agak sedikit ceria.

Mereka mengangguk.

" Mel, aku nak tanya,boleh?"

Melynna menoleh ke arah Lisa, Melynna mengangguk lalu balas,

" Cakaplah" balas Melynna.

" Ada khabar angin terbaru iaitu Misteri Nombor Enam, Langsir Makmal Sains. Kau pernah dengar tak?" Lisa bertanya dengan nada agak dingin.

Melynna mengangguk.

" Bila akan berlaku?" Rose mula sedikit risau dan gelabah.

" Masa kamu semua sedang belajar, 'dia' akan muncul" singkat Melynna.

" Gulp!!!!!!" Rose, Felicia dan Coraline menelan air liur.

" Tapi, kalau korang ada kelas sains, 'dia' pasti akan muncul dan sesiapa sahaja yang sedang membuat kacau, 'dia' akan marah" jelas Melynna.

" Kalau begitu, sedia untuk esok?" Lisa bersemangat.

Penny sahaja mengangguk manakala Coraline, Felicia dan Rose hanya mengangguk lemah semangat.

Keesokan harinya, Kelas sains....

" Haih.... Boringnya...." Jaxon menguap kerana bosan dengan penjelasan guru Sains itu.

" Baik aku pandang tempat lain" desis dihati Jaxon.

Jaxon memalingkan mukanya ke arah tingkap, dalam masa yang sama juga Lisa serta kawan-kawannya memerhatikan kelakuan Jaxon.

" Buat masa ni, tak nampak apa-apa yang pelik" desis Coraline.

" Baiklah, siapa nak menjawab soalan nombor lima belas ini?" Cikgu Walter bertanya.

Tiba-tiba....

" Awak.... "

"Huh?!"

Jaxon terdengar suara yang agak suram, dia memalingkan mukanya ke arah langsir.

" Pergilah menjawab soalan ni...."

" Tak.... Tak nak!!!!!" Jaxon ketakutan.

" Biar saya kawal awak...."

" AARGHHHH!!!!!!"

" JAXON! JAXON!!!!! KAMU OKEY?!!"
panik Cikgu Walter.

Tiba-tiba, Jaxon mengangkat mukanya lalu berkata,

" Cikgu, saya tahu jawapannya!!!!!" Jaxon mula bersemangat.

Semua terbeliak.

" Sila di hadapan" balas Cikgu Walter.

Jaxon menggerakkan tangannya yang memegang pen dakwat untuk menulis jawapannya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KISAH MISTERI HANTU ASRAMA Where stories live. Discover now